Hari rabu lalu,
Sabtu,
Sebenarnya puteri tak tahu harijadi zulaikha pun sama dengan damia. Itu yang “sesak” jugak nak cari birthday gift. Tapi sempat jugak le puteri beli hadiah untuk dua orang sepupu puteri ni. Cuma, yelah, time constraint, jadi tak tau lah sesuai ke tidak gift tu nanti. Harap dia orang suka.
Petang tu, lepas solat asar, puteri pergi lah rumah ustazah tu. Unfortunately ustazah tu takda kat rumah. Ish, tau tadi, awal-awal puteri dah pergi port Dickson
Tiba di PD puteri terus menuju hotel yang telah ditempah oleh alang.

Hotel ni kat lukut. Berhampiran dengan hotel Legend. Buka je pintu bilik hotel puteri tengok semua orang dah ada. Bahkan induk (nenek) dan famili pun ada. Terima kasih le sebab datang memeriahkan majlis. Apalagi puteri dan sofea pun seronok la bermain dengan sepupu-sepupu puteri yang lain. Kecoh sampai ke malam. Hihihi.
Malam tu puteri tak keluar. Penat. Daddy pun kepenatan. Seminggu tu memang daddy kurang sihat sikit. Paklong dan maklong je yang keluar. Pergi cari makanan. Sate, murtabak, air oren dan lain-lain.
Ahad
Dah penat bermandi-manda baru puteri dan sofea naik. Terus je bersiap untuk check-out hotel. Mulanya ingat nak ‘lepak’ kat tepi pantai teluk kemang. Tapi ibu risau cuaca panas nanti buat irfan tak selesa pulak. Tak dapat la puteri dan sofea nak main pasir pantai. Jadi paklong bagi idea. Kita pergi makan ice cream kat “Ice Room” kat nilai. Semua orang setuju.
Best jugak lepak kat Ice Room ni. Tapi harganya pun boleh tahan mahal. Tak boleh la nak lepak selalu.

Hahaha, rezeki puteri betul la. Kebetulan mak itam (nenek – adik belah atuk) singgah hantar durian dan rambutan. Besar-besar durian tu. Dari kampung katanya. Kampung lubuk cina melaka.
Semalam daddy cuti sakit (M.C.). Tak pasti disebabkan oleh jangkitan kuman atau tersalah makan. Daddy muntah-muntah. Teruk jugak. Yelah, kata daddy tak pernah lagi daddy sakit sampai kena berhenti (naik motor) untuk muntah kat tepi jalan. Untung daddy sempat jugak tahan rasa loya tu hingga masuk ke jalan laluan motorsikal. Minggu ni memang minggu sakit. Mula-mula irfan. Lepas tu sofea. Kemudian daddy. Tapi irfan masih belum sembuh sepenuhnya. Masih cirit. Sakit perut.
Semalam, dalam
Sabtu
Sabtu petang selepas solat asar puteri pergi belajar mengaji. Ustazah yang ajar. Rumah ustazah tu kat kawasan perumahan siti jugak. Dekat je. Ustazah tu pun ada ajar fardhu-ain. Bagus la camtu. Sebab puteri dah tak pergi sekolah agama.
Ahad
Hujan renyai dan kadangkala lebat agak merencatkan sedikit aturacara majlis. Namun semangat bersukan masih membara. Setelah hujan reda acara sukan pun bermula. Puteri dapat nombor 3. Untuk meraikan “kemenangan” puteri, daddy singgah kedai runcit dan membeli kerang (makanan kesukaan puteri). Jadi tengahari itu ibu masak lauk ayam masak lemak cili api dan kerang rebus. Hihi memang best. Masakan ibu pun dah makin sedap. Alhamdulillah. Dan mungkin semangat ‘kemenangan’ puteri tu juga membuat daddy begitu rajin untuk membasuh dua buat kereta pada hari itu. Puteri dan sofea pun seronok menolong sambil bermain air di luar rumah. Hahaha. Memang seronok.
p/s : photo-photo tak dapat dimasukkan sebab tk jumpa wayar kamera, mungkin lain kali..
Sebelum ini ibu rancang cuti sekolah pertengahan tahun ni ibu nak bawak puteri bercuti ke bidor, rumah wanchik. Tapi sebab awal bulan mei tempoh hari puteri dan sofea dah pergi ke rumah wanchik ikut atuk dan siti, jadi ibu batalkan jelah rancangan tu.
Sebagai ganti sepanjang dua minggu cuti sekolah ni, ibu bawak puteri duduk berkampung dirumah siti. Yahoo, best jugak. Dapat la puteri dan sofea main basikal dan ‘scooter’ (tricyle) yang daddy baru je beli untuk puteri satu dan sofea satu. Daddy pun bawak motor (lagenda 110) ke nilai. Senang pergi kerja naik motor je. Tak payah pening jalanraya sesak ke tidak. Jimat pun jimat. Tu le agaknya daddy dapat simpan duit sikit. Puteri dan sofea pun dah ada tabung. Kenalah belajar menyimpan dari awal. Baru senang nanti.
Walaupun cuti sekolah dah bermula dari 28-mei-2011 (sabtu) tapi puteri balik kampung nilai hanya pada 31-mei-2011 (selasa) sebab siti takda kat rumah. Siti dan atuk ke
Sabtu 04-jun-2011, baru le puteri dapat pergi kenduri kahwin sepupu ibu tu. Itupun sebab kenduri tu kat salak tinggi. Jadi la. Dapat gak puteri makan percuma. Heh. Puteri dan sofea ikut maklang dan paklang. Sebelum tu puteri ikut maksu dan makcik zahrah pergi hantar wanchu dan cik mai ke airport. Wanchu nak ke pulau pinang. Nak berubat khabarnya. Mudah-mudahan..insyallah.
Ahad 05-jun-2011, puteri dan sofea pergi alamanda shopping mall. Saja-saja je. Daddy bawak pergi jalan. Bawak puteri pergi tempat permainan kat situ. Tapi puteri rasa macam daddy je yang nak main sangat. Hmm, takpa lah asalkan puteri dan famili enjoy! Hampir pukul 3:00 petang baru puteri balik. Perut pun dah lapar. Apa agaknya nak makan tengahari ni
Isnin 06-jun-2011, daddy dah ke pejabat. Puteri ikut ibu hantar sofea dan irfan ke nursery. Siti dan makcik zahrah pun ikut sekali. Tengahari tu ibu hantar mesej kat daddy. Ibu Tanya boleh ke balik Bandar saujana putra sebab senang ibu nak kemas. Daddy tak kisah balik mana pun. Jadi sekejap jelah puteri bercuti kat rumah siti.
Yahoo! Daddy ambil cuti hari ni. Khamis 09-jun-2011. Esok pun daddy cuti. Tapi hari ni daddy nak bawak puteri dan sofea pergi tengok movie. Cerita Kungfu Panda Two. Bestnyer. Lepas hantar irfan, puteri terus ke mid valley. Pergi awal senang sikit cari parking. Puteri rasa seronok sangat. Its not just about the movie but also we can spend time together as a family. Err, irfan mane..
Aduh!.. It's a long time puteri can not update the blog due to some technical problem. Hopefully puteri still can catch up all the things. Sigh! What a waste of time.
Jumaat
Sabtu
Puteri pergi bersiap. Dah petang. Dah rancang lepas asar upacara akad nikah akan dilaksanakan. Tok Hamid yang menjadi wali nikah. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kemudian paru tetamu kedua pihak dijamu minum petang. Menunya bihun, pulut kuning, rendang ayam dan kuih-muih yang lain.
Selapas solat isyak diadakan pula majlis doa selamat dan tahlil oleh tuan rumah. Habis tu baru la makan yang disediakan oleh pihak catering. Kira-kira jam
ahad



