twitter
rss

Subuh-subuh lagi Tok Cu dah keluar cycling. Puteri masih lagi nyenyak tidur. Uncle Baqir pun masih kuat lagi berdengkur. Ibu dan Wan Cu sibuk di dapur, nak siapkan breakfast untuk kami. Selepas breakfast, barulah kami keluar round town Fraser Hill lagi.

Kami berhenti di taman rama-rama. Tok Cu dan Uncle Baqir nak try archery. Nampak macam senang tapi susah jugak archery ni. Kena selaraskan tangan dengan bahu dan badan. Lagipun, kena pandai membaca arah angin berserta kelajuan angin (kuat ke perlahan).








Kemudian, kami ke kawasan menunggang kuda pulak. Puteri pun nak try jugak. Inilah first time Puteri nak tunggang kuda. Puteri naik dengan Dady. Wahhh....tinggi betul kuda tu. Kata Dady, tunggang kuda ni tak boleh sembarangan. We must be gentle with the horse and try not to make the horse "naik angin". If not, the horse will "throw us away"....hehehe....Best jugak naik kuda ni. Tapi, disebabkan Puteri tak biasa, sakitlah punggung Puteri. Cik Mai tak nak ride kuda...tak tau kenapa...takut kot...























Dah penat meround, perut pun dah kelaparan, kami pulang ke apartment. Lepas tu, kami tak ke mana. Stay kat apartment je. Masing-masing dengan hal sendiri. Tok Cu membaca, Wan Cu menjahit dan Puteri serta yang lain-lain teruskan perjuangan main scrabble......

Julung kalinya, Dady dan ibu siap awal. Puteri dan adik Sofea pun dah tak sabar. Ironinya, Tok Cu baru nak kemas barang masuk ke dalam Ford Rangers nya. Hmmm.....basikal pun Tok Cu bawa. Mana Tok Cu nak pergi ni. Tok Cu nak buat apa dengan basikal tu. Hati kecil Puteri terus tertanya-tanya. Belum sempat persoalan diajukan....Dady dah memanggil Puteri masuk kereta. Xpdc dah pun bermula.Kami menuju ke arah utara (jika tak salah Puteri lah kan)...hihihi...Puteri belum pandai baca map lagi tau....

Tok Cu rangers lead us the way. Kami mengikut jalan lama untuk ke Fraser Hill. Dari tol Sg Besi (lebuhraya utara selatan) kami menuju ke Rawang melalui lingkaran tengah (MRR2). Dalam masa 40 minit perjalanan, kami tiba di pekan Rawang. Dari Rawang, kami menyusur keluar ke Kuala Kubu. Kami berhenti rehat di kaki bukit. Sambil makan (breakfast), kami menikmati pemandangan sekitar. Memang besar kawasan tadahan air di empangan nie. Takjub rasanya. Berapakah agaknya kedalamannya.

Setengah jam kemudian, kami menyambung semula perjalanan. Pendakian Bukit Fraser baru aje bermula. dady mengekori rangers Tok Cu dengan berhati-hati. Maklumlah jalannya berpusing-pusing dan sempit. Malahan, masih terdapat kerja-kerja pembaikan jalanraya sedang berjalan. Cuacanya yang lembap sejuk menjadikan permukaan jalan agak licin sedikit.

Lebih kurang, jam satu tengahari, kami tiba di puncak bukit. Tok Cu tempah bilik penginapan atas sekali. Semputlah ktorang angkut barang ke atas.








Setelah berehat, petang, kami keluar round-round pekan Fraser Hill. Sementara Tok Cu pergi cycling, Puteri sempat singgah kat playground, main swing, see-saw.....Kami kemudian sempatlah ber"posing" kat trade mark Fraser Hill ni, jam besar tu.....Seteah penat keliling round pekan, kami pulang ke tempat penginapan. Puteri rasa bercuti di Fraser Hill ni lebih santai dan relax sebab tak de banyak tempat yang nak pergi.....

















Sebelah malam pula, Puteri tak ke mana. Hanya bersantai kat apartment je. Selepas makan, Puteri main scrabble dengan Kak Cik, Cik Mai, ibu dan Dady. Uncle Baqir pun join sekali. Seronok main scrabble ni, dapat meningkatkan pengetahuan perbendaharaan kata Puteri jugak.

Hari terakhir Puteri di wilayah Shenzen, China. Kepenatan mula terpancar di wajah kami. Puteri tengok Dady sudah semacam kehilangan kekuatan fizikal mahupun mental. Apa taknya, Dady yang selalunya suka mengusik dan bergurau senda, sekadar berdiam diri lesu sahaja.

Mahupun begitu, pelik tapi benar, kami masih sempat "last minute shopping" untuk kesekian kalinya. Tok Cu group were going back to Lao Hu untuk bershopping dan yang lebih mustahak untuk ambil kot dan baju yang telah di tempah tempohari.

Puteri pula mengikut ibu melakukan jengukan terakhir di sekitar kawasan hotel aje. Dapatlah jugak ibu belikan Puteri backpack Minnie yang memang ibu berhajat nak belikan untuk Puteri kat Shenzen ni, dan yang paling best sekali, Puteri dapat patung Mickey & Minnie mouse. Yang kecil warna merah dan yang besar warna biru.

We check-out from hotel around twelve pm. Sementara nak tunggu shuttle ke airport, kami sempat lagi round di kawasan sekitar. Tapi, di sebabkan Puteri dah penat sangat, terpaksalah Dady carry Puteri along the way, bukan dekat tau....kesian Puteri tengok Dady, dah lah kena angkut haversack....Puteri lagi.....hanya Tuhan yang tahu.....

Around pukul 4, ktorang bergerak menuju ke airport. Semasa Dady sedang check-in, ibu sempat prepare susu untuk Puteri and adik Sofea. Tapi bila nak pass imigration, the officer check all the bags. Susu yang ibu buat tadi kena buang coz according to them, liquid is restricted. Ubat Puteri yang ibu bawa pun kena check jugak tapi tak kena buang lah.

Akhirnya, kami boarding the plane dengan selamatnya. First thing in our mind is nasi lemak / nasi beriani / roti jala or whatever makanan yang dah lama kami idamkan masa kat Shenzen. Perghhhh....nikmatnya.

Kami selamat landing kat LCCT, Klia around pukul 12 mlm. Atuk and Alang dan sedia menunggu. Kami kemudian menuju ke rumah Siti, nak tengok baby angah. Ehh...lupa pulak Puteri....baby angah dah keluar same date dgn birthday alang (22/06). Welcome....baby Lily Amani.....