twitter
rss

Jumaat 15-april-2011, daddy cuti. Boleh la hantar dan ambil puteri dari sekolah. Petang tu puteri terus ke rumah tok amid di shah alam. Kelihatan famili tok puad dan tok hisham pun ada. Nenek, auntie baiti dan pakBusu sampai kemudian. Hampir jam 10:00 malam baru puteri makan. Nenek bawak lauk “sayur ulam” masak tempoyak. Pauk yang lain disediakan oleh wan zainab.

Sabtu 16-april-2011, puteri ke bangi. Bersarapan di kopitiam. Bangunannya betul-betul dibelakang kedai al-ikhsan. Puteri menghadiri bengkel (workshop) di q’reazant. Kira-kira jam 11:00 tengahari baru habis. Puteri singgah rumah dulu untuk packing barang. Malam nanti nak tidur di shah alam. Jam 2.00 petang baru puteri sampai di rumah tok amid. Kebetulan timing kitorang baik, sebab makanan tengahari pun baru sampai. Puteri pun apalagi terus je la menjamu selera. Selesai makan puteri terus je bermain dengan sofea dan kengkawan baru. Anak jiran rumah tok amid. Sementara daddy pergi punggah barang masuk rumah sewa yang disediakan khas oleh tok amid untuk sedara-mara yang ingin bermalam.

Puteri pergi bersiap. Dah petang. Dah rancang lepas asar upacara akad nikah akan dilaksanakan. Tok Hamid yang menjadi wali nikah. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kemudian paru tetamu kedua pihak dijamu minum petang. Menunya bihun, pulut kuning, rendang ayam dan kuih-muih yang lain.

Selapas solat isyak diadakan pula majlis doa selamat dan tahlil oleh tuan rumah. Habis tu baru la makan yang disediakan oleh pihak catering. Kira-kira jam 11:00 malam puteri ikut daddy pergi pasang tanda arah jalan bersama tok rahim. Bab kerja kenduri-kendara ni memang tok rahim expert. Ramai jugak la ikut serta. Termasuk pakbusu N gang. Pakbusu naik van yang dipandu oleh uncle safuan. Tapi kerja kitaorang separuh jalan je. Sebab kononnya nak sambung awal pagi esok. Dengan itu puteri pun berpeluang pergi uptown shah alam dengan famili tok rahim. Saja ronda-ronda. Mulanya sekadar nak window shopping je. Tapi dah alang sampai. Lagipun tah bila la pulak lagi nak sampai sini kan. Ada jugak le yang membeli. Hihi.

ahad 17-april-2011, seperti di duga daddy bangun lewat. Pakbusu N gang lagi teruk. Tengahari baru celik mata. Kena la tok hamid dan tok rahim pergi pasang papan tanda arah. Tak dapat puteri nak ikut.Pagi tu puteri bersarapan nasik lemak, hmm memang best…terbaik gitu. Lepas tu puteri tolong mengemas apa-apa yang patut. Termasuk le memasang khemah untuk tempat “DJ” konti. Wah boleh la karaoke nanti ni kan. Haha. Kemudian puteri balik ke rumah sewa untuk bersiap sementara orang-orang catering sibuk menyiapkan khemah mereka. Tengahari catering dah siap menghidang. Tak sabar lak puteri rasa nak makan. Tapi daddy kata belum boleh lagi. Kenalah puteri tunggu…