twitter
rss

Sabtu 04 Februari 2012, dah tak sabar puteri nak jenguk baby Alang. Baby boy. Nama baby Alang, Ammar Rifqi. Lahir pada 01 Februari 2012 di hospital putrajaya. Tarikh tu sama dengan tarikh sambutan hari wilayah persekutuan. Tiba je puteri di Nilai, puteri tengok baby Alang takda kat rumah Siti. Alang dah bawa ke Shah Alam. Hmm, camtu esok puteri kena la pergi Shah Alam. Puteri tengok Atuk terbaring atas sofa. Siti cakap atuk sakit. Nak bawa ke hospital. Maksu kena bawak sebab Angah tak balik Nilai. Alang pulak sibuk pack barang baby untuk dibawa ke Shah Alam. Walaupun semua dah bersiap tapi masih belum lagi pergi. Atuk berehat lama atas sofa. Alhamdulillah, atuk beransur pulih. Tak jadi la ke hospital. Tapi Maksu pulak yang demam. Ish, kena mandi bunga maksu ni. HiHiHi.

Ahad 05 Februari 2012, puteri follow daddy ke pasar tani Salak Tinggi. Sofea tak ikut. Sofea main dengan Lily. Tengahari, ibu masak gulai ayam lemak cili padi. Angah dan Makngah pun dah sampai. Baguslah boleh puteri ajak pergi jenguk baby alang di Shah Alaj. Tapi masa nak berangkat tu Angah tak jadi pulak nak ikut, ada hal katanya. Siti pulak ikut atuk pergi majlis kahwin. Untung maksu pergi jugak walaupun demam. Heh. Puteri kat Shah Alam tak lama. Lagipun alang nak bawa baby ke hospital. Sakit (demam) kuning. Kenalah bawak jumpa doktor.

Selamat tahun baru. Tahun 2012 ni puteri naik darjah 2 (Standard 2). Kelas 2 Anggerik. Umaira dan Najiha pun masih sama kelas dengan puteri.

Blog puteri ni makin jarang dikemaskini. Faham-faham saja lah, editor-nya tak dibayar apa-apa imbuhan pun. Kerja pun sukarela, itu yang buat kerja pun ikut sukahati je. Sabar je-lah kan.

Tahun ni bermula dengan baik (alhamdulillah) untuk puteri sekeluarga. Moga-moga keadaan akan bertambah baik, insya'Allah. Marilah kita berdoa. Amin.

Jumaat 20 Januari 2012, tiba-tiba je daddy nak balik Nilai malam ni. Ingatkan sempena cuti perayaan raya China (Happy CHinese New Year). Rupanya nak main badminton kat Semenyih. Puteri pun nak ikut. Pakteh ajak. Tapi daddy tak jadi pergi. Penat katanya. Mana tak penat, hampir dua jam daddy buat kerja 'pecah' pintu bilik irfan. Nak ambil raket. Sampai rumah Siti daddy kata dah tak larat. Hmm, melepas lah pulak. Eh, Lily Armani pun ada lah.

Sabtu 21 Januari 2012, pagi. Puteri dan sofea ikut daddy ke taman di Dataran Nilai. Mulanya Lily pun nak ikut sekali tapi sampai kat kereta Lily tak nak masuk. Daddy hantarlah Lily masuk rumah balik. Cuaca amat baik. Memang sesuai untuk melakukan akitiviti riadah. Walaupun sinar matahari sudah mula terbit namun bayu angin yang bertiup membuatkan badan rasa dingin dan nyaman. Selepas menukar selipar dan memakai kasut, daddy terus je pergi jogging. Dah lama daddy tak bersenam. Sejak bulan Ogos 2011. Sejak bulan puasa lepas. Puteri dan sofea pulak terus je ke taman kanak-kanak. Bermain jongkang-jongket (seesaw), buaian (swing), papan luncur (slide) dan berlari. Huuh, penat betul. Balik rumah Siti, dah berehat sekajap puteri dan sofea pun mintak daddy bersihkan kolam (pool) boleh kita orang swimming. Lily pun joint sekali. Lama betul kita orang main sampai bergaduh baru la nak berhenti. Itupun sebab daddy dah marah. Kehkehkeh.

Petang. Puteri tidur kepenatan. Entah bila Angah dan MakNgah datang ambik Lily puteri pun tak ingat. Lily nak pergi bercuti. Dengarnya ke A'Famosa, Melaka. Wah best tu. Tapi nape tak ajak puteri dan sofea sekali. Hmm, takpalah. Tunggu daddy ada duit nanti puteri ajak pergi bercuti. Boleh ajak Siti sekali. Baru seronok.

Dekat-dekat senja WanChu datang. Puteri masih lagi tidur di sofa depan televisyen. Suara CikMai buat puteri tersedar. Tapi puteri tak terus bangun. Puteri rasa tak sedap badan. Tapi lepas mandi puteri rasa segar balik. Lepas tu puteri dan sofea pun bermain dengan CikMai. Dah rezeki puteri malam tu, WanChu belanja makan. Maklong Zahrah yang pergi beli. Ditemani MakSu (sebagai driver terhormat) dan MakTeh (kak Chik). Wah banyak betul lauk-pauk yang dibeli. Boleh habis ke ni. Tomyam (kesukaan ibu ni), daging masak merah (kebetulan, daddy memang suka lauk ni), sayur kailan ke apatah, puteri lupa lak. Terima kasih ya WanChu. Next time belanja lagi tau. Ni yang sayang WanChu ni. Hihihi ayat bodek tu. Hahaha.

Ahad 22 Januari 2012, badan puteri tiba-tiba panas. Puteri demam. Kata Siti lebih-kurang pukul 3 pagi puteri pergi ke bilik Siti. Cari Siti. Puteri nangis. Pagi tu ibu bagi puteri makan ubat. Puteri muntah-muntah. Hilang selera makan. Nampak gayanya tak jadi lah rancangan daddy nak pergi jalan-jalan. Duduk rumah je lah jawabnya. Kata daddy, sunyi pulak rumah bila puteri demam ni. Yelah takda orang buat bising. Sofea yang takda kawan habis semua orang dia kacau. hihi.

Sebetulnya puteri nak balik hari Isnin 23 Januari 2012. Tapi Siti kata WanChik ada telefon Siti tadi. Minta puteri jangan balik dulu sebab WanChik nak datang rumah Siti. Hmm, okay jugak. Puteri pun dah lama tak ke rumah WanChik. Masa PakLong Din tunang hari tu pun puteri tak dapat hadir.

Selasa 24 Januari 2012, pagi. Puteri dan sofea bawak Siti ke supermarket Tesco. Siti nak beli barang dapur dan lauk. Kebetulan WanChik nak datang, Siti beli lebih sikit. Tiba di Tesco Siti tunjuk kedai jual coklat kepunyaan anak kawan atuk. Agak-agak puteri beli dapat diskaun tak. hihi.
Hari ni ibu masak ayam gulai lemak cili api, ikan kembung goreng (tak sangka elok pulak tekstur ikan hari ni, beli kat Tesco tadi), udang masak sambal tempoyak dan sayur sawi. Slurp..meleleh air liur puteri. Sedap tau. Atuk pun tanya boleh tak atuk nak tambah lagi. Sambil-sambil tu sempat jugak ibu buat "truffle" sebagai pencuci mulut. Hui macam kat hotel lak. Hahaha..kira rezeki WanChik la ni kan.

Terkejut puteri bila terima berita perihal tok hamid. Aunty baiti yang maklumkan. Tok Hamid kemalangan. Sekarang ni kena tahan wad di hospital universiti malaya (PPUM). Sabtu 31hb Dis 2011, selepas zohor puteri pergi ziarah tok hamid. Masa puteri sampai waktu melawat dah tamat. Tapi, syukur daddy dapat meloloskan diri untuk menjenguk tok hamid. Teruk jugak kondisi tok hamid. Sekejap sedar kejap terlelap. Dalam keadaan begitu pun tok Hamid masih 'mampu' bertanya "situasi" daddy. Dah bekerja ke belum. Dapat kerja kat mana. Tok Hamid la satu-satunya bapa saudara (sebelah daddy) yang menghubungi dan jumpa daddy masa daddy tak berkerja. Tengah-tengah sakit macam tu pun tok hamid sempat lagi bertanya pasal irfan. Sebab tu daddy pandang tinggi dan hormat pada tok hamid. Puteri sangkakan tok amid dah selesai 'operation'. Rupanya lagi 2 minggu lagi. Kena tunggu giliran. Aduh hai.. patutlah sakit mulanya tak serius pun boleh jadi serius. Luka kemalanga ni jika tak dirawat segera boleh terkena jangkitan virus, bakteria dan sebagainya. Itu yang buat daddy terkenang arwah rakan sekerja daddy dulu. Meninggal selepas terkena jangkitan kuman. Puteri DOA moga-moga tok amid lekas sembuh dan bersabar. Selepas ziarah puteri ke Nilai.

Ahad 01 Januari 2012, selepas solat Asar puteri berangkat ke klana jaya. Ke rumah sahabat akrab puteri Dayana. Sempena majlis sambutan hari lahir Dayana pada 29hb Disember 2011 hari tu. Dah dah beli hadiah untuk Dayana. Puteri minta Daddy balutkan. Daddy dengan kreatifnya buat beg kertas (dari kertas pembalut) sama macam orang kat shopping mall tu buat. Ibu macam biasa (crafting) buat kan kad harijadi. Pukul 6:00 petang puteri sampai. Puteri ingat kek dah habis rupanya belum potong lagi. Dayana nak tunggu nenek dia sampai. Bagus lah dapat jugak puteri rasa kek tu nanti. Kek Dayana cantik. Gambar boboiboi N geng (edible image). Suka Dayana bila puteri dapat datang. Cuma Najihah je tak dapat. Puteri dan sofea pun seronok main kat rumah Dayana. Jika boleh nak tidur je rasanya. Tapi mesti tak dapat punya kan. hihi. Selepas maghrib puteri pulang ke rumah.

Isnin 02 Januari 2012, entah mengapa tiba-tiba daddy kata rasa macam nak pergi restoran induk (nenek faridah) kat seremban 2 berdepan city park. Ibu terus hubungi aunty baiti ajak pergi sekali. Kebetulan auni pun ada kat semenyih. Baru tiba dari pahang. Banyak betul rambutan dan langsat (termasuk duku langsat) auni bawak dari kampung. Manis-manis. Sedap. Lepas Asar puteri, sofea, auni dan zulaikha pun bertolak. Seronok jugak pergi restoran nenek induk ni. Selain dapat makan-makan kita orang turut dapat bermain kat depan taman 'city park'. Ramai betul orang niaga. Pengunjung pun ramai. Wah bestnyer dapat berlari dan berkejaran. Hahaha.