twitter
rss

Puteri sarapan di restoran yang atuk biasa bawak. Restoran melayu. Bukan mamak tau. Mak Cik dan cik mai pun ada. Maksu je tak ikut. Puteri makan donut. Cik mai dan Sofea makan mee hoon. Makcik pulak makan roti canai. Tapi tak abis.Takde selera. Kurang sihat. Tengahari, Puteri pergi Shah Alam. Kenduri kahwin kaka kepada Mak Lang to be. Puteri dan cik mai naik kereta atuk. Makcik ikut ibu pergi fetch uncel Baqir kat BSP. Semua orang ada. Lily Amani pun ada. Puteri tunggu sehingga pengantin lelaki sampai. Lepas tu baru balik rumah. Dah kenyang...balik le..hihihi...Selamat Pengantin Baru.

Puteri dan Sofea dah bersiap untuk balik Nilai. Puteri singgah Semenyih dulu. Hantar bicycle. Nenek masak mee sup untuk sarapan. Emm...memang best. Banyak Puteri dan Sofea makan. Auni pun join makan sekali. Abih le bersepah rumah nenek. Takpe, aunty Baiti kan ada untuk kemas nanti...kihkih...Ehhhh..Puteri tak boleh lama kat sini. Kena ke Nilai cepat, nak bukak gerai. Ni pun dah kira lambat dah ni. Pukul sepuluh pagi baru Puteri sampai. Baru terhegeh-hegeh nak angkat barang. Gerai orang lain dah beroperasi dah. Siti pun dah tercegat kat situ. Atuk tak nampak pulak. Tapi takpe, yang penting semangat berniaga tu ada.

Selesai tolong ibu dan DD angkat barang, Puteri dan Sofea terus pergi main. Kebetulan program ni berlangsung di padang permainan. Seronok betul. Ibu jaga gerai. DD jaga Puteri dan Sofea bermain. Siti tolong ibu jaga gerai. Alhamdulillah, ramai jugak orang beli. Toys abis. Baju pun banyak yang terjual. Cuaca dah mula panas. Puteri dan Sofea balik rumah Siti. Atuk ada kat rumah dgn maksu. Atuk kurang sihat. Demam selsema. Patut la Puteri tak nampak atuk kat tapak karnival tadi. Kejap lagi atuk nak hantar maksu kerja pulak. Kesian atuk. Emm...Puteri rasa maksu kena pergi driving class ni, ambik license. Kan senang jika nak pergi kerja. Boleh jugak bawa Puteri dan Sofea jalan-jalan...hehehe....

Dalam pukul 2 petang, ibu balik kejap. Masak. Pukul 3 ptg baru pergi balik ke gerai. Tak sangka cuaca dah panas ni pun ramai gak yang datang kat tapak karnival tu. Tu le rezki namanya. Jam 5 suku ptg baru ibu tutup gerai. Puteri dan Sofea dah bersiap untuk ke BSP. Siti pun ikut. Nak singgah pasar malam. Ingat nak singgah rumah Wan Cu sekali. Tapi Wan Cu takde rumah. Dah keluar shopping. Tapi malam nati Wan Cu singgah rumah Siti. "Drop" Cik Mai dan Makcik. Wan Cu nak pegi honeymoon. Best la cam tu. Boleh Puteri main dgn cik mai. Lama tak jumpa cik mai. Dah abis pusing gerai kat pasar malam ni, baru Puteri balik Nilai semula. DD pun dah selesai gunting rambut.

DD emergency leave lagi hari ni. Bawa Puteri ke klinik. Badan Puteri naik panas semalam. Malam tadi tidur pun batuk-batuk. Pagi ni dah kebah sikit. Tapi DD kesian. Sebab tu Puteri tak pergi school. Lepas hantar Sofea, Puteri breakfast di restoran Syed. Kebetulan klinik pun bersebelahan dengan restoran. Jadi abis je minum Puteri terus jumpa doktor. Hari ni doktor lelaki. Bangsa cina. Dah berumur. Dalam lingkungan 50 an ke 60 an. Bukan doktor perempuan yang biasa Puteri jumpa tu. Kemudian Puteri hantar ibu ke opis yang baru. Bangunan pejabat tiga tingkat. Ibu mengeluh sebab opis baru ni jauh sikit. Terpaksa lalu highway LDP masa balik. Kat opis baru ni pun takde surau untuk solat. Ibu terpaksa keluar cari surau berhampiran. Tapi disebabkan kawasan sekitar yang "tidak sihat" atau pun "selamat", so DD nasihatkan ibu tak perlu keluar. Terutama jika takde teman.

Balik ke rumah, Puteri terus baring minum susu. DD ke dapur. Masak nasi, sardin "special" dan telur dadar. Emmm...sedapnye bau time DD tengah masak. Lauk favourite Puteri tu. Jika makan siap tambah nasi lagi. Kemudian...hihi...cam biasa...dah kenyang. Puteri tidur le. Tapi tak lama sebab Puteri terdengar DD tengah buat kerja kat bilik belakang. Puteri pun pergi le jenguk dan "nolong" sekali. Kira-kira jam 3 petang, Puteri ke supermarket. Beli barang dapur. Dapat juga le Puteri selitkan sekali makanan ringan. coklat, icecream dan biskut. Tak lupa air vitagen (barang mesti beli). Lepas hantar barang ke rumah, baru Puteri pergi ambil Sofea. Waktu masih awal. Puteri pergi minum kat restoran mamak (lagi). Pukul 6 petang, baru Puteri ke opis ibu. Sempat le Puteri "singgah" toilet opis ibu dulu...heheheh. Dah fetch ibu, Puteri just go home.

Puteri choose to differs from others. Puteri tak breakfast kat hotel. Puteri & Sofea ikut atuk & Siti bersarapan di luar. Restoran ni angah yang recommend. Teletak betul-betul bertentangan dengan kubur. Roti canai sini memang sedap. Menu lain pun ada. Tapi Puteri rasa biasa aje.

Dah sarapan, Puteri ke hotel semula. Sebelum terjun dalam pool, Puteri pergi beach. Tengok alang / angah main bola tampar. Lepas tu DD bawak Puteri & Sofea kejar anak ketam. Oleh kerana air surut, kenalah ibu & DD dukung Puteri & Sofea.



Puteri dapat tengok cara orang pasang jerat ketam. Dan ada yang sedang mencari umpan untuk di jual kepada kaki pancing.




Sempat jugak la Puteri & Sofea naik banana boat. Ishhh....mesti angah jeles tengok ni kan. Dah penat berjemur, Puteri ke acara kegemaran. Puteri swimming dulu.







Lepas check-out, Puteri ikut Siti ke restoran kawan atuk. Khabarnya tuan punya restoran ni sangat terhutang budi pada atuk. Yelah, atuk sejak muda lagi suka tolong orang. Hasilnya, anak cucu pun dapat rasa tempiasnya. Penuh le meja dengan hidangan yang di sediakan. Alhamdulillah, semua ikut haluan masing-masing selepas bergambar kenangan di hadapan restoran.

Kata pepatah "ulam di cita pucuk nan datang". "Yang pipih melayang yang bulat menggolek". Tu lah, jika dah rezeki Putari, takkan nak tolak. Apa-apa pun tima kasih le kat Siti & Atuk sebab ajak Puteri dan Sofea turut serta bercuti di Port Dickson baru-baru ni.

Mulanya Puteri tak termasuk dalam senarai pun, tapi dah rezeki Puteri kan. Dapatlah jugak Puteri merasa duduk kat hotel lapan bintang ni...hehehe....

Pgi sebelum bertolak ke Seremban, Puteri ke supermarket dulu. DD nak cari goggle utk Sofea. Ada sales. Dapat le diskaun sikit. Sementara tunggu shop tu mula beroperasi, Puteri ke tingkat atas. Breakfast sambil bermain dgn Sofea di palyland. Dah beli goggle, baru Puteri ke Paroi, Seremban. Rumah Anty Syikin. Sengaja singgah nak jenguk nenek induk. Bertanya khabar dan berbual kosong.

Kemudian, sudah tentu selepas makan tengahari, baru Puteri ke Port Dickson. Keluar tol Senawang, Puteri masuk tol PD. Terus ikut lebuhraya PD. Berhenti solat kat R&R. Oleh kerana pihak "penganjur" belum tiba, Puteri ke Teluk Kemag dulu. Sambil makan burger dan minum air kelapa pandan. Puteri dan Sofea menikmati pemandangan laut / pantai PD. Sofea kelihatan teruja. Tak sabar nak mandi dan main pasir. Tapi cuaca panas. Tak boleh lama "berjemur". Nanti demam.

So, Puteri bergerak mencari tempat letaknya Avillion hotel tu. Dari simpang keluar Teluk Kemang, Puteri ke kanan. Kira-kira 15 minit, jauh Puteri menyusuri jalan tak jugak kelihatan bangunan yang di cari. Puteri berpatah balik hinggalah tiba di bulatan awal tadi, Puteri ambil "pukul 12". Dan akhirnya jumpa simpang tertera nama Avillion. Puteri terus masuk dan menunggu. Puteri ikut ibu ke lobby hotel. Hampir setengah jam tunggu, tak nampak pun Anty Jee. Kata solat. Lama betul. Ngalah tok imam pulak. Ibu call Alang semula. Laaa....salah hotel. Sepatutnya ke Avillion Resort. Kihkihkih....

Tiba di hotel, Puteri terus check-in. Bergegas kebilik hotel utk salin pakain mandi. Tak sabar nak swimming dgn Sofea. Jam pun dah 6.30 ptg. Tak boleh le mandi lama-lama. Takpa...esok masih ada..

Oleh kerana ktorang je yang swimming tadi, so, Puteri and Sofea la yang last tiba utk dinner. Orang lain dah separuh jalan. Tapi, takpe, lauk pauk masih banyak lagi. Issshhh...banyaknye pilihan. Tak tau le nak start mana satu. Semua jenis makanan ada. Jika kambing panggang pun ada, apa lagi yang takde.


Dekat 2 jam Puteri dok lepak kat dining hall ni. Ni yang untung makan buffet. Selagi boleh telan, selagi tulah tak bangun-bangun dari tempat duduk. Oleh kerana dah kepenatan, Puteri & Sofea terus masuk bilik, nak beradu. Dah tak larat. Orang lain pergi sambung makan. Ada acara barbekue pulak katanya. DD yang gila barbekue pun "surrender". Kepenatan.


Lama dah Puteri tak kemaskini blog Puteri. Maklum le penulis skrip agak sibuk dan kurang sihat. Mungkin faktor cuaca yang "berkabus".

Pagi-pagi lagi Puteri dah bersiap. Nak tengok baby Mak Teh, kata ibu. Lebih kurang pukul 9 pagi, Puteri dah bertolak dari rumah. Kami singgah di Kajang untuk breakfast. Biasalah, menu nya roti canai. Kemudian, barulah kami gerak ke rumah Pak Teh di Bangi. Baby Nurzulaikha Irdina lahir pada 19/07/09, kebetulan sama dgn birthdate Damia. Minggu lepas, Puteri dah pergi ziarah Mak Teh & baby kat An-Nur (tempat sama Sofea was born). Tapi DD tak ikut serta, so hari ni DD nak lah ziarah baby Zulaikha.

Selepas di jamu dgn hidangan ringan, Puteri minta diri. Puteri nak ke rumah Siti pula. Ibu plan nak pergi Ikea dgn Alang dan Maksu. DD sepatutnya ke Seremban. Nak servis kereta. Tapi tak jadi. Tukang mekanik kecurian peralatan. Sudahnya, DD pun ikut ke Ikea sebab segan nak tinggal sorang kat rumah Siti. Yelah, ada Tok Cik datang. Mereka nak balik Sibu, Sarawak. Setelah lama menuggu, jam 3 petang baru Alang balik kerja. Dah bersiap, barulah Puteri bertolak ke Ikea naik Livina. Pinjam Kereta atuk. Hihih...dapat gak DD rest. Untung tiba di Ikea terus dapat parking. Maksu belanja makan di Kenny Rogers. DD makan tak habis. Tak tau le, takde selera ke atau ayam tu tak cukup pedas. Lepas makan Puteri ikut ibu Berwindow shopping kat Ikea. Maksu ikut Alang & Mak Lang (to be) jalan-jalan di The Curve. Puteri tak boleh lama-lama kat sini. Malam ni ada kenduri di rumah opah Puchong. Oleh kerana terkejear-kejar / masa tak banyak, maka tak banyak le benda yang Puteri & ibu shopping. Beli yang betul-betul perlu aje.

Puteri tak terus ke rumah opah. Puteri balik rumah Siti dulu. Bersihkan diri dan salin pakaian. Siti & Atuk awal-awal lagi dah pergi. Boleh le tolong apa yang patut di tolong. Bukan macam Puteri. Pergi nak makan je. Hihhih...bila semua dah siap Puteri pun pergi dgn Alang. DD je tak jadi nak pergi. Kurang sihat, kata DD. Nanti kena balik awal pulak. Biarlah Puteri dan Sofea lama sikit kat rumah opah tu. Bukan selalu pun dapat pergi. Sampai je rumah opah, orang pun dah ramai. Puteri ingat dah habis. Rupa-rupanya majlis pun belum mula. Issyyyy...lambat betul. Puteri dah lapar ni. Haaa...takpe. Siti kan ada. Nanti Puteri bisik le kat Siti minta tolong ambik kuih utk Puteri dan Sofea. Lapar dah ni. Yelah. Maksu ni pergi belanja makan "ayam". Belanja le makan nasi tomyam ke. Ni bukannye perut omputih. Perut melayu tau. Mentang-mentang le maksu kerja kat airport, ye tak.

Ehmmm...sedapnye lauk kenduri ni. Tak sangka ramai jugak pak sedara / mak sedara Puteri kat sini. Tapi, nape ye masa birthday Puteri yang lepas tak sorang pun yg datang. Jauh kot rumah Puteri. Hmmm...Puteri pun tak paham. Apa pun....kita makan dulu....

Pagi ni Puteri nya sarapan simple je. Makan roti je. Lepas tu Puteri pegi swimming kat pool. Tapi bukan kolam renang kat sini tapi kat resort. Siti tak ikut. Ishh....semalam pun tak ikut, hari ni pun tak ikut. Takut air kot Siti ni. Hihihi...puas berenang, Puteri pergi main kat beach pulak. Ye lah, last time pergi tak sempat tengok beach kat sini. Hmm...cantik gak beach kat sini. Tapi Puteri tak berani mandi laut. Teringat kes semalam. Takut lak kena sengat obor-obor tu. So Puteri just main pasir je ngan Sofea. Beach kat sini ada sediakan canoe utk sesiapa berminat le. Ada padang utk main bola pantai dan ada tempat untuk aktiviti permainan kanak-kanak.

Balik je hotel Siti dah siap kemas. Puteri je belum kemaskan barang Puteri. Sementara tunggu DD mandi, Puteri tolonh ibu kemas. Semua orang dah siap baru le Puteri check-out. Puteri tak terus ke Bidor. Puteri singgah pekan Lumut dulu. DD dah start bersin. Nak kena fever la tu. Haa...ni mesti tak tahan aircond. Ishhh...takde peluang le Puteri nak pasang air-cond kat rumah camni. Selain beli barang makanan Puteri sempat jugak window shopping. Kebetulan ada bazaar kat sini. Puteri tak lama kat pekan ni. Masing-masing dah kepenatan. Lagi pun bersin DD menjadi-jadi. Aduhh...larat ke DD nak barbekue malam ni.

Sebelum ke Bidor, Puteri singgah makan di restoran seafood (Restoran Hasnah). Dulu time study, DD biasa makan kat restoran ni. Puteri order tomyam ayam, sup sayur, daging masak merah dan udang goreng tepung. Pehhhh....memang sedap. Teringat kat atuk. Takpe, next time Puteri ajak atuk jalan-jalan makan kat sini. Insyaallah....



3.30 petang Puteri sampai kat rumah Wan. Wan dah siap masak untuk makan tengahari. Lauk kesukaan DD. Sambal kentang ayam (atau ikna bilis). DD memang suka makan kentang. Tak kisah le masak apa pun. Gerenti DD makan punya. Hmmm...patut le jika lalu "drive-thru" tu asyik order french fries je. Giler kentang...gitu. Sedang Puteri menikmati makan tengahari tu, Alang dan Maksu pun sampai. Dorang dari KL. Saje je nak join barbekue malam ni.
Kekenyangan, DD terus je ambil bantal. Landing kat ruang tamu. Untung DD ada bawak ubat demam ngan selsema. Tak tau le Puteri berapa biji DD dah telan. Puteri dan Sofea pun join baring gak. Minum susu.
Malam tu, lepas solat maghrib DD dah start operasi. Walaupun kurang sihat tapi semangat nak "membakar" tu masih kuat. Wan awal-awal lagi dah peram ayam. Ikan kembung cuma letak kunyit dan garam je. Dah separuh ayam / ikan DD bakar, DD rehat untuk makan dan past baton kat orang lain. Lepas makan DD terus terjelepuk tidur. Puteri dan Sofea belum tidur. Kat rumah Wan ada teropong. So semua orang excited je nak guna teropong tu termasuk le Puteri. Dah penat, barulah Puteri dan Sofea tidur.