twitter
rss

Di Semenyih, kereta Pak Long tak kelihatan. Pak Long ke Seremban. Jenguk rumah. Alang masih ada. Kejap nanti Alang nak balik Rembau. Ada kerja sikit. Alang ada sedikit discussion dengan DD. Minta pandangan atau cadangan. Puteri dengar Alang nak buat projek ternakan ikan. Tak lama selepas Alang balik, Puteri pun minta diri untuk beredar. Puteri nak ke Nilai. Nak singgah rumah Siti. Ibu kata, Siti dah siap masak makan tengahari. Tak sedap pulak jika tak balik.

Tiba di Nilai, Siti tak ada kat rumah. Pergi nolong majlis kenduri, inform Mak Su. Errr...tolong makan ke tolong kerja...hehehe. Alang cakap Wan Cu pun nak singgah makan tengahari kat rumah Siti. Haa...bolehlah Puteri main dgn Cik Mai nanti. Kira-kira jam satu lebih, baru Wan Cu sampai. Cuma Cik Mai dgn Makcik Taherah je yg ikut. Pokcik Baqir tinggal kat rumah (BSP). Pokcik Ghazi pulak...well out of radar kot.

Lebih kurang jam 5 petang, Puteri bertolak ke Alamanda. Tak pasti pulak Puteri jika Angah dan Alang keluar jalan-jalan ke tak. Manalh tau, nak bawak Cik Mai dgn Makcik Taherah jalan-jalan cari makan. Yelah, sementara menunggu Wan Cu dan Tok Cu balik dari nonton persembahan teater PGL di Istana Budaya. Elok gak pergi bersiar. Lagi pun, Angah kena tunggu Mak Ngah balik dari Johor. Ada jugak orang nak main dgn Lily nanti.

Esoknya, Puteri tak ke mana. Cuma rehat di rumah. Petang baru keluar. Ke Supermarket. Nak beli barang dapur dan diapers adik Sofea. Sempat jugak singgah kat Lovely Lace. DD belikan ibu vase with pink roses. Ala-ala English style gitu. Mesti cantik bila letak di bilik craft ibu tu...hehehe....

As Puteri always mention in previous entry, DD is busy with ibu's craft room, so, hari ni, Puteri nak share with everybody ibu's craft room and also Puteri's room. So...enjoy...
Ibu's craft room

Ibu's craft station

All the ribbon, buttons, embelishment are here

Puteri's room

Ibu cakap, for the time being, guna rack tu dulu...hehehe

Puteri selalu main "teacher-teacher" kat sini....

Ok tak???

From outside

Dah semacam satu kelaziman. Sekurang-kurangnya sebulan sekali, ibu mesti masak nasi ayam. Special secret recipe. Biasanya, ibu akan masak nasi dan sediakan hidangan yang lain (ie: sup ayam, sambal cili, sos kicap & salad/tomato/timun). Ayam pula, ibu akan minta DD masak. Ada juga ibu tanya resipi ayam tu. Tapi, DD tak bagi. Sebenarnya, bukan DD tak nak bagi, tapi resipi DD sentiasa je berubah. Bergantung pada bahan (rempah ratus) yang ada tika itu. Puteri suka makan nasi ayam ibu. Sedap tau. Tapi takda la macam DD. Makan seolah-olah dah 3 hari tak jumpa nasi. Macam baru balik dari "Gaza" lak kan.

Puteri tak kemana-mana hari ni. Cuma pagi tadi je ke pasar tani. DD nak kemas (aikk, tak abis-abis dgn kemas) craft room ibu. Pasang carpet. Vacuum. Pasang kabinet. Wahhh....cantik lah bilik craft ibu bila DD dah pasang carpet. Boleh le Puteri tumpang. Nak main masak-masak ke, water colour ke or to play teacher & student.

Kepenatan, Puteri dan DD terlelap. Seketika kemudian, tiba-tiba ada orang bagi salam. DD terjaga. Ingatkan jurujual direct selling. Rupanya tuan rumah yang datang. DD panggil ibu di dapur. Kata Aunty Raja (tuan rumah), dia dah call sebelum nak datang tadi, tapi tak dapat. "Oh! Maaflah, handphone saya tengah charge. "jawab ibu. Aunty Raja datang nak ambil surat di samping bertanya khabar. Sekadar nak tahu samada Puteri seronok tinggal di sini. Selesa ke tak. Keadaan rumah ok ke. Aunty Raja tak duduk lama. Katanya, ada banyak tempat nak pergi. Nak pergi shopping kot, agak Puteri. Sebelum beredar, Aunty Raja sempat pesan jika ada apa-apa masalah jangan segan nak beritahu.

Selepas Aunty Raja pergi, Puteri sambung tidur semula. Dah dekat maghrib, baru Puteri terjaga. Handphone DD berbunyi. Alang (papa Damia) call. Tanya Puteri balik Semenyih ke. Hmmm....tak dapat lah malam ni. Adik Sofea pun dah tidur. Esok ajelah Puteri ke Semenyih.

Ibu sedang masak pancake dan sambal sardin untuk breakfast. Patut la Puteri tak nampak ibu masa terjaga tadi.

Kira-kira jam 10 pagi, Puteri bertolak keluar. Ke Bandar Seri Putra, Bangi. Nak ambil carpet. Dah sebulan hantar kat kedai dobi "Nazifa". Dua minggu sudah, Puteri ada singgah untuk ambil tapi tak siap lagi. DD marah tuan dobi tu. Katanya, satu minggu dah siap tapi bila datang tak siap pulak. Dah lah caj mahal, takde lak bagi diskaun. Dua carpet tu je dah RM 110. Erghh...geram betul. Dah la buat pelanggan marah, tak tau lak nak minta maaf. Kemudian, Puteri singgah rumah Wan Cu. Kebetulan, ibu nak bagi belated birthday crad pada Aunty Taherah. Boleh lah jenguk Wan Cu. Hmmm....Wan Cu takde pulak. Keluar breakfast. Tinggal Pakcik Baqir dengan Aunty Taherah je. Puteri tengok ada orang sedang baiki rumah Wan Cu. Sinki air tersumbat katanya. Puteri tak singgah lama sebab Wan Cu tak de.

Puteri terus ke Semenyih. Wahh...Pak Long dah balik dari UK, London. Urusan kerja. Hampir sebulan gak Pak Long kat sana. Eiii....syoknya jika dapat pergi kan. Pak Long ada beli gift untuk semua orang. Ibu and DD dapat jersey England (red for guys and white for girls). Cantik. Puteri and adik Sofea pula dapat one suit jacket. Ehmmm...macam ni nampaknya, kena gi holiday kat tempat sejuk lah....hehehe....

Petang tu, Puteri hantar Aunty Baiti balik kolej (Uitm Shah Alam). Kan Puteri dah pindah di PJ. Jadi, takde lah jauh sangat nak patah balik. Aunty Baiti cakap, dia nak main badminton. Tapi, takde racket yang elok. Ooo....patut le Puteri dengar Aunty bising-bising kat rumah nenek tadi. Cari socks. Nak bersukan la katakan. Reti ke Aunty nak main ni. Kihkihkih.....

Keesokkannya, lepas maghrib, Puteri ke Shah Alam semula. Jumpa Aunty Baiti. Puteri nak serah raket badminton. Tali (string) dan getah/sarung pemegang (grip) dah tukar baru. Aunty kata nak main badminton minggu ni. Ish, reti ke Aunty ni nak bersukan. Kihkihkih...Takpa yang penting semangat. Biar keluar peluh sikit. Baru badan tu sihat.

Puteri dah lapar. Aunty bawak Puteri makan di uptown. Banyak gerai kat situ. Selain gerai makan, gerai jual barang pun ada. Macam-macam ada. Bahkan ada pentas yang di dirikan depan pintu masuk utama. Puteri tak dapat nak window shopping. Hari dah malam. Esok Puteri nak pergi school. Lagi pun hujan dah mula turun. Takut nanti makin lebat pulak. Lepas hantar Aunty, Puteri terus balik. Adik Sofea dah lama terlena di riba ibu.

Puteri tidak ke pasar pagi ni. Tak perlu lah nak bangun awal. Dapat gak Puteri tidur lama sikit. Hmmm...mana Puteri nak breakfast hari ni. Rasa nak tukar selera pulak lah. Yelah, Tok Cu kan "bising", Puteri asyik "bagi" duit kat "Syed" je. Patut lah Syed tu kaya, kata Tok Cu. Pusing punya pusing, jumpa gak restoran melayu. Restoran "Nasi Lemak Cikgu @ Kelana Jaya". Menu utamanya dah tentu le nasi lemak. Rasanya macam tu je menu dia. Sebab Puteri tak nampak pula ada hidangan lain. Alhamdulillah, sedap gak rasanya. Macam nasi lemak ayam berempah je konsepnya. Cuma, servis (customer service) kat sini agak lemah. Dari 1-10 mata, Puteri boleh bagi 3 @ 4 mata aje. Apa pun Puteri propose Tok Cu untuk cuba makan kat sini. Insyaallah, tak rugi.....

Lepas makan, Puteri ke supermarket. Giant Kelana Jaya. Banyak juga barang yang Puteri beli. Selain diapers dan susu tepung, Puteri berjaya selitkan "junk food" dalam troli....hehehe.....

Keluar dari supermarket, Puteri tak terus pulang. Puteri ke town dan kawasan sekitar. Puteri nak cari shower dan bengkel besi. Aaah!!! Lupa lah. Kebanyakan kedai masih tutup sempena cuti raya cina. Nampaknya, Puteri and adik Sofea kena sabar lagi. Terpaksa lah mandi air sejuk yang di tambah air panas. Leceh. Tapi, ada orang yang hidup lebih susah. Di himpit kemiskinan. Jangan kata "shower", bekalan elektrik pun takde. Tengok saja rancangan "Bersamamu"....sebak Puteri rasa.

Balik ke rumah, Puteri and adik Sofea (yang kepenatan) terus baring sambil minum susu. Ibu pun turut baring, keletihan. DD ke dapur. Masak nasi. Lauk ayam goreng, sambal tempoyak dengan sayur kacang panjang (fry with eggs & prawn). Ehmm...sedapnya bau....

Petang, DD cat bilik craft ibu. Warna cream. Puteri tak tolong. DD larang. Nak cepat kata DD.

When Titanic ship is sink
Everyone run and scream
Puteri room was paint in pink
While Ibu craft room colour is cream