twitter
rss

Pagi ni, Puteri ikut atuk bersarapan di luar. Restoran As-Salam. Haa...Tok Cu jangan nak perli-perli ye. Dah tu mana ada kedai melayu buka time raya ni.

Hari ni, cadangnya nak beraya ke rumah opah di Puchong. Tapi mungkin takde rezeki. Opah ke rumah Wan Cik. Puteri kemudian ke Selayang, ke rumah Nek Lang (ibu saudara DD). Tiba di Selayang, Puteri nampak Aunty Shikin di luar. Tak sangka, nenek induk pun ada bersama dengan Tok Leman. Sementara tunggu makan tengahari siap masak, Puteri jamah nasi impit dulu. Sedap betul kuah kacang nenek masak ni. DD sampai mintak bungkus le. Ishhh...pergi raya pun boleh bungkus ke.

Dekat jam 3 petang baru dapat makan nasi. Lauk ayam masak rendang dan pajeri nenas serta lauk sampingan yang lain. Memang berbaloi tunggu. Kebetulan pula Tok Hisham / Nanny (dari Ipoh), Tok Puad (dari Muar) dan nenek Semenyih pun datang. Nenek datang dengan Alang. Aunty Baiti pun ikut sekali. Pak Busu je tak ikut.

Kemudian Puteri ke Taman Medan, Kg Dato Haron. Rumah atuk Leman dan Wan Nab. Yang lain-lain pun ikut sekali. Meriah betul. Kecoh jadinya. Tok Amid pun ada. Datang berbuka puasa. Nak makan mee boleh, nak makan nasi pun boleh. Semuanya ada.

Lepas maghrib berjemaah, baru Puteri balik Nilai. Wan Cu pun ada datang beraya di rumah Siti. Wan Cu baru pulang dari beraya di kampung Tok Cu, di Raub, Pahang.





Ikut perancangan awal, Puteri terus ke Lubuk Cina, Melaka, kampung belah atuk Semenyih. Selepas tu pulak, plannye nak ke rumah opah di Puchong. Tapi Puteri terpaksa singgah Semenyih dulu. Nanny dan nenek Induk nak datang beraya di rumah nenek Semenyih. Agak tengahari baru dapat bertolak. Elok le, masa Puteri sampai pun time nak makan. Sementara DD baring rehatkan badan, Puteri dan Sofea main di luar rumah. Luas betul. Apatah lag, Damia pun ada sekali. Hiruk pikuk di buatnya. Pening Aunty Baiti. Selepas solat Asar, Puteri balik ke Nilai semula. Tak dapat nak beraya di Puchong. Sampai rumah Siti pun dah maghrib. Badan pun dah penat. Insyallah, jika ada rezeki, Puteri dan Sofea akan ziarah juga rumah opah di Puchong ye.









Puteri terjatuh selepas berlari-lari dengan Sofea dan Damia. Heheh..tengok tu, Sofea tolong cover kan knee Puteri yang injured tu...

DD dah bersiap pakai baju melayu warna biru. Hajat nak solat sunat raya di masjid tak kesampaian. Tiba-tiba je DD kena selsema sejak subuh tadi. Selepas siap mandi dan berbaju kurung biru, Puteri dan Sofea serta ibu salam tangan DD. Kemudian kami menikmati hidangan raya bersama. Puteri dah tak sabar nak beraya. Tapi DD cakap tunggu atuk balik dari masjid.

Kira-kira jam 10 pagi baru Puteri dapat beraya. Puteri ke Nilai dulu, rumah Siti. DD dah tak sabar nak makan soto. Puteri dan Sofea pun sama. Banyak kami makan.






Rumah kedua Puteri beraya dekat Sri Putra. Rumah Wan Cu. Tapi, masa Puteri sampai, Cik Mai takde. Pergi beraya dengan Wan Cu. Untung Mak Ngah Zahrah ada. Dapat le beraya dan makan nasi tomato Wan Cu.



Kira-kira jam 12 tengahari, Puteri bergerak ke Seremban. Puteri beraya di Batu 3, Mambau. Rumah Nek Ngah. Makan nas minyak. Lauk ayam masak merah, rendang daging dan rendang itik. Fuhhh!!! Ada kick. Ramai jugak jumpa sedara mara masa kat rumah Nek Ngah. Lepas beraya sekejap di rumah atuk Rahim, Puteri ke Senawang. Beraya rumah Nanny. Akhir sekali, untuk hari ini, Puteri beraya di rumah nenek Induk sebelum pulang berehat di rumah Siti.

Agak lama blog Puteri tidak dikemaskini. Terlalu banyak sebab dan perkara yang berlaku. Selain di sebabkan kerja, faktor kesihatan juga menyebabkan penulisan Puteri terhenti agak lama. Lepas seorang, seorang ahli family Puteri demam. Bukan lah sebelum ni tak pernah sakit, cuma kali ni dunia, termasuk tanahairku, dilanda wabak virus H1N1. Itu yang merungsingkan. Banyak teori cara mencegah dan merawat "wabak demam" ini. Dari bawang putih hinggakan air kelapa pun diwar-warkan mampu menangani virus tersebut. Hinggakan air kelapa pun naik harga.

19/09/09, Raya Eve
Siap je packing barang untuk jangkamasa seminggu, Puteri bertolak balik kampung. Nak meraikan Hari Raya. Tahun ni Puteri balik Kg Semenyih dulu. Heheheh...bunyi cam jauh je kan.

Sampai je kat rumah nenek, lepas punggah barang, DD terus ke pasar tani. Cari daun ketupat dan barang-barang lain untuk beraya esok. Termasuklah buah-buahan untuk takbir malam nanti.

Tengahari sikit, Puteri ke Kajang. Plaza Metro. Alhamdulillah, baju melayu DD siap jugak sebelum raya. Tapi tak tau lah kualiti jahitannye. Mana taknye, hantar menempah pun dah lambat. Kurang dari sebulan. Kemudian, Puteri sambung shopping di Alamanda pulak. Kali ni ibu yg drive. DD tak ikut. Penat dan tak larat. Hanya ibu, Puteri, Sofea dan Aunty Baiti aje yang pergi.

Lepas berbuka, Puteri terus tolong DD anyam ketupat. Pak Teh pun tolong sekali. Puteri pun tolong Aunty dekorasikan rumah nenek. Ibu pulak tolong nenek di dapur. Masak rendang dan rebus ketupat. Hmm...tak sabar nak tunggu esok.