twitter
rss

Pagi ni Puteri breakfast di pekan Lumut. Gerai makan dekat terminal bas. kemudian Puteri ke Telok Batik. Cuma 15 - 20 minit dari Lumut. Mungkin (if there is next time), Puteri boleh booking resort di sini pulak. Hmm...ada ke pool kat resort ni. Mesti ada kan....

Sampai di pantai, Puteri pun mandi laut. (with adik Sofea, of course). DD pun mandi jugak. Ibu dan Siti tak mandi. Hanya duduk-duduk aje kat tepi beach tu. Dalam sibuk Puteri ngan DD mandi laut tu, ternampak seorang lelaki cina berendan kelihatan terkejut dan terus beredar. Jelly fish, jelly fish, katanya. Mulanya Puteri tengok DD buat tak kisah sangat. Mungkin DD rasa cuma obor-obor kecil yang biasa DD lihat. But as a precaution, takut-takut Puteri ngan adik Sofea kena gigit dek jelly fish tu, DD ask us to play kat beach je. Nanti satu badan gatal, kata DD. Tak sampai 5 minit kemuadian, Puteri discover jelly fish yg sgt besar, lebih kurag macam tyre kereta kancil. Even DD was shock. First time, DD jumpa jelly fish yg besar macam tu, "live" pulak tu. DD alert the others. Coz DD dont know how serious it will be, and worst can it be. Lepas tu, ramai jgk yng mandi tadi naik ke beach. Semuanya komplen gatal, gatal. DD pun terkena sikit. DD terus je sapu dgn pasir pantai. Alhamdulillah, gatal tu hilang.





Tak lama lepas tu, DD suruh packing barang. Puteri dan adik Sofea pergi shower dulu. Dah bersihkan badan dan salin pakaian, Puteri pun window shopping dgn Siti kat gerai-gerai di situ. Lebih kurang cam Teluk Kemang je. Ibu belikan Puteri ngan adik Sofea and Lily baju yg ala-ala nak picnic tu. Cantik tau...heheh...

Kemudian, DD ke pekan Lumut. Nak bungkus our lunch. Nanti boleh makan kat bilik hotel je sambil bersantai-santai. Dah makan, apalagi, tidur le.....

Awal tahun 2009 hari tu, DD and ibu plan nak pergi Langkawi dalam bulan Jun (masa ni Puteri school break). Tapi disebabkan Alang nak tunang dalam bulan Jun juga, so terpaksa lah tunda. Masa tu belum tentu tarikh sebenar Alang bertunang. So, risau nanti bertembung dgn hari bertunang, terpaksa la plan ke Langkawi tu ditunda. DD and ibu takde plan B...hinggalah seminggu sebelum cuti sekolah (1 - 6 Jun), barulah dapat ilham. Itu pun setelah Puteri "bising" bertanya bila nak pergi hotel. Puteri nak swimming. Mulanya ada 2 3 alternatif tapi booking lewat, so tinggal Swiss Court kat Lumut/Manjung aje lah yang ada. Hmm...tak kisah lah. Yang penting, tempat tu ada pool. Oleh kerana dalam plan tu nak singgah rumah Wan Cik, maka Puteri ajak la Siti sekali. Jika boleh, Puteri nak ajak semua orang, tapi takut nanti diorang boring. Ye la, trip ni motifnye cuma nak bawa Puteri swimming je. More like to children trip concept. Relax & easy.

Sebelum bertolak, Puteri ajak Atuk breakfast kat restoran As-Salam. Berdekatan kolej Inti. Dah pekena roti canai mamak, baru lah xpdc Puteri bermula...dgn Bismillah.

Perjalanan lancar. Cuma banyak pitstop. Puteri asyik nak ke toilet aje. Leih kurang jam 2 petang, Puteri tiba di Manjung. Puteri terus cari restoran/kedai makan. Puteri tak makan di situ.Puteri bungkus. Lebih selesa makan di apartment nanti. Dah check-in dan ambil kunci, Puteri cepat-cepat angkut semua barang ke bilik hotel. Puteri dah lapar ni. Apalagi makan la. Banyak Puteri makan. 3 kali tambah nasi.

Petang tu, bangun je tidur, Puteri tengok DD sedang mengepam sesuatu. Rupanya, DD pam swimming jacket utk Puteri dan pelampung untuk adik Sofea. Wahh...makin seronok le Puteri main air nanti. Yahoo....terjun!! splash!!!

Siti pun ikut ke kolam. Tapi, Siti tak mandi. Err....Siti takut air kot..kihkih...Siti cuma tengok Puteri dan adik Sofea mandi je. Kata orang, tolong tengok-tengokkan.




Dah penat mandi manda, DD ajak Puteri naik. Lagi pun, DD risau tengok adik Sofea. Lagaknye macam orang dewasa je. Macam dah pandai swimming. Adik Sofea tak nak ibu pegang. Nak swimming sendiri. Ishhh...Sofea...Sofea..tenggelam nanti. Ha..kan susah.

Malam tu, Puteri tak ke mana. Cuma dudukmain dalam bilik hotel je dengan adik Sofea. Sementara DD dan ibu siapkan dinner kitorang.

Lepas makan, Puteri berbual kosong dan bergosip dgn Siti. Hinggalah terlelap.