twitter
rss

Pagi lagi dah kena bagun. Puteri bergegas ke Seri Putra. Tiba di sana, Puteri, ibu and adik Sofea turun dulu. DD pergi Semenyih. Jemput Pak Busu untuk tolong kemas barang. Nenek bekalkan mee sup untuk sarapan. Dalam 9.30 pagi, Alang sampai dengan lori 3 tan. Tanpa berlengah, barang-barang pun di punggah masuk ke dalam lori. Berkotak-kotak. Banyak betul barang. Naik lenguh tangan dan pinggang. Nampak gaya kena buat 2 trip ni.

Makan tengahari pun nenek yang sponsor. Kari ayam tu. Tapi, nenek tersalah info. Ingat Puteri ada di PJ. Akibatnya lewatlah Puteri makan tengahari. Apa pun, sekurang-kurangnya, nenek, atuk, Aunty Ain/Damia, Aunty Baiti dah tau rumah baru Puteri. Senang la nati bila diorang nak datang. Betul tak?

Hari dah pun petang. Trip ke-2 angkut barang kena mula gerak. Khuatir hari yang kian gelap. Hujan dah mula turun. Atuk dah balik Semenyih dengan Aunty Ain dan Damia. Nenek, Aunty Baiti dan Pak Busu ikut Puteri ke PJ. Di sebabkan hujan, lori kena masuk ke dalam sikit. Selesai punggah barang, Alang minta diri. DD bayar duit lori kat Alang. Dapat la diskaun sikit. Diskaun adik-beradik, kata ibu. Entah macam mana, semasa nak keluar, lori yang berat muatan 3 tan tu terlanggar pintu pagar sebelah kanan. Patah dan bengkok besi pagar. Alhamdulillah, tak teruk. Cuma perlu welding aje.

Lepas solat maghrib, Puteri ke Semenyih untuk tidur dan berehat. Dah penat sangat dah ni. Tak sabar nak baring. Biar hilang lenguh pinnggang dan penat di badan.

Makan sudah tidur pun sudah
Buah keranji dalam perahu
Salam sudah pindah pun sudah
Sayang Puteri tinggalkan Wan Cu

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan

Percaya atau tidak. Suka atau tidak. Untuk kedua kalinya, Puteri berpindah rumah. Semacam ada satu rasa ia bukan yang terakhir...hehehe. Dulu, semasa tinggal di Puchong, Puteri masih kecil. Kebetulan duduk menyewa rumah atuk (sekarang telah di jual) yang kebetulan juga berpindah ke Nilai. Masa pertama kali berpindah, ia di dorong oleh faktor keselesaan dan ketenteraman. Selesa untuk Puteri bermain. Terutama di luar rumah. Suasana pun tenteram. Tanpa ada gangguan. Di Puchong, Puteri tak di benarkan main luar rumah. Selain anjing, ada kera liar yang datang dari hutan di atas bukit. Paling tidak menyeronokkan, bila berjiran dengan orang yang tak tenteram rohaninya.

Lalu Puteri di bawa berpindah ke Seri Putra. Selesa dan aman. Kebetulan famili Wan Cu tinggal berdekatan. Dapat juga le sesekali tu Puteri bermain dengan Cik Mai. Sedar tak sedar, sudah 14 bulan Puteri menetap di Seri Putra. Banyak kenangan Puteri di sini. Antaranya, Puteri pernah di hantar untuk jagaan nursery di sini. Puteri cuma mampu bertahan untuk 2 bulan sahaja. Untuk pertama kali juga, Puteri dapat menyambut majlis hari jadi Puteri di Seri Putra.

Berat juga nak berpindah. Yelah, Puteri dah selesa tinggal di Seri Putra. Tapi, DD kesian kat ibu, kat Puteri dan adik Sofea. Ibu selalu lenguh kaki. Puteri and adik Sofea pula selalu kepenatan. Terperangkap dalam kesesakan. "Travel sickness". Semacam satu kebetulan pula, ibu terbaca iklan rumah untuk di sewa di internet. Setelah pergi jengok dan berpuas hati dengan keadaan rumah, Puteri pun berpindah masuk. Arghhh.....banyak betul barang. Untung ramai yang membantu.




Sehari sebelum berpindah, Puteri kena basuh rumah. Nasib baik Siti sudi tolong basuh. Ringan sikit kerja tu. Penat membasuh Puteri rehat sebentar. Kemudian, Puteri ke Semenyih. Nak pinjam berus cat dan perkakas yang lain. DD dah janji nak cat bilik Puteri. Puteri suka warna pink (6287 Pink Romance). Tetiba, ibu pun nak cat bilik craft ibu. Ibu pilih warna "6300 Cream".

Dari Semenyih, Puteri berpatah balik ke PJ. Tanpa tangguh, Puteri mengecat bilik Puteri. Sekali lagi, Siti turut membantu. Lepas maghrib, Puteri balik ke Nilai. Tidur. Rehat. Esok masih ada kerja yang sedia menunggu......

  • Breakfast at Garden Terrace, Swiss Garden Hotel & Resort. Cost DD RM 34 per person.
  • Swim at swimming pool near Garden Terrace.
  • Puteri and adik Sofea had fun after swimming for about two hours there before we headed to the apartment.
  • Puteri check-out about noon.
  • We make a last trip to Lumut for last minute window shopping. Puteri bought t/shirt and some souvenier for keeping.
  • We had nasi ayam for our lunch which is just nice with fresh orange.
  • Then, headed to Sri Manjung to snap some memorable photo (for DD lah tu.....) - Terminal Bas Seri Manjung and also Restoran Hasanah.
  • We straight away headed KL before stopping at R&R Behrang for "rehat & rawat" and refill petrol.
  • Before 6 pm, we reached Siti's house (Nilai Inn)...hehehehe....














First of all, Puteri and adik Sofea nak wish DD and ibu:
"Happy 5th Anniversary"

Kata ibu, today is their 5th anniversary. Tu yang ibu beriya-iya ajak DD gi holiday. Nak celebrate konon-kononnya......

Pagi ni, Puteri breakfast kat hotel. Menunya, 1 set bread with sramble eggs and 1 set bread with omelette. Selepas breakfast, Puteri check-out from Blue Bay Resort. Hari ni, Puteri nak ke Pangkor Island pula. Yelah, dah terlanjur ke Lumut ni, mesti lah nak ke Pangkor. DD beli tiket bot at the counter RM 10 per person (adult) and RM 5 per person (children > 5 years old). Kami kemudian have to queue for about half an hour nak tunggu bot datang. Yang paling tak bestnya, bila bot dah sampai je, semua orang meluru untuk beratur tanpa menghiraukan orang yang dah memang sedia queue dari tadi. Dengan sesuka hati je, diorang jump queue. How pathetic are the peoples...they did not queue and suddenly just storm to the front line and start pushing. They not even bother about the safety especially kids.

Arrive at Pangkor jetty, DD rent a car RM 50 for 2 hours. Actually, there was an offer at Lumut jetty where we only pay RM 70 per day, but we thought it was expensive but end up we have to rent a car which is considered as very expensive. With a map provided by the car owner, DD drive along Pangkor Island. We did not stop at any historical place, since Puteri and adik Sofea, masuk aje kat dalam kereta, terus tidor. DD stop at a warung to buy burger for our lunch. It tooks DD about 20 minutes for the burger. Lama sungguh....

Kemudian Puteri ke Kilang Satay. Kat sini, ada di jual macam-macam jenis ikan bilis, udang kering, ikan masin, makanan yang dah ready pun ada such as satay, sotong dan banyak lagi lah. Then, kami pusing lagi Pangkor Island . Kali ni, DD kata nak cari T-Shirt. Nak buat souvenier. At last, DD bought a T-Shirt, Puteri bought an umbrella, while ibu, macam biasa, key-chain nya. Then we headed to Pangkor jetty untuk balik ke Lumut.

Sampai di Lumut, DD pick-up the car while ibu, Puteri and adik Sofea waited at the jetty. Since we are so tired and exausted, DD decided to bungkus nasi for our lunch. We headed to our next "tempat rehat" which is out from Lumut town, Swiss Court Holiday Apartment. The journey is about half an hour from Lumut town. We check-in, had our lunch and rehat sekejap. Petang, DD and ibu bawa Puteri and adik Sofea mandi swimming pool. Dah penat swimming, balik ke apartment dan rehat. Malam, Puteri and adik Sofea tidur awal. While DD pulak watching MU game, and ibu sibuk dengan bobbin nya.