twitter
rss

Sebelum ke Semenyih, Puteri ke rumah Aunty Shaz. Nak ambil cuppies. Mak Long tempah untuk pertunangan adik Mak Long. Sampai di Semenyih, Aunty Baiti terus ambil cuppies untuk simpan dalam fridge. Takut cair. Auni takda. Dari minggu lepas dah balik Pahang. Ikut Mak Long. Mak Long cuti sakit panjang. Cuti sakit sebab buat operation hari tu di KPJ Seremban. Damia pulak belum sampai lagi. Malam nanti baru balik.

Petang, Puteri balik Nilai. Semua orang ada, kecuali Lily. Puas Puteri & Sofea tunggu. Tapi tak muncul jugak. Kesian Siti. Siti asyik suruh ibu call Angah je, nak tanya kat mana Angah berada masa tu. At last, confirm Lily tak balik malam ni. Esok pagi baru balik, kata Angah. Hmmm...

Pagi-pagi lagi Puteri dah bangun. Tak lah susah sangat kalau dah biasa. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Hmmm...tak taulah Puteri, Maksu sempat sampai ke tak. Yelah, sepatutnya Maksu bermalam di rumah Puteri semalam tapi tak jadi. Ibu dah banyak kali call pujuk Maksu bermalam tapi Maksu still insist tak nak bermalam di rumah Puteri.

Lebih kurang jam 7 pagi, ibu dapat call. Siti rupanya. Siti inform, Atuk nak hantar Maksu nanti. Oooo patutle Majsu confidence je cakap boleh sampai ontime. Ada komplot rupanya. Tak apalah, janji Maksu sampai. Maklumlah, Maksu kan dah ada kamera canggih, so thats why Puteri beria-ia nak ajak Maksu...hehehe. Boleh tolong snap gambar Puteri & Sofea banyak-banyak nanti. Puteri & Sofea dah siap. Ibu yang siapkan. Putei cantik berbaju cheongsam merah. Ala amoi dari Shenzen. Sofea pula kelihatan comel berbaju gaun. Ibu dan DD pun boleh tahan. Psssttt...macam dioranglah yang nak buat persembahan nanti.

Lebih kurang jam 8.15 pagi, Puteri sampai di perkarangan hotel. Sejurus kemudian, Siti pun sampai. Setelah salam Siti & Atuk, Puteri & Sofea terus masuk ke dalam dewan hotel. Majlis kali ini di buat di hotel Singgahsana. Kata ibu, kat hotel ini lah, ibu & DD bersanding. Sweet memory. Pihak hotel sediakan sarapan. Begitu jugak dengan makan tengahari nanti. Sebelum masuk ke dalam hall tadi, ibu & DD register dulu. Ambil nombor cabutan bertuah. Ramai teacher kat depan sambut tetamu. Ummi pun ada. Masuk je, ibu ke meja yang telah di tetapkan. Puteri pergi bermain dengan kawan-kawan Puteri, Dayana, Batrishia Emalin. Kemudian Sofea pun ikut Puteri bermain. Sampai naik atas pentas lagi. Maksu dah start klik sana klik sini. Tak sia-sia bawak Maksu datang..heheh. Di sebabkan dah ada camerawoman. DD just sit and enjoy his meal. Relaxing kata ibu. Kejap lagi, persembahan dh nak mula. Teacher minta Puteri, Sofea dan kawan-kawan yang lain turun dari pentas. Puteri & Sofea di bawa ke backstage. Nak get ready for our show.

Aturcara bermula mengikut jadual yang telah di rancang.



Sofea dengan twinkle-twinkle little star nya....

".....and i cocoon myself, and i start transforming from nothing to be the most beautiful insect in the world"


"Dengarlah suara kami, kami anak bangsamu, pupuklah jiwa ini....." tapi Puteri nyanyi dalam versi mandarin, thats why Puteri pakai cheongsam...hehehe
DD big girl
Puteri & Dayana
My lovely family...
Sebahagian dari teachers Puteri & Sofea

Rasa puas dan lega bila persembahan Puteri & Sofea dah selesai. Tapi, Puteri & Sofea kejap-kejap je duduk kat meja. Kitorang bermain dengan kawan-kawan yang lain. Lari sana lari sini. Nampaknye, parents aje lah yang menikmati makan tengahari.

Habis majlis, Puteri berangkat balik ke Nilai. Sepanjang perjalanan, Puteri & Sofea asyik menyanyi aje. Dari lagu, twinkle-twinkle little star hinggalah "ada sekor anak tupai". Yeah....seronoknye....

Selepas sarapan, Puteri dan Sofea mintak diri. Hehehe...Puteri nak pergi shopping. Nak cari kasut untuk Hari Graduasi minggu depan. Puteri ke One Utama. Kata ibu, kat sini banyak pilihan. DD ikut aje. Sampai aje di OU, Puteri ke A&W untuk makan tengahari. Selesai makan, barulah Puteri start shopping. Ehmm...lama jugak Puteri pusing-pusing kat OU ni. Dah penat bershopping, barulah Puteri pulang ke rumah.

Malam jumaat Puteri balik Semenyih. Esok ada kenduri aqiqah Zulaikha. Tak elok pulak jika balik lambat. Sampai di rumah nenek, Puteri tengok Zulaikha tak ada. Tidur di Bangi dengarnya. Damia pun dah sampai petang tadi.

Esoknya, Puteri bangun awal. Puteri tengok semua orang dah sibuk tolong menolong. Tapi, mana ye tuan empunya kenduri ni. Tak sampai-sampai pun. Emmm......:(


Boleh tahan jugak orang yang hadir. Lebih kurang 30 - 50 orang. Nek Itam, Nek Busu - belah atuk. Sebelah nenek pula, ada Tok Amid, Tok Hisham, Tok Leman dan Nenek Induk.

Selepas baca Yassin dan doa selamat, hadirin bangun berselawat sambil Zulaikha di dukung mengelilingi tetamu. Tiada potong jambul. Bukan sunnah Nabi.

Petang tu, Damia balik Seremban. Dan, Zulaikha pun balik jugak. Hmmm, bukan ke ni kenduri dia??? Memandangkan takde sesiapa yang ada untuk tolong nenek & atuk selain Mak Long, Puteri bermalam lagi di Semenyih. Dapatlah tolong ringankan sikit kerja atuk dan nenek tu.