twitter
rss

Kih!Kih!Kih!...kelakar betul Puteri tengok ibu terhenggok-henggok dalam bilik craft. Puteri pergi jenguk. Nak jugak tau apa benda le ibu dok buat tu. Oh! Tengah nak siapkan gift untuk Wan Cu. Yelah, Birthday Wan Cu kan 18th May. Dengarnya, Aunty Zahrah nak buat surprise. Tapi tu le masalahnya, hari isnin. Susah le sikit. Rasanya tak dapat Puteri nak datang. Sekolah tu satu hal dan yang paling masalah DD sekarang tengah sibuk kat opis. Kena selia semak stok (kertas dan buku). DD penat. Tak larat. Yelah ni bukan semak stok buku di kedai buku tapi kilang cetak tau. Bukan sikit-sikit nye semak. Tu le pasal. Huuu...tak dapat le Puteri makan-makan kat rumah Wan Cu kan. Apa-apa pun, nanti Puteri bagi le birthday gift tu kat Wan Cu. Insyaallah..."Happy Birthday Wan Cu".............

Sampler yang ibu stitch khas tuk Wan Cu
Birthday Card
Agar Wan Cu sentiasa ingat yang kad ni dari Puteri dan Sofea...hehehe

Awal-awal lagi Puteri dah bangun. Yelah, hari ni Puteri nak pergi school. Ada teacher's day celebration. Gift untuk teachers, Puteri dah sediakan. Hehe...well, actually ibu yang bersusah payah siapkan gift tu. Nanti boleh le Puteri bagi kat teacher. Tentu teacher suka kan....betul!betul!betul! Tak percaya, tengok le photo kat bawah ni. Cantik kan...Terima kasih ibu...

DD dan ibu tak pergi office hari ini. Emergency leave. Sofea demam. Pagi, lepas hantar Puteri, DD terus bawa Sofea ke klinik Dr Wan Azizah kat Puncak Kinrara (kat rumah angah tu..hehe). Lepas selesai urusan jumpa doktor, DD dan ibu ke stationery shop. Memang best kedai ni. Macam-macam ada. Puteri pun pernah pergi hari tu, masa ibu bawa Puteri ke klinik tempohari. Sempat lagi masa tu ibu singgah kedai ni, padahal Puteri nak ke sekolah, ibu pun nak pergi office. Tak pe, ibu cakap, sekejap aje. Ibu nak beli stuff untuk teachers day nanti. Kat sini ada banyak choice, harga pun boleh tahan.

Petang, selepas DD fetch Puteri kat school, Puteri ke bakery shop. Nak beli kek untuk teachers day celebration esok. Mulanya, DD kata nak masak roti telur dan sosej. Tapi, takut tak sempat. Yelah, nak pergi tu pagi. So, DD and ibu decided beli kek aje. Tak yah pening kepala kan...



DD dah bingung. Macam mana nak buat ni. Puteri asyik bising nak pergi "hotel" and swimming. Dalam dua minggu kebelakangan ni, tak henti-henti Puteri asyik bertanya bila nak pergi hotel. Erghhh.....

Mulanya DD ingat nak ke PD je. Tapi, untung ibu ada. Ibu kata "apa kata jika kita ke water park je". Haaa...bagus gak idea tu. Yang penting, Puteri dapat swimming. Maka, kami pun ke Desa Water Park kat Taman Desa. Tak jauh pun dari rumah Puteri, hanya beberapa minit aje. Hmm...layan aje lah photos Puteri kat bawah ni. Yang penting, Puteri enjoy.......















It’s bookfair time. Masa untuk puteri shopping buku. Tapi puteri rasa bukan puteri je yang nak shopping ni. Ibu pun beria-ia nak pergi. Yelah tengah ada semangat. Sekejap dengan quilt. Sekejap dengan scrap. Lepas tu menjahit plak. Hmm, tengah musim kot. Macam musim buah-buahan. Dan rasanyer tak lama lagi musim ber-“baking” akan tiba pulak. KihkihKih!

Puteri breakfast roti canai kat restoran (nota : bukan restoran ‘mamak’ tau!) di kelana jaya. Restoran tu berhampiran dengan restoran nasi lemak cikgu dan tak jauh dari restoran syed. Hampir jam sepuluh pagi puteri sampai di PWTC. Kereta parking di hentian putra. Untuk keselamatan. Risau jika hujan nanti banjir lak tempat letak keta kat bawah pwtc tu. Insuran tak cover, kata daddy. Apapun puteri dah sampai. Lagipun daddy yang kena angkat kedua-dua stroller tu. Tu le sape yang suruh parking jauh-jauh kan. Betul!betul!betul!

Fuhh! Ramai nyer umat. Katanya ekonomi meleset. Tapi lebih ramai lak pengunjung carnival buku tahun ni berbanding tahun depan (nota: info ni puteri dapat dari daddy). Pelik gak. Mungkin diorang nak hilang kan stress dengan cara membaca buku kot. Fikir puteri.

‘Gerai’ kedua puteri singgah yelah PTS booth. Sebelum tu puteri jengah gerai karangkraf. Tak silap puteri, pts ni lah penerbit buku kegemaran makchik (kak chik). Penulis buku kesukaan mak chik pun ada masa tu. Puteri ingat nak ambik photo ngan penulis tu. Boleh le tunjuk kat mak chik nanti. Tapi tak dapat. Kamera buat hal pulak.

Susah nak begerak. Sesak tempat ni. Apatah lagi jika bawak stroller. Sampai dua pulak tu. Yelah untuk puteri satu, sofea satu. Tak dapat le nak menyelit. Kena ikut tertib. Kan terlanggar kaki orang lak kan. Puteri singgah dua-tiga booth kat sini. Termasuk le booth ‘wajib’ iaitu gerai jual stamp. Ibu kan stamps’ collector. Awal-awal lagi daddy dah survey. Tu yang puteri tau booth stamp tu kat area sini. Memang tiap tahun puteri kena singgah. Tu kan hobby ibu sejak dulu lagi. Ish! Banyak betul ler hobi ibu puteri ni kan. Tapi okay gak. Sebab hobi tu boleh buat duit. Boleh la puteri kechek duit ibu nanti. Hihi!

Kunjungan puteri tak henti disini. Puteri naik ke aras satu. Ikut lif. Biasalah daddy mesti bawa puteri singgah ke booth Dawama. Kebiasaannya juga, seperti tahun sudah, tiada apa pun yang puteri beli kat gerai Dawama ni. Tapi kali ini daddy ada beli something. Set J-Qaf. Ada buku dan cd. Balik nanti boleh le puteri main cd tu kat laptop. Nampak macam menarik je. Lepas tu puteri ke utusan publication. Lama puteri kat sini. Ibu sibuk nak cari buku hobinya. Daddy pulak sibuk tengok buku pasal masakan. Hmm, tu yang puteri musykil ni. Ibu ngan daddy ni bawak puteri dan sofea ke bookfair ni nak cari bahan bacaan untuk kitaorang ke atau untuk diaorang ni.

Puteri sibuk ngan buku yg baru ibu beli
Adik Sofea pulak tidur....
Kemudian puteri naik aras tiga. Baru ler lengang sikit. Pelik betul kan. Aras bawah dan aras dua tadi penuh dengan pengunjung. Tapi aras tiga ni kurang. Mungkin sebab kebanyakan booth di sini menjual buku ilmiah (baca : pengajian tinggi). Puteri suka singgah kat pearson booth. Banyak buku kanak-kanak. Eventhough the price is a little bit expensive but the content was good. Dapat beli satu untuk puteri dan satu untuk sofea pun cukup le. Next year boleh beli lagi kan. Betul!Betul!Betul! Lepas satu gerai ke satu gerai. At last, hmm, tak sangka ibu dapat jugak jumpa craft book yang ibu dok sibuk cari dari tadi. Hingga lupa puteri dan sofea. Untung ada daddy. Jika tak, rasa nyer puteri balik tangan kosong je ler.

Ibu yg sibuk nak cari buku hobinye, sampai blh duduk kat situ...hehe

Sebelum pulang puteri ke aras 2 semula dan singgah beberapa buah gerai lagi. Kemudian baru puteri berangkat keluar dari pwtc. Perut pun dah kosong. Tak tau le nak makan kat mana. Fikir punya pikir, akhir nya puteri makan nasi padang ayam kampong kat veladrum cheras. Erk! Alhamdulillah, memang sodappp!