twitter
rss

Jumaat 25-mac-2011, puteri bergegas untuk pulang ke semenyih malam ni. Aunti baiti buat majlis harijadi baby Hana secara mengejut. Dah tentu majlis ni nanti tak ‘well organise’. Tak syok la camtu. Tak dapat puteri nak carik hadiah yang special sikit kan. Hadiah ni pun daddy yang belikan tengahari tadi. Sempat jugak la daddy carik sebelum pergi masjid untuk solat jumaat. Kata auntie terpaksa buat malam ni sebab esok lusa dah ada atur-acara yang lain. Jadual dah penuh dengan aktiviti. Tak dapat tidak kena la jugak disambut malam ni.

Bila puteri sampai paklong dan auni dah pun tiba. Paklong belikan sate. Kedai sate tu kat pekan semenyih. Terletak ditepi sungai. Sebelah dengan bangunan pejabat pos. Mama auni tak dapat datang. Kena berniaga. Orang baru niaga kena la selalu “bukak” kedai. Nanti patah semangat. Patah rezeki. Tu petua tu.

Auntie baiti dah keluarkan kek. Letak atas meja. Tak dapat nak tunggu MakTeh. Lagipun makteh dah maklum tadi akan datang lambat sebab ada urusan dirumah. Kan ke lusa adik perempuan PakTeh nak berkahwin. Puteri pun dapat kad jemputan. Boleh la pergi besok. Ish, bestnyer. Makan lagi. Hihi.

Ahad 26-mac-2011, puteri dan sofea dah siap pakai gaun. Irfan pun boleh tahan. Dah pandai bergaya. Jam 12:00 tengahari puteri pun bertolak keluar. Menuju ke majlis perkahwinan adik pakteh. Tempatnya didewan UPM, Serdang. Sedang elok la ‘timing’ puteri. Masa untuk makan tengahari. Perut tengah lapar ni boleh la puteri bedal nasi dan lauk-pauk tu banyak sikit. Ye lah kan ke pengantin tak boleh makan banyak-banyak. Ha tu la puteri kena tolong. Tolong makan. Nanti tak habis lak makanan kat situ. Membazir namanya. Tak elok tu.

Besar betul dewan ni. Luas. Tak pasti pulak puteri berapa meja makan yang ada kat dalam dewan masa tu. Wah, pengantinnya pun cantik sepadan. Bak pinang dibelah dua. Belah keluarga pengantin perempuan pula sepakat memakai pakaian sedondon. Sama warna. Bertambah seri majlis. Ha yang paling best ada acara pencak silat kat majlis tu. Tu kira ‘group’ pakbusu tu. Tapi pakbusu tak join. Katanya dah lama tak practice dengan ‘group’ tu. Masalah teknikal.

Khamis 17-mac-2011, selepas hantar irfan ke nurseri. Puteri dan sofea terus ke Kuala Lumpur. Puteri nak ke Aquaria KLCC. Kesian kat irfan tak dapat ikut. Bukan ibu tak nak bawak tapi nanti irfan tak tahan panas. Takpa insyallah bila irfan dah baik puteri akan bawak irfan jalan sekali.

Puteri dan sofea sarapan kat klana jaya. Restoran mamak. (Patut la mamak kaya kan!) Roti canai dan ayam goreng. Air Nescafe ais. Selesai sarapan puteri terus ke kuala Lumpur. Tempat letak kereta (parkir) kat luar dah penuh. Kena la parking kereta kat dalam bangunan. Ish, mesti caj dia mahal ni kan. Tapi takpa bukan puteri yang bayar. Daddy jugak le yang jadi mangsa.

Dah dapat parking puteri terus naik tingkat atas. Level C. Daddy queue untuk beli tiket. Dewasa RM35 seorang. Kanak-kanak RM22 seorang. Fuhh, mahal betul. Ikut harga antarabangsa. Harap-harap kemudahan dan perkhidmatannya pun ikut piawaian antarabangsa jugak.

Masuk je entrance utama, ikan pertama puteri Nampak ialah piranha. Ikan pemangsa yang makan daging. Ikan piranha agak agresif dan menyerang mangsa secara berkumpulan. Together we strong. Disebelah kanan pula terdapat beberapa kolam kecil yang menempatkan haiwan aquatic yang tidak berbahaya. Tujuannya untuk memberi pengunjung peluang memegang haiwan berkenaan. Didepannya elektik eel. Besar dan panjang bentuknya. Ada tanda amaran di aquarium, “Awas voltan tinggi”. Ini kerana ia boleh mengeluarkan arus elektrik yang tinggi. Difahamkan kekuatan voltan yang dihasilkan boleh menumbang seekor lembu dewasa. Fuhh, bahaya betul kan?

Disebelah kanan pula terletak screening hall (dewan tayangan). Pengunjung boleh melihat dokumentari tertentu berkaitan dunia aquatic. Tayangan ini boleh membantu memberi pemahaman yang lebih jelas kepada pengunjung sebelum meneruskan ‘journey’.

Antara animal yang puteri tengok ialah giant water rat, asian otter (..puteri ingat memerang), butterfly life cycle, reptiles amphibians, insect, coatimundi and frog life cycle.

Sambil menuruni tangga puteri dapat lihat dengan jelas pelbagai jenis ikan yang berenang didalam balang yang besar. Balang berbentuk rod seperti tiang. Dibawahnya pula terdapat kolam ikan. Pelbagai dan besar ikan didalam kolam tu. Disebabkan terlalu asyik melihat ikan-ikan tu berenang. Puteri terlupa pulak nak tengok nama ikan tu semua. Terdapat juga aquarium yang menempatkan ikan araipama (yang terkenal aggressive) dan red tail catfish. Kata daddy ada sejenis ikat ‘catfish’ yang ditangkap cuma menggunakan tangan kosong saja (with your bare-hand). Caranya sebelah tangan akan dijadikan seperti ‘umpan’ untuk ikan catfish tu makan. Untuk makluman ikat catfish tersebut makan dengan cara menyedut ‘mangsa’-nya kedalam mulut. Tak ubah seperti vacuum.

Akhirnya puteri sampai di kemuncak perjalanan. Puteri dan sofea memasuki ‘terowong’ glass yang lutsinar. Puteri dan sofea boleh melihat pelbagai hidupan laut luas. Jerung, todak, ikan pari dan pelbagai jenis ikan yang lain. Tak lupa penyu ‘gergasi’. Tak sangka puteri besar betul penyu tu. Seronok betul puteri dapat menyaksikan “feeding frenzy”. Berebut-rebut ikan-ikan dan hidupan yang lain makan ditangan para penyelam professional tersebut. Err, diorang tak takut ke kat jerung-jerung tu tadi? Ish, seram lak puteri fikir.

Sayangnya ‘journey’ ni tak lama. Sebab aquaria ni tak seluas atau panjang yang disangka. We expect more from what the cost we just fork it out. Hampir tak berbaloi rasanya. But to be fair, it wonderful and really.. puteri enjoy! HiHi!

Keluar dari bangunan Aquaria KLCC puteri menuju ke Ampang Park shopping malls. Ibu nak ke kedai cross-stitch. Nak cari benang jahit. Sempat la jugak puteri window shopping sekejap. Lepas tu puteri ke outlet fast-food. Daddy nak belanja puteri makan pizza. Outlet pizza hut ni terletak ditingkat atas. Tingkat bawah outlet KFC. Puteri pilih meja kat tepi tingkap. ‘Cantik’ jugak view kat sini. Dapat jugak la puteri menjenguk pemandangan hiruk-pikuk Bandar. Puteri try pizza perasa baru yang ada udang tu. Selain menu tetap chicken wing. Kegemaran puteri dan sofea tu. Bila perut dah kenyang hati pun senang puteri pun pulang la. Nak rehatkan badan sebelum balik ke Nilai petang nanti.

Jumaat 18-Mac-2011, puteri pergi Tesco baru di Nilai. Supermarket baru ni memberi saingan hebat pada supermarket GIANT yang dah bertapak lama kat sini dan secara tak langsung supermarket lain seperti MyDin dan kedai runcit kecil turut terkena tempias. Apapun ia memberi keuntungan kepada pengguna. Betul tak?

Sabtu 19-mac-2011, pagi lagi puteri dah ke klinik. Eh, bukan puteri yang sakit tapi Sofea. Puteri bawa Sofea jumpa doctor dan ambil ubat. Kemudian puteri ke Alamanda, Putrajaya. Saja jalan-jalan cari makan (angin je ler).

Sabtu 12-mac-2011. Rancangnya puteri bertolak seawal pagi. Tapi dah semua orang bangun bangun lewat, nak buat macam mana ye tak. Kesiangan. Pukul 10:00 pagi baru puteri sampai rumah nenek. Tapi nenek takda. Pergi ber-marhaban. Nenek bawak Damia sekali. Tak dapat la puteri nak ke Seremban awal sikit. Ok gak boleh tunggu auntie balik kerja. Boleh pergi sekali.

Jam 2:00 petang, puteri pun bertolak ke seremban. Pergi dua kereta. Sebab Alang dan PakBusu pun ikut sekali. Nenek tak ikut puteri. Nenek ke Melaka. Nama tempat tu Durian Tunggal. Tak silap puteri la. Ada kenduri kahwin.

Puteri ikut lebuhraya LEKAS. Cepat sikit sampai. Keluar di persimpangan Senawang. Kemudian puteri terus ke tempat Auni berniaga. Hihi. Maksud puteri tempat Maklong dan Paklong niaga. Lupa pulak puteri apa nama taman tu. Tapi maklong niaga depan rumah je. Rumah kawan dia. Kongsi katanya. Takpa perlahan lahan. Baru nak belajar niaga. Bila dah cukup pengalaman. Dah ada keyakinan baru la buat business sendiri pulak. Insyallah boleh berjaya. Jangan lupa duit modal. Kena cukup. Jika boleh biar lebih. Tak percaya tanya ibu dan daddy. Pengalaman lalu banyak mengajar. Kadang-kadang bukan masalah produk. Tapi kengkangan kecairan modal dan lokasi yang strategik memainkan peranan penting. Untuk memastikan kesinambungan sesuatu perniagaan. Hmm..

Lama jugak puteri duduk melepak. Sambil makan dan bermain dengan auni. Kecoh jugak le tempat tu jadinya. Sempat jugak la puteri ambik mangga. Alang yang panjat. Kemudian puteri ke rumah nenek faridah (induk). Rumah auntie Syikin. Auntie Syikin tingkatan satu dah sekarang. Puteri baru darjah satu (standard one). Rupanya nenek induk sakit. Jatuh kat sekolah tempoh hari. Sakit belakang badan. Lebih kurang macam sakit wanchu.

Lepas solat maghrib puteri bertolak pulang ke semenyih. Kerana terlalu penat puteri dan sofea terus tertidur. Maklum la satu hari tak tidur. Asyik main je.

Ahad 13-mac-2011, selepas sarapan pagi puteri keluar. Tapi tidak sebelum membungkus lauk-pauk yang nenek masak. Menu utama daging masak kicap. Daddy yang minta nenek masak. Daging tu daddy baru je beli kat pasar tani pagi tadi. Puteri singgah pekan semenyih. Beli peralatan untuk contest nanti. Pertandingan tu dibuat di supermarket GIANT, Klana Jaya. Puteri terpaksa singgah rumah puteri sekejap. Untuk simpan tv baru puteri. Jenis tv LCD jenama Panasonic. Sempat jugak puteri ambil meja lipat. Boleh buat alas kertas untuk mewarna nanti.

Dekat pukul dua baru puteri sampai kat supermarket tu. Orang dah pun ramai. Riuh rendah dengan kanak-kanak. Daddy dukung irfan. Puteri dan sofea ikut ibu pergi daftar masuk pertandingan. Tempoh masa pertandingan lebih kurang satu jam setengah. Terpaksa la sofea dan irfan tunggu puteri. Dua jam tu. Jenuh jugak la diorang menunggu. Pukul empat petang baru penganjur umum kan pemenang pertandingan untuk setiap kategori. Puteri cuma dapat consolation prize je. Heh heh. Takpa. Puteri tetap happy. Yang penting semangat dan pendedahan. Itu yang penting. Lagipun ini pertandingan mewarna yang pertama untuk puteri. Mungkin lain kali nasib puteri lebih baik. Tapi puteri kena la belajar mewarna dengan kaedah (cara) yang betul. Baru la boleh bersaing. Apapun puteri enjoy!