twitter
rss

Ha ha ha. Puteri sebenarnya tak berapa faham apa-pun. Yang puteri faham wanchu sakit. Tu je. Semalam jumaat 11-february-2011, puteri dalam perjalanan ke BSP selepas ambil Siti di Nilai. Kebetulan hari tu Daddy bercuti. Ponteng kerja la tu. Eh, tak lah irfan demam. Dah nak keluar dari tol nilai ibu dapat tahu wanchu takda kat rumah. Wanchu pergi hospital kajang. Buat medical check-up. Nak tak nak puteri ke la patah balik ke rumah Siti. Jam 1:15 tengahari puteri bertolak ke petaling jaya. Ke sekolah kg.tunku. Pagi tadi puteri dah tuang sekolah KAFA dah la.

Sabtu 12-february-2011, puteri singgah semenyih untuk menghantar beberapa naskah buku karya othman puteh kepada atuk. Atuk minta daddy tolong cari buku-buku tersebut. Untuk buat rujukan. Lebih kurang pukul 4:00 petang puteri terus ke rumah wanchu. Nak ziarah wanchu. Lily pun datang tengok wanchu. Alang kerja. Siti pulak ikut maklang dan makchu ke kuala lumpur. Cari tudung ke kain. Ntah la. Puteri tak pasti.

Kata wanchu, sakit belakang wanchu mungkin disebabkan kesan terlalu lama duduk dalam kenderaan tempoh hari. Semasa wanchu famili pergi bercuti di kedah. Leka betul puteri perhatikan ibu dan daddy tengok foto di komputer riba tokchu. Sayang puteri tak dapat ikut. Daddy tak dapat cuti. Lagipun minggu depannya puteri nak ke pahang.

Makchik (kakchik @ rain) menayangkan fail x-ray wanchu. Kan ke semalam wanchu ke hospital buat scan dan MRI. Difahamkan selepas buat MRI tu doktor (orthopedic surgeon or spine specialist) menjelaskan apa yang menyebabkan wanchu berasa sakit dibelakang badan (back pain). Ringkasnya wanchu cuma dikesan mengalami "damage disc" bukan "slip disc" seperti jangkaan awal sesetengah pihak. Termasuk daddy. Insyallah masih ada rawatan (treatment) untuk sakit wanchu tu. Cuma puteri tak pasti samada ia perlu menjalani proses pembedahan atau tidak perlu. Tokchu jelaskan lagi yang "disc" ni ibarat absorber kenderaan. Yang menyerap hentakan. Aduh, pening betul la puteri nak faham. Eh, mana cikmai. Ajak main bola je la.

Ahad 13-february-2011, balik je dari taman bersama sofea dan atuk puteri breakfast pancake (lempeng) cecah sambal kentang. Ibu masak. Kemudian puteri ikut maklang ke supermarket. Beli barang sikit. Maklang nak buat air tembikai laichi. Nak bawa ke rumah wanchu nanti. Hmm, kalau tahu nak pergi rumah wanchu lagi hari ni kan ke elok puteri tidur je rumah wanchu semalam. Boleh la puteri dan sofea main puas-puas dengan cikmai. Rupanya wanchu jemput datang makan tengahari. Paklong ghazie nak masak. Bakal "iron chef" la katakan. Untuk menu tengahari tu chef ghazie masak rendang ayam, sup sayur daging dan nasi minyak (tak silap puteri la kan). Berselera puteri makan. Kebetulan dua menu utama tu memang makanan kegemaran puteri. Untuk pencuci mulut (desert) pulak chef masak kueh pria. Ala yang bentuk macam donut tu. Alhamdulillah kenyang perut puteri. Nextime jemput lagi ya wanchu. Lama jugak puteri duduk rumah wanchu sempat la main monopoly. Best betul main tu. Nanti boleh le suruh daddy belikan. Hihihi. Petang baru puteri beransur balik. Esok kena pergi sekolah. Huhu.

Puteri yang teruja (sebab dapat berjalan) atau daddy yang kelihatan begitu beria-ia sekali untuk ke Jerendak Pahang. Semalam dekat pukul 7:00 malam puteri tiba di Semenyih. Atuk dan nenek dah bersiap untuk ke surau. Eh! Autie takda. Auntie pergi Teluk Intan, Perak. Ada majlis perkahwinan kawan baik auntie. Khabarnya seorang doktor. Auntie pergi dengan kawan auntie. Seorang guru. Ish! Auntie ni kan kita nak ke Pahang esok. Auntie lupa ke. Ibu call auntie. Pagi esok auntie balik. Aduh entak pukul berapa la tu kan.

Jumaat 04-januari-2011, 10:15 pagi baru auntie sampai. Entah pukul berapa la auntie bertolak dari Perak pagi tadi ni kan. Takpa. Yang penting auntie dah sampai dan puteri journey can start now. Dua kereta je yang pergi sebab ramai yang tak dapat ikut serta. Pakbusu dengan aktiviti persilatannya. Paklang dengan uncle syaril kerja. Makteh ada majlis kahwin kawan. Macam-macam hal. Apapun ia tidak mematahkan semangat puteri. Jalan tetap jalan.

Setelah 2 jam lebih perjalanan, (Tempoh masa tu bergantung pada corak pemanduan masing-masing.) puteri berhenti di RnR (rawat dan rehat) Lanchang. Puteri dan sofea ambil kesempatan ini untuk ke bilik air dan membeli apa yang patut. Atuk memaklum kepada daddy, semasa memandu tadi kereta ada ada mengeluarkan asap. Atuk bukak bonet kereta. Kelihatan enjin kereta dalam keadaan baik. Radiator pun tak bocor. Rasanya masih boleh dipandu. Daddy pesan kat atuk supaya pandu perlahan. Tak perlu laju. Bukan jauh dah tempat dituju tu. Sebelum bergerak auntie pesan kat daddy, paklong akan tunggu di depan tol temerloh. Ha elok la tu. Tak payah susah-susah daddy nak carik tempat makan kat pekan Temerloh tu.

Seperti yang dijanjikan paklong dah pun ada di depan tol temerloh. Puteri pun ikut je lah kereta paklong. Tiba di pekan paklong terus bawak ke tempat makan. Gerai tu terletak di tepi sungai Pahang yang lebar dan panjang tu. Patut la daddy teruja sangat. Daddy nak makan ikan patin rupanya. Kata orang tak sah kalau pergi temerloh tak makan ikan patin. Kebanyakan gerai kat sini memang menghidangkan menu berasaskan ikan patin. Paling popular resipi masakan ikan patin masak tempoyak. Paklong bawa puteri makan di gerai pak yusop. Tak silap puteri tukang masak ni generasi kedua. Dengar kata masakan pak usop lagi sedap. Tengok je ada meja kosong puteri terus je duduk. Booking table. Tapi nak jadi cerita abang waiter tu inform ikan patin masak tempoyak dah abis. Kalau nak kena tunggu dalam sejam. Huh puteri dah lapar ni. Mana sanggup nak tunggu. Jadi terpaksa la puteri makan dulu. Termasuk la nenek dengan atuk. Daddy, paklong dan auntie je yang sanggup tunggu. Itupun daddy dah gatah ikan patin goreng. Eh, mana aci camtu kan. Tepat je sejam maklong dah standby kat tepi periuk tu. Tengok gaya macam maklong je yang nak masak. Hihihi. Oleh kerana ramai yang makan dulu. Daddy order dua mangkuk je dulu. Apalagi abis ikan patin tu kena bedal dengan auntie, paklong dan daddy. Kesian ibu tak dapat merasa sebab lepas makan awal tadi ibu terus ke kereta bagi irfan susu. Insyallah akan datang ada lagi rezeki. Tak terlintas lak puteri nak bungkuskan untuk ibu. Maaf la ibu ya.
Betul la kata orang kenyang perut senang hati. Puteri terus bergerak ke Jerendak bersama atuk. Paklong kena ke pekan. Nak beli sedikit barang katanya. Maklong dah sediakan bilik untuk puteri bermalam. Tapi puteri tidur diruang tamu je. Rasa lebih selesa. Dan berangin sedikit. Daddy dah terbaring tidur. Sakit kepala katanya. Petang puteri dihidangkan meehoon goreng dan air teh tarik. Makan malam pula ikan keli masak cili api adalah menu utamanya.

Sabtu 29 januari 2011, pagi tu puteri breakfast mee sup daging. Sedap betul sup ibu masak. Tak macam biasa. Hmm dari mana ei ibu "curik" resipi. Lepas sarapan puteri tengok daddy bangun dan capai sarung tangan dan memakai topi. Daddy juga ambil cangkul dan pemotong rumput. Daddy! Panggil puteri. Daddy nak kemana tu, tanya puteri lagi. Daddy nak berkebun. Nak ikut, jomlah, jawab daddy. Puteri dan sofea pun apalagi terus cari sarung tangan dan topi. Sama macam daddy. Daddy suruh pakai kasut. Kata daddy nak berkebun kena pakai sarung tangan. Supaya tangan tu tak luka. Apatah lagi yang hendak ditebas tu lalang bukannya padi huma. Nanti gatal-gatal pulak.

"Tuai padi antara masak
Esok jangan tumbuhnya lalang
Sayang daddy dan juga emak
Moga kasih seteguh karang"

Oleh kerana puteri dan sofea menggunakan cangkul dan pemotong rumput tadi, maka daddy terpaksa la "menebas" dengan mengguna dua kerat tangan. Satu-persatu lalang tu daddy cabut. Kerja daddy bertambah payah sebab kena melayan karenah puteri dan sofea. Tengahari baru selesai kerja. Puteri tengok daddy masuk kan padi-padi eh silap emm lalang-lalang tu ke dalam karung plastik. Senang nak buang nanti jelas daddy. Berguni-guni jugak lah hasil tuaian hari ni. Hihihi.

Kira-kira 2:30 petang, paklong dan famili beserta auntie baiti singgah rumah puteri. Sengaja pindah sebab paklong nak pergi cari barang kenduri di shah alam. Kebetulan lalu, itu yang singgah tu. Auntie ajak puteri keluar. Boleh pergi ke karnival karang kraf, kata autie. Ha ok gak. Puteri pun pujuk ibu dan daddy pergi. Yahoo, berjaya. Boleh keluar jalan-jalan. Hujan lebat yang turun seawal tadi mula menunjukkan tanda-tanda reda. Rupanya tak jauh kilang karang kraf ni dari rumah puteri. Elok jugak kalau daddy apply kerja kat sini. Tak perlulah berulang jauh-jauh sampai ke hulu kelang. Wah, meriah betul la karnival kat sini. Ramai betul orang. Penganjur pun menyediakan banyak aktiviti. Tapi puteri tak boleh lama sangat kat sini sebab paklong kan nak cari barang. Tapi sempat jugak la puteri dan sofea beli buku. Auntie pun terserempak dengan kawan auntie dan juga dapat jumpa Adam AF tu. Adam memang kenal auntie sebab auntie kan aktif dalam fan club Adam. Tapi auntie tak sempat bergambar. Adam dah nak balik dah time tu.
(ralat : oh, rupanya sempat jugak auntie bergambar ngan artis favourite auntie tu)

Malam selepas solat maghrib puteri balik semenyih. Tak rancang sebenarnya. Tapi sebab esok nenek minta tolong bawa nenek ke rumah wan nab di taman dato' harun, kampung medan. Ada kenduri doa selamat. Paklong tak dapat bawak sebab masih ada barang untuk kenduri yang masih hendak dicari. Auntie pulak kena pergi kenduri kahwin kawan dia. Esoknya dekat pukul satu tengahari baru puteri dapat bertolak ke rumah wan nab. Sebab nenek kena hadir kenduri doa selamat kawan karib nenek. Rumah kawan nenek tu kat taman tu je.