twitter
rss

Awal-awal lagi, Puteri dah bangun. Ibu cakap, hari ni Puteri nak pergi holiday kat Lumut. Hmm...best tu. Puteri pun tak pernah ke sana. Setelah semuanya siap, lebih kurang pukul 8.20 pagi, Puteri bertolak dari Seri Putra. Perjalanannya lancar, DD pun drive "bersahaja" aje. Yelah, DD kata kita nak pergi bercuti, so tak perlu lah nak rushing. DD kemudian berhenti di R&R Jejantas Sg Buloh untuk breakfast. Ehmm....ramai pula orang...agaknya mereka pun ambil kesempatan untuk bercuti sempena cuti panjang ni. DD dan ibu kemudian decided to have nasi lemak and mihun sup with nescafe (for DD of course) and milo ais for ibu. Puteri and adik Sofea pun makan nasi lemak. Sesudah breakfast, kami meneruskan perjalanan. Next pi stop, di hentian Ladang Bikam. Tau-tau ajelah, Puteri kena pergi toilet.

DD exit at Tol Bidor, kemudian melalui jalan menghala ke Teluk Intan untuk ke Manjung/Lumut. Lebih kurang sejam perjalanan (jika tak silap Puteri), kami sampai di pekan Manjung. DD round-round dulu kat pekan Manjung. Maklumlah, dulu kan DD study kat ITM cawangan Manjung ni. Dah lebih 10 tahun lamanya (1998 - 2008). Semuanya dah berubah. Dulu, ITM hanya di bangunan rumah kedai, di mana di bahagian atasnya adalah tempat penginapan, manakala kat bawah pula bilik kuliah. Kata DD, Y.M Raja Omar adalah dekan D.I.A masa tu.

DD kemudian meneruskan perjalanan ke Lumut. Nampaknya, Lumut pun dah pesat membangun. Tak seperti dulu. Puteri kemudian berhenti sekejap di tepi pantai, saja je nak ambil angin tepi pantai sebelum ke restoran berdekatan untuk lunch. Boleh tahan jugak makanan kat restoran ni. Puteri kemudian terus check-in di Blue Bay Resort. Uhhh....penat sungguh Puteri. Adik Sofea pun sama. Tapi, itu belum membuatkan Puteri and adik Sofea untuk tidur lagi. Sampai aje di bilik, Puteri terus berlari sana-sini dengan adik Sofea. Dah penat berkejaran, Puteri and adik Sofea "berenang" pula kat dalam bath tub. Kata DD, pool nye tak cantik, tak sesuai untuk Puteri mandi pool.

Petang, barulah Puteri keluar berjalan-jalan kat tepi pantai. DD bawa Puteri and adik Sofea ke playground berdekatan. Seronoknya Puteri dapat main slide and swing. Adik Sofea yang pada mulanya duduk kat dalam stroller pun kemudian ikut sama bermain. Sudah puas bermain, Puteri terus lagi evening walk. Kebetulan ada Fiesta Lumut kat sini. Tapi, bagi Puteri, tak ada apa pun yang menarik sangat kat Fiesta ni, cuma ramai peniaga menjual barang-barang like baju, souvenier dan macam-macam lagi lah. Dah penat evening walk, we had Nasi Beriyani Ayam Madu for our dinner.

Dalam perjalanan balikke hotel, hujan turun dengan selebat-lebatnya. DD decided not to wait, so, apalagi, Puteri with DD while ibu and adik Sofea bersama meredah hujan. Mulanya, ibu a bit worried, yelah, takut-takut Puteri and adik Sofea demam pula nanti. Sampai aje di bilik hotel. Puteri and adik Sofea terus mandi and kemudian terus tidur.....dah penat sangat.....











Bangun je pagi, Puteri tengok ibu sedang menggoreng keropok. Nak buat apa ni, ibu, tanya Puteri. "Kan kita nak pergi berkelah hari ni, jawab ibu". Owhh...baru Puteri ingat. Hari tu, Aunty Ain ada call ibu ajak berkelah kat Sg Tekala. Dah siap packing, Puteri balik Semenyih. Sampai di rumah nenek, ibu terus ke dapur. Puteri pun ikut ibu. Mak Long tengah sibuk memasak dengan Aunty Ain. Mak Long tengah cooking bubur untuk Auni, kemudian nak masak "burger" pula. Aunty Ain pula sibuk prepare sandwich. Puteri dan ibu pun turut tolong menyediakan makanan untuk di bawa berkelah nanti. DD pun sibuk......main PS2. Pak Busu awal-awal lagi dah pergi. Dengan kawan. Aunty Baiti pula masih di Shah Alam. Ada closing ceremony hari ni untuk Asean University Game. Maybe malam nanti baru Aunty Baiti balik.

Perjalanan sekadar mengambil masa lebih kurang 15 minit je. Puteri tolong angkat barang dengan duduk dalam stroller. Puteri tak masuk jauh sampai ke dalam. Maklum lah, ada baby. Susah nanti. Nak angkut barang lagi. Pot kat sini pun dah okay. Puteri tak terus mandi. Puteri makan dulu.

Ibu and adik Sofea

Lepas makan, barulah Puteri turun. Errr.....sejuknya. Puteri di temani Aunty Ain dan Damia. Mak Teh pun dah turun. Yang lain masih belum turun lagi. Masih belum sedia untuk kesejukan. Kemudian, barulah seorang demi seorang turun. DD pun turun tapi bukan nak mandi. DD bawa pinggan kertas. DD duduk di atas batu yang berada di tengah sungai. DD sambung sarapan nya. Sambil mani dan bermain air, Puteri cuba membina "istana pasir". Puteri pinjam alat perkakas permainan Damia. Ibu sedang menyalin baju mandi Sofea. Nenek pun dah mula nak turun. Cuma Mak Long je yang tak turun dengan baby Auni.
Puteri suka tempat ni jika nak di bandingkan dengan Sg Congkak. Di Sg Tekala ni, ruang untuk mandi lebih luas dan cuma terdapat banyak batu besar. Puteri boleh berlari-lari dan sesekali terjun ke dalam sungai.
Dingin air sungai mula menyerapi tubuh. Adik Sofea pun dah menggigil. Ibu angkat adik Sofea dan duduk atas bongkah batu. Damia pun tengah main atas batu sambil di pegang Aunty Ain. Ntah macam man, tiba-tiba nenek yang masih berendam, membuka cerita. Waktu kecil, nenek membesar di kampung. Nenek biasa mani-manda dengan adik-beradik nenek di sungai terutama bila musim buah-buaha. Dulu air sungai bersih dan jernih. Boleh lihat ikan berenang walau pun air sungai dalam. Bahkan, udang pun boleh ditangkap guna tangan dengan mudah. Biasa juga lah nenek di marahi "mak saudara" nenek sebab curi-curi mandi sungai yang dalam tu.
Puas bermain pasir, Puteri terjun ke dalam sungai semula. Lagi pun badan dah hilang rasa sejuk. Sesekali, DD bawa adik Sofea main air. Adik Sofea berendam hingga paras pinggang sahaja. Tak berendam satu badan. Adik Sofea kecil lagi. Air sungai kan sejuk. Khuatir nanti demam pula. Yelah, Puteri ngan adik Sofea (termasuk ibu) kan orang "bandar" (ni DD yang cakap, bukan ibu tau). Jenis orang mandi "shower" (air panas). Tak macam DD. Membesar di kampung. Pagi buta bangun dah mandi air perigi. Perigi??? Apa tu...Puteri belum pernah tengok pun.
Tak lama kemudian, ibu bawa adik Sofea naik. Puteri pun ikut. Ibu bawa Puteri ngan adik Sofea ke bilik air untuk salin pakaian dan bersihkan badan. Nenek masih lagi berendam dan menyelam.
Asam di darat ikan di laut
Dalam periuk bertemu juga
Cantik di lihat kiambang bertaut
Puteri berendam di Sg Tekala




This junk food is not good for you.......
Rilekslah Damia, jgnlah nangis. Next time, kita datang lagi ye.....bawa Aunty Baiti, kesian Aunty Baiti tak dapat ikut, mesti dia jeles tengok kita picnik ni kan....hehehe..........

Dari semalam, Puteri dah bising-bising nak pergi shopping mall, Alamanda Putrajaya. Ibu cakap ok. Tapi, Puteri singgah rumah Siti dulu. Sarapan mee hoon goreng. Lagi pun, Puteri nak tengok dapur Siti. Dah siap ke "interior design" nyer. Dengarnye, hari ni nak pasang kitchen cabinet.

Dah sarapan, ibu terus capai bobbin ibu. Ehmmm.....bilalah nak siap bobbin mem"bobbin" ibu. Puteri tengok, banyak lagi floss yang belum bobbin. Ibu hanya buat bobbin ni bila ada masa terluang je especially jika balik rumah Siti or rumah nenek. DD pula surf internet. Takde kerja lain lah tu, mesti ada kena mengena dengan bola. Puteri and adik Sofea pula sibuk main. Berkejaran ke sana ke mari. Alang pulak pergi kerja. Drive kereta baru. Ehmm...cantik jugak. Bilalah Alang nak bawak Puteri jalan-jalan dengan kereta baru tu kan.

Sementara menunggu "tukang kayu" datang, Atuk pergi jenguk ke rumah kenduri kahwin jiran tetangga. Dua blok bersebelahan dari rumah Siti je. Tengahari baru carpenter tu sampai. Puteri pun dah penat bermain. Adik Sofea pun baru je tidur. Terpaksalah tunggu adik Sofea bangun baru boleh keluar "walk-walk". Sementara tu, ibu ke dapur. Tanak nasi. Lauk dah ada. Daging masak kicap dan sambal petai. Favourite DD tu.

Jam 2 petang, barulah Puteri bertolak dari rumah Siti. Tiba di Alamanda, parking dah banyak yang penuh. Terpaksa parking bahagian atas. Aduhh!!! Takde lift pulak. Macam mana nak bawa stroller turun. Nak tak nak, terpaksalah DD angkat stroller tu satu persatu turun guna escalator yang ada penghadang di tengahnya. Leceh betul kan. Puteri singgah kedai buku dulu. Biasalah, ibu nak cari buku craft nya. Kemudian, baru masuk Carrefour. DD nak beli beg baru untuk Puteri. Hmm...ada apa-apa ke DD ni. Lepas tu, Puteri naik ke bahagian atas. Nak cari kuali memasak. Kuali kat rumah tu dah berkarat. Cari punya cari, belek punya belek, at last DD pilih kuali yang "canggih" lah...hehehe.....

Keluar dari Carrefour, ibu ajak singgah kedai kasut. Kesian, kasut ibu dah rosak. Lama jugak ibu belek punya belek sampai DD dah nak terbaring kat kedai kasut tu. Puteri and adik Sofea pun sibuk nak "try" kasut kat situ. Jam 5.30 petang, baru Puteri pulang. Sampai di Sri Putra, Puteri tengok kereta Wan Cu dah takde. Wan Cu pergi Melaka. Bershopping. Wan Cu ajak makan ikan bakar kat Umbai malam ni. Wan Cu ajak semua, Angah, Alang, Mak Su, Siti and Atuk. Tapi, Puteri tak dapat pergi. Ehmm....melepas ikan bakar....huhuhu....

Hari ni, Puteri nak ke Perak. Atenyer ade kenduri kahwin sepupu ibu, Kak Long and Kak Lea. Kira-kira setengah jam perjalanan, Puteri berhenti di hentian R&R Sg Buloh. Puteri sarapan nasi lemak dgn telu rebus yang DD beli di restoran Seri Putra pagi tadi. Lama juga Puteri bersarapan. Yelah, suap sekali mulut ber"story". Untung DD and ibu sabar layan kerenah Puteri. Hampir 40 minit baru perjalanan bersambung semula. Tengah perjalanan, Puteri rasa sakit perut pula. DD terpaksa berhenti di hentian R&R sebelum berhenti semula di R&R Tapah untuk isi petrol.

Masuk tol Simpang Pulai, Puteri terus tengok map dari kad kahwin yang ibu dapat. Oh ya!! Puteri kena jemput Pak Busu dulu di Politeknik Ungku Omar. Pak Busu baru habis exam. Kebetulan Puteri berjalan-jalan cari makan "kenduri" kat sini. Puteri jemputlah Pak Busu. Dapat jugak Puteri jejak kaki ke tempat Pak Busu belajar. Hari tu, tempat Aunty Baiti belajar. Hmmm...ambil berkat. Doa-doalah Puteri juga dapat ke menara gading, insyaallah.

Banyak juga barang Pak Busu ni. Penuh kereta DD. Macam nak pindah rumah. Ingat ni lori ke. Dah tu, Puteri meneruskan "niat" sebenar Puteri. Perut pun dah lapar ni. Rasanya dah tak jauh ni. Berpandukan map tadi, akhirnya sampai jugak Puteri kat rumah pengantin. Design rumah kat sini boleh tahan jugak cantiknye, unik, cuma laluan keluar/masuk agak sempit menyukarkan kenderaan keluar masuk.

Kedatangan Puteri di sambut oleh Siti. Siti and Atuk sampai semalam. Alang and Mak Su pun ikut sekali. Mak Su ambil cuti 4 hari. Fuhhh...lamanya Mak Su cuti macam Mak Su lak yang nak kahwin. Angah tak dapat ikut serta. Mak Ngah ada kerja. Kesian Lily Amani tak dapat berjalan makan angin. Tak pe, next time aje lah ye, Lily.....Masa Puteri sampai, pengantin baru je habis sanding. Pengantin sedang di bawa ke meja hidangan "Santapan Raja Sehari". Ehmm...baru Puteri perasan, ada 2 pasangan pengantin. Kahwin serentak. Memang dah jadi satu trend sekarang ni. orang buat walimatulurus beramai-ramai. Jimat kos dan masa. Bak kata DD, yang penting masa depan pengantin, bukan majlis sandingnya, buat ikut kemampuan bukan ikut kemahuan. Ehhh....entahlah, Puteri pun bukan faham sangat gurindam sinis DD tu. Apa-apa aje lah DD.....Setelah beri salam dan menyapa tuan punya majlis, Puteri terus ke meja hidangan. Lapar!!Lapar!!

Keadaan cuaca yang agak panas dan takde tempat yang sesuai untuk melepak/beristirehat memaksa Puteri minta diri lebih awal. Tempat tuju Puteri seterusnya, rumah Wan Cik. Tapi, sebelum tu ibu minta DD singgah di Tapah dulu. Nak ambik baju yang dah siap kat Tailor Aunty Nancy. Tak tahu pula Puteri, ibu ada tempahan lagi. Tapi, tak boleh lawan Wan Cu. Agak-agak Puteri, Aunty Nancy tu tak nak jahit tempahan baju orang lain. Mana taknya, Wan Cu nyer tempahan pun dah berbakul-bakul. Tu belum ambil kira Wan Cik dan Siti nya tempahan. Errr.....entah-entah, Aunty Nancy tu adik Wan 3 beradik ni yang hilang "Zaman Jepun" dulu tak. Kuangkuangkuang....Puteri gurau aje....jangan marah ye....

Tiba di rumah Wan Cik, Puteri tengok kereta Proton biru tiada di car porch. Rasanya Pak Long yang bawa pergi kerja kot. Tok Cik pun ada. Owh...cuti rupanya. Wan Cik baru balik dari "Seminar sambil bershopping" kat Kelantan. Wan Cik goreng keropok lekor untuk minum petang. Sedap. Banyak Puteri makan. Ibu pun boleh tahan sampai Wan Cik kena goreng lagi la. Adik Sofea pun makan sambil berkejar-kejar dgn Puteri. Ehmm....seleraklah rumah Wan Cik ni.

Petang, Puteri ikut Wan Cik keluar pergi kedai. Wan Cik nak ambil ubat. Balik dari kedai, Puteri ikut Wan Cik bersih belakang rumah. Puteri nampak ada 2 ekor anak itik. Cute macam Donald Duck. Anak itik tu kawan Tok Cik yang bagi. Wan Cik cakap, itik ni leceh sikit nak jaga.

Lepas maghrib, Wan Cik keluar pergi rumah kawan Wan Cik kat Tapah Road. Ada kenduri kahwin. Majlis sebenarnya esok hari, tapi di sebabkan esok Tok Cik tak dapat pergi, so kenalah pergi malam ni. Puteri and adik Sofea awal-awal lagi dah terlelap. Penat pusing rumah Wan Cik ni.

DD, ibu and Pak Busu pula dah lama standby kat depan tv. Tak sabar nak tengok opening ceremony Asean University Game. Yelah, Aunty Baiti kan ada buat persembahan. Berbulan-bulan Aunty practice. Opening ceremony tu di adakan di Stadium Bukit Jalil. Puteri hanya dapt tengok di tv yang kebetulan ada live telecast. Ehhmmm....cam mana lah Aunty nye perfomance tu nanti yek....

Keesokan harinya, selepas bersarapan, Puteri pun pulang. Puteri tak dapat tunggu Atuk and Siti datang sebab Puteri nak hantar Pak Busu balik Semenyih. Nanti lambat, Pak Busu nangis lak...kihkihkih.......







DD take two days leave as Puteri and adik Sofea school were having a week break due to Eid Al-Adha celebration. DD will take care both of us as ibu working (ibu tak dapat cuti sebab cuti ibu dah habis....kesiannya). And for two days, ibu will have a break from driving as DD will drive ibu to office. What are the activities during these two days...ehmmm...lets see:

Tuesday
Breakfast at Restaurant Syed. Menu - roti telur and roti bakar
Lunch - DD cook "Ayam Masak Kicap"
Evening fetch ibu at her office. Stop at Restaurant Syed again, (but different location) for coffee break. DD order Mee Goreng, ibu having her chicken soup while Puteri and adik Sofea, roti capati. Then, stop at Shell before Sg Besi toll to say our solat Maghrib. Stop again at Pasar Malam BSP, as usual DD bought us ice blended Mocha and Latte.


Wednesday
Breakfast at Restaurant Seri Putra for nasi lemak and roti canai.
Lunch - DD cook "Prawn secret recipe" and fried potatoes with ikan bilis
Evening - fetch ibu then straight away go home.

Atuk awal-awal lagi dah bersiap nak ke masjid. Atuk pesan jika solat di surau mula jam 8.30 pagi, masjid pula 8.15 pagi. DD pun dah siap berbaju melayu. DD sarapan dulu. Puteri ikut DD solat raya Eid Al-Adha di surau. Hujan masih turun. Kejap renyai kejap lebat. Lepas solat, Puteri terus pulang. Atuk dan nenek tinggal di surau. Kejap lagi ada majlis korban. Gotong royong dengan penduduk setempat. Tak silap Puteri, tahun ni tiga ekor lembu dikorbankan.

Dalam tengahari, Tok Amid and family datang beraya dari Shah Alam. Lepas ni, baru mereka turun ke Seremban (Kg Batu 3 Mambau & LBJ). Jam 2.30 petang (lepas Tok Amid balik), barulah Puteri bertolak ke Nilai, rumah Siti. Siti masak soto. DD suka makan sebab ada sambal cili hati ayam. Siti ajak pergi beraya ke rumah Onyang Cik kat Cheras. Puteri tak dapat ikut. DD penat nak rehat. Puteri pun tak lama kat rumah Siti. Yelah, Siti pun takde kat rumah. Tak elok lah kan. 5.20 petang, Puteri bergerak pulang. Tapi, sebelum tu, Puteri sempat singgah di KFC Giant Nilai. Ibu beli hot rod and burger untuk Puteri.

Pagi, Puteri mula bertolak pulang ke kampung (macam jauh sangat je kampung Puteri ni....) untuk balik beraya. Puteri beraya korban di rumah nenek kat Semenyih. Tiba di Semenyih, Puteri ternampak kereta Pak Teh. Charade hijau muda. Mulanya, Puteri sangka Pak Teh baru sampai, tapi rupanya Pak Teh dah tiba dari semalam. Pak Teh cuma ke pekan bawah beli surat khabar. Puteri tengok kereta Alang pun ada. Cuma kereta atuk dengan Pak Long yang tak kelihatan. Puteri beri salam. Nenek ada kat dapur. Tengah prepare breakfast dengan Mak Teh. Aunty Ain pulak baru lepas mandikan Damia. Pak Busu belum bangun lagi. Ehh!! Baru Puteri perasan, Aunty Baiti takde. Ohhh!!! Aunty Baiti ada rehearsal persembahan di Bukit Jalil. Petang nati baru balik. Pak Long balik ke Pahang, Atuk pula ke kampung Melaka menjengah Atuk Nyang.

Lepas bersarapan, Puteri tolong nenek di dapur. Esokkan nak raya. Nenek nak masak rendang ayam, lontong dan kuah kacang. Puteri tolong tumbuk kacang. Alang pula ke pekan Semenyih beli ayam, udang, sotong dan sosej untuk buat barbeku malam nanti. Ehmm....patut lah DD bawak "dapur" barbeku tadi.

Tengahari, DD main PS2 dengan Alang dan Pak Busu. Pak Teh pun turut serta. Lebih kurang pukul 3 ptg, ibu ajak DD pergi supermarket. Aunty Ain dan Damia pun ikut sekali. Puteri pergi supermarket Giant Semenyih. Berhampiran dengan kawasan penjara Kajang.

Lebih kurang pukul 5.30 petang, Puteri ikut DD jemput Aunty Baiti kat Uitm Shah Alam dengan Pak Busu. Ibu and adik Sofea tak ikut, tinggal kat rumah nenek. Jam 8.15 malam, bar Puteri sampai rumah nenek. Puteri tengok Alang dah mula bakar membakar. DD terus tolong masak barbeku. Habis berasap rumah nenek. Kesian kat jiran sebelah, bau asap je kan....hihihi.....



**Credit to imwutim.blogspot.com**

Breakfast
DD bungkus nasi lemak and roti canai, bawa ke rumah Siti.

Lunch
Di rumah Siti, menu - ayam gulai lemak cili api with sayur taugeh and tauhu

Petang
3 petang lebih keluar ke Pasaraya besar (Giant)
Ibu singgah KFC, beli Chicky meal nugget untuk Puteri
Singgah pasar malam sebelum pulang ke rumah


Malam
Tidur zzzzzzz sebab Puteri penat sangat, the whole day Puteri tak tidur.

Puteri baru je bangun. Puteri tengok ibu dah siap. DD pula baru je lepas mandi. Adik Sofea masih lagi terlelap. Puteri lihat ibu capai handphone nya. Motorola W375. DD beli utk ibu di Jusco Seremban 2. Ibu suka handphone tu sebab ada fungsi radio.fm. Boleh la ibu dengar radio kat office. Ibu call Siti. Ibu beritahu Siti yang Puteri and family nak breakfast kat rumah Siti. Siti tak perlu masak apa-apa, sebab nanti DD nak beli nasi lemak, roti canai dan ayam goreng. Setibanya di rumah Siti, Puteri terus ring the bell dan beri salam. Atuk keluar sambut Puteri and adik Sofea. Maksu tidur lagi. Alang pula tengah mandi. Siti di dapur buat air. Sambil menikmati sarapan, Puteri meninjau-ninjau rumah Siti. Wahhh....ada oven baru lah kat rumah Siti. Besar dari ibu punya. Boleh la nanti Puteri buat biskut / kek dengan ibu kat rumah Siti. Siti cakap Angah suruh ibu masak nasi ayam. Ayam tu nanti boleh lah di bakar dalam oven. Kihkihkih....sedap sangat kot nasi ayam ibu Puteri buat ni....

Kira-kira jam 10.15 pagi, Puteri keluar. Puteri nak pergi tengok rumah untuk di sewa kat PJ, Section 51A. DD berhenti isi petrol di Shell. DD bought the last model car (James Bond Series) out of five models.

Hampir jam 12 tengahari, baru Puteri sampai di Kelana Jaya. Sebelum tu, ibu singgah di Bandar Puchong. Ibu nak withdraw money kat Alliance Bank. Di Kelana Jaya, Puteri berpusing-pusing mencari rumah tersebut. Ianya dekat-dekat area Kg Tunku. Jalan 232 No 24. 20 minit lamanya baru jumpa. Tuan rumah pun dah sampai. Puteri beri salam. Tuan rumah jemput masuk. Ehmmm...first impression rumah tu nampak ok. Lorongnya pun nampak "bersih". Tapi tak lah luas macam kat Seri Putra. Maklum lah, kawasan lama. Bandar Seri Putra tu baru di bangunkan. DD and ibu melihat kawasan sekeliling rumah. Especially bahagian dalam. Puteri and adik Sofea pula sibuk berkejar ke sana ke mari...hehehe...macam rumah sendiri pula. "Condition" rumah ni memuaskan. Ada 4 bilik. Ibu awal-awal lagi dah booking satu bilik untuk "crafting". Bolehlah Puteri kongsi bilik tu dengan ibu nanti. Luar rumah (garage) pun nampak selesa. Dalam sibuk DD and ibu berbual dengan house owner tu, Puteri merengek lapar. DD and ibu pun terpaksa minta diri dulu. Sebelum beredar tu, aunty house owner tu memanggil ibunya yg pergi menjengah rumah jiran. Kami berkenalan. Dia minta panggil dirinya "Wan". Orang Pahang katanya.

DD bawa Puteri makan tengahari di restoran Syed. Nasi beriyani dan ayam goreng menu hari ni. Umphh....sedapnya.

Kemudiannya, Puteri ajak DD pergi shopping mall. Ibu suggest kami ke IOI Mall. Ibu nak cari cup untuk Puteri. Teacher Rahimah cum Ummi kat school cakap, kena minum milk in cup, only babies drink use bottle. Unfortunately, ibu tak dapat cari cup yg sesuai, tapi ibu belikan Puteri and adik Sofea shirt. Puteri sempat jugak ke Popular Book Shop. Ibu belikan Puteri buku Activity Maths. Ibu nak latih Puteri buat Math, kan sekarang ni Puteri dah mula belajar buat addition. Ibu pula, tak ketinggalan beli barang-barang "scrap" nye.

Puteri tak lama kat IOI Mall. Selesai di book shop, kami pun beredar. Puteri and adik Sofea penat sangat, sampaikan tak berapa minit je dalam kereta terus tertidur.