twitter
rss

Ahad 18-December-2011, puteri dan sofea sedang sibuk menolong daddy mengemas rumah. Ibu sedang menyusu irfan, charming boy daddy. Tiba-tiba handphone ibu berdering. Puteri tahu, sebab itu bunyi deringan telefon ibu. Lagu maher zain. Kata ibu, Siti yang telefon tadi. Siti kata tengahari nanti siti nak singgah. Siti nak bagi lauk (kenduri semalam). WanChik yang kirim.

Tengahari. Atuk dan Siti pun sampai. MakSu dan MakNgah Nurul pun ada sekali. Hish, ada bau durian la. Haha, betul sangkaan puteri. Rupanya wanchik bukan setakat kirim lauk sahaja tapi buah-buahan pun ada. Amin, semoga Allah s.w.t. memanjangkan usia wanchik dan menambah rezeki wanchik sekeluarga.

Selain durian ada jugak buah rambutan dan manggis. Hihihi, wanchik memang best la. Kata daddy, masa daddy tinggal di kampong semua buah-buahan ni daddy makan di atas pokok je. Macam tarzan. Kecuali buah durian yang kena tunggu gugur. Daddy biasa tidur di dusun bila musim buah-buahan. Hidup di kampung banyak mengajar daddy erti survival. Di dusun macam-macam jenis buah-buahan ada. Termasuklah buah rambai. Hah, ibu tak tau buah rambai itu apa. Kihkihkih. Kesian. Erk, tapi puteri sendiri pun tak pernah tengok. Hmm betul ke apa daddy cakap ni.

Pisang nangka dimasak pengat
Kait-kait banyak durinya
Macam mana puteri tak ingat
WanChik baik banyak budinya

Sabtu 17 Disember 2011, hari ni anak Wanchik bertunang. Anak yang sulung, Along. Puteri dan sofea panggil Pak Long. Pangkat bapa saudara. Tapi puteri tak dapat nak pergi. Tak dapat nak meraikan hari pertunangan paklong. Hari sabtu daddy bekerja, tapi punca utama lebih kepada factor ekonomi. Masih belum pulih sepenuhnya. Insy’allah, ia akan bertambah baik tidak lama lagi.

Untuk menghilangkan rasa bersalah puteri dan sofea tolong ibu buat macaroon untuk WanChik. Ibu kirim pada Siti hari khamis lalu. Kebetulan MakSu cuti hari tu. MakSu bawak Siti datang rumah puteri dan bertambah meriah bila Lily pun datang rumah puteri. Boleh lah puteri dan sofea bermain dengan Lily. Muka Lily kelihatan cekung. Badan agak kurus. Seolah-olah kekurangan “zat” makanan. Hmm, musykil pulak puteri rasa. Yelah terfikir jugak puteri, sapa pulak yang ada masalah ekonomi ni? Hmm, pelik tapi benar.

Sementara macaroon tu ‘kering’ untuk tempoh tertentu, ibu sempat lagi memasak makanan tengahari. Kari ayam, ayam goreng dan sayur sawi. Pergh, berselera puteri tengok Lily makan. Puteri dan sofea pun join sekaki le. Hihihi.



Yesss! Terkejut puteri. Ingatkan apa. Rupanya daddy yang gembira sangat bila ibu inform puteri dah reti main chess. Kawan puteri yang ajar puteri. Namanya Nabil. Nice guy, i think. Haha. Ketawa daddy tak habis-habis. "Boleh la daddy keluarkan papan chess yang dah lama terperam kat dalam bilik", jerit daddy sambil menuju arah bilik. Chess set ni daddy dapat sebagai hadiah bila memenangi final bola sepak anjuran syarikat daddy bekerja dulu. Daddy yang menjaringkan gol kemenangan. Daddy score dari luar kotak penalti. Tak ubah macam jaringan yang biasa di buat oleh Paul Scholes (pemain Manchester United, dah bersara). Yang paling manis ibu dan puteri pun ada masa tu. Menonton daddy bermain. Tapi puteri tak ingat sangat puteri masih kecil. Usia puteri lebih kurang dalam 2 ke 3 tahun masa tu. Fuh, lama betul daddy simpan. Bayangkanlah dah bertahun benda tu tersimpan dan baru sekarang keluar dari kotak. Entah elok lagi ke tak. Hmm, kita tengok je la nanti. Akhirnya daddy ada 'kawan' untuk main chess and the best part is ..it was puteri.HiHi. Mesti ibu jealous ni kan. Apalagi 'checkmate' la. Hahaha.

Saturday 10th December 2011, Puteri and Sofea were playing outside the house. The weather is hot. The humidity is high. But it can't stop both of us from enjoying our freedom playing freely. Then almost 1:30 pm we saw daddy coming home from work. It saturday and it half day work. Puteri and sofea run towards daddy and hug daddy.

"Kenapa main tengah panas ni", daddy asked. Without answer puteri and sofea just go inside the house. But daddy still remain outside the house. Just now puteri realize daddy face are expressing pain. Ibu also had noticed it. "Kenapa n?", asked ibu. "Kena gigit anjing," told daddy. Then daddy asked puteri to take a pail (bucket). "Daddy nak buat apa dengan baldi ni?", asked puteri inquisitively. "Nak samak", explain daddy. But it left more question than answer to puteri.

Look puteri still puzzled, ibu when on explaining. 'Samak' in simple word is mean purify. It is islamic way to disinfect us when we got engage with (in this case) dog. The way to do this is by wash it with 7 times rinse. The first need to be the water which have been mixed with the sand and the balance just wash it with water. Explain ibu and hopefully puteri will understand it more now. I thing..Hihi.

Sabtu 26 November 2011, Fatah dah sampai. Tak pasti pulak puteri Alang dari tempat kerja atau dari shah alam. Apapun Siti dah siap masuk pakaian dalam luggage. Selepas zuhur baru puteri bergerak hantar Siti ke lapangan terbang. Ramai jugak yang hantar. Rasa macam nak hantar pergi umrah pulak. Hihihi. Waktu penerbangan Siti dalam pukul 5:15 petang. Siti nak bercuti ke Vietnam. Ikut Wan Chu. Wah! Best-nya. Puteri rasa nak ikut je tapi faktor kewangan tak mengizinkan. Maybe next time.. maybe. Cadangan asal wanchu nak melancong ke Thailand. Mana tahu faktor cuaca menghalang. Banjir di Thailand masih belum reda. Untung masa tu masih belum beli tiket penerbangan. Tapi vietnam pun tak kurang seronoknya. Still a good place to shopping.. hihi. Wanchu mesti setuju kan-kan-kan.

Ahad 27 November 2011, tiba je puteri di Semenyih Damia dan Zulaikha dah pun bersiap nak pergi camping. Berkelah. Tapi Auni takda. Balik kampung di jerantut pahang. Puteri pun pergi sekali. Tak silap puteri ini kali kedua puteri ke sungai tekala. Seronok jugak dapat pergi mandi-manda sekali-sekala ni. Apatah lagi kalau pergi ramai-ramai. Lagi meriah. Apalagi jom terjun..yeahoo! Perghh... sejuk. Tapi zulaikha je yang rileks. Time orang dah naik atas ika masih berendam. Tak mahu naik. Hahaha. Caya lah ika.





Ahad 20 November 2011, hari ini puteri pergi hotel singgahsana. Puteri teman sofea. Nurseri sofea ada majlis graduasi. Sofea pun ada terlibat dengan persembahan nanti. Tak sabar puteri nak tengok aksi sofea. Kihkihkih, kelakar rasanya bila puteri bayangkan aksi sofea nanti.

Sedang puteri bersiap, maksu pun dah tiba. Lagaknya seperti camerawoman professional je. Hihi, harapnya begitulah. Ambik banyak-banyak gambar puteri dan sofea tau. Ambik cantik-cantik.

Daddy tak ikut serta. Jaga irfan. Lagipun daddy kurang sihat. Kena selsema.

Petang, puteri balik kampung.. nilai. Kan cuti sekolah dah bermula. Jadi daddy bagi peluang puteri duduk di kampung selama seminggu. Nampak gaya kena la ibu berulang ke tempat kerja dari nilai. Takpa lah, yang penting puteri seronok. Hahaha.

Agak lama puteri puteri tak kemaskini blog. Ada masalah sikit. Walaupun sikit tapi agak serius jugak. Ini bukan masalah teknikal tetapi lebih kepada masalah "praktikal".

Secara sinis.. sejak Ogos 2011, puteri kehilangan sumber untuk membiayai operasi blog. Apalagi merajuk la editor dan pengarang. Hampir-hampir mereka buat mogok lapar. Hihihi.

Dalam tempoh tiga bulan.. adalah tempoh yang sukar bagi puteri dan famili. Betul la kata orang, jika nak kenal siapa "kawan dan lawan" masa susah la baru kita tahu. Dan orang yang paling berbudi ialah Siti. Insyallah, suatu hari nanti puteri akan balas segala jasa Siti. That's a promise.

Pisang emas di bawa belayar
Masak sebijik di atas peti
Hutang Siti boleh di bay
ar
Hutang budi di bawa mati..

08.Ogos lepas genaplah usia irfan setahun. Hajat daddy nak buat parti tak kesampian. Daddy agak terkilan. Simpanan yang ada perlu diurus dengan berhemah. Begitu jugalah dengan majlis untuk sofea dan puteri. Ibu sekadar buat party packs untuk kengkawan di nurseri dan sekolah je. Cuma puteri beruntung sikit sebab auntie baiti anjur majlis harijadi puteri di semenyih. Dapat jugak la puteri hadiah. Begitu juga dengan sofea. Mungkin sebab itu daddy buat majlis makan di rumah puteri oktober lalu. Bajet takda jadi daddy ajak adik-beradik belah daddy je. Lagi pun rumah puteri bukannya besar mana.

Syukur, susah puteri tak lama. Tapi puteri dapat banyak pengajaran. Pengalaman yang berguna. Yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan iktibar.

Puteri starting going to transit..
Puteri house and all the way to transit..
Puteri miss ibu ..but lucky puteri got freinds at transit.

Hmm.. cantik tak "batik" yang puteri painting ni. Rasanya aunty Zahrah pun bolek kalah ni..hihihi.











Kebetulan ada art workshop kat school. Puteri minta la duit kat daddy untuk beli set batik dan peralatan yang lain. Puteri kan minat bidang seni. Agak-agak ada bakat tak? Apa komen aunty Rain?








Hari Lahir Damia N Zulaikha 2011

Hari rabu lalu, 13-july-2011, ibu dapat call dari auntie baiti memaklumkan minggu ni alang nak buat majlis harijadi damia di Port Dickson. Tapi nak buat kat hotel mana tu belum tahu lagi. Jumaat nanti baru alang pergi cari. Ibu kata ok tapi puteri kena pergi kelas mengaji dulu. Jadi lambat sikit le puteri pergi.

Sabtu, 16-july-2011, lebih kurang jam 9:00 pagi puteri ke nilai. Selepas sarapan puteri tengok daddy keluar. Katanya nak servis kereta (wme5465). Tak jauh. Pergi bengkel di Bandar Sri Putra. Dekat rumah wanchu.

Sebenarnya puteri tak tahu harijadi zulaikha pun sama dengan damia. Itu yang “sesak” jugak nak cari birthday gift. Tapi sempat jugak le puteri beli hadiah untuk dua orang sepupu puteri ni. Cuma, yelah, time constraint, jadi tak tau lah sesuai ke tidak gift tu nanti. Harap dia orang suka.

Petang tu, lepas solat asar, puteri pergi lah rumah ustazah tu. Unfortunately ustazah tu takda kat rumah. Ish, tau tadi, awal-awal puteri dah pergi port Dickson kan. Eee, geram betul.

Tiba di PD puteri terus menuju hotel yang telah ditempah oleh alang. Glory Beach Resort.

Hotel ni kat lukut. Berhampiran dengan hotel Legend. Buka je pintu bilik hotel puteri tengok semua orang dah ada. Bahkan induk (nenek) dan famili pun ada. Terima kasih le sebab datang memeriahkan majlis. Apalagi puteri dan sofea pun seronok la bermain dengan sepupu-sepupu puteri yang lain. Kecoh sampai ke malam. Hihihi.

Malam tu puteri tak keluar. Penat. Daddy pun kepenatan. Seminggu tu memang daddy kurang sihat sikit. Paklong dan maklong je yang keluar. Pergi cari makanan. Sate, murtabak, air oren dan lain-lain.

Ahad 17-july-2011, pagi pakteh dah keluar. Ingat pergi jogging ke ape. Rupanya pergi beli sarapan. Nasi lemak dan roti canai. Elok le tu puteri pun malas nak keluar. Sebab puteri dan sofea dah tak sabar nak pergi swimming kat pool. Habis je sarapan daddy terus bawak puteri dan sofea turun ke kolam renang. Tengok le wajah sofea gembira betul kan.

Dah penat bermandi-manda baru puteri dan sofea naik. Terus je bersiap untuk check-out hotel. Mulanya ingat nak ‘lepak’ kat tepi pantai teluk kemang. Tapi ibu risau cuaca panas nanti buat irfan tak selesa pulak. Tak dapat la puteri dan sofea nak main pasir pantai. Jadi paklong bagi idea. Kita pergi makan ice cream kat “Ice Room” kat nilai. Semua orang setuju.

Best jugak lepak kat Ice Room ni. Tapi harganya pun boleh tahan mahal. Tak boleh la nak lepak selalu. Kan bankrupt la daddy puteri. Kihkihkih. Lepas tu puteri singgah semenyih. Saja nak jenguk atuk. (sebenarnya daddy nak makan durian tu!). Zulaikha terus balik rumah.

Hahaha, rezeki puteri betul la. Kebetulan mak itam (nenek – adik belah atuk) singgah hantar durian dan rambutan. Besar-besar durian tu. Dari kampung katanya. Kampung lubuk cina melaka. Kan ke tengah musim ni. Ish dapat balik kampung seronok jugak ni kan. Apalagi melompat la daddy pulun durian. Puteri lebih suka makan rambutan. Dapat la bungkus bawak balik sikit. Hihihi. Jangan marah aaa..

Semalam daddy cuti sakit (M.C.). Tak pasti disebabkan oleh jangkitan kuman atau tersalah makan. Daddy muntah-muntah. Teruk jugak. Yelah, kata daddy tak pernah lagi daddy sakit sampai kena berhenti (naik motor) untuk muntah kat tepi jalan. Untung daddy sempat jugak tahan rasa loya tu hingga masuk ke jalan laluan motorsikal. Minggu ni memang minggu sakit. Mula-mula irfan. Lepas tu sofea. Kemudian daddy. Tapi irfan masih belum sembuh sepenuhnya. Masih cirit. Sakit perut.

Semalam, dalam 2:40 petang puteri ke Bandar Sri Putra, Bangi. Rumah wanchu. Ibu nak hantar ‘cookies’ yang dah siap. Wanchu tempah kat ibu. Wanchu nak bagi gift untuk majlis perkahwinan anak kawan wanchu. Khabarnya majlis tu berlangsung di Perlis. Jauh juga wanchu nak berjalan ni.

Sabtu 02-july-2011, puteri ke nilai. Daddy singgah beli sarapan. Roti canai, nasi goreng, lontong (kegemaran puteri ni). Bungkus. Makan kat rumah Siti. Kira-kira jam 11:00 pagi puteri keluar. Pergi shopping mall Alamanda, putrajaya. Siti pun ikut sekali. Daddy nak beli kasut. Untuk pergi kerja. Elok sikit pakai kasut dari selipar. Bahaya pakai selipar. Takut tercabut dan sebagainya. Kemudian puteri ke shop lot Toy R’ Us. Puteri beli whiteboard 2 in 1. Maksudnya selain whiteboard, blackboard pun ada. Boleh la puteri dan sofea main teacher-teacher nanti. Hihi. Best nyer.

Sabtu petang selepas solat asar puteri pergi belajar mengaji. Ustazah yang ajar. Rumah ustazah tu kat kawasan perumahan siti jugak. Dekat je. Ustazah tu pun ada ajar fardhu-ain. Bagus la camtu. Sebab puteri dah tak pergi sekolah agama.

Ahad 03-july-2011, pukul 7:00 pagi puteri dah keluar. Puteri ada sports day hari ni. Puteri dapat rumah kuning. Sama dengan Dayana. Irfan pun ikut sekali. Senang nak balik rumah terus nanti, kata daddy. Kawasan sekolah agak riuh. Dikantin terdapat beberapa individu yang membuka gerai jual makanan. Selaian daripada kantin sekolah. Para cikgu pula sibuk meng-organise-kan murid. Setelah murid-murid beratur mengikut kelas barulah murid-murid dibawa masuk ke padang. Pihak sekolah telah menyediakan sarapan ringan. Sarapan tu penting. Terutama jika kita nak ada akitviti sukan macam ni. Takut nanti pengsan pulak.

Hujan renyai dan kadangkala lebat agak merencatkan sedikit aturacara majlis. Namun semangat bersukan masih membara. Setelah hujan reda acara sukan pun bermula. Puteri dapat nombor 3. Untuk meraikan “kemenangan” puteri, daddy singgah kedai runcit dan membeli kerang (makanan kesukaan puteri). Jadi tengahari itu ibu masak lauk ayam masak lemak cili api dan kerang rebus. Hihi memang best. Masakan ibu pun dah makin sedap. Alhamdulillah. Dan mungkin semangat ‘kemenangan’ puteri tu juga membuat daddy begitu rajin untuk membasuh dua buat kereta pada hari itu. Puteri dan sofea pun seronok menolong sambil bermain air di luar rumah. Hahaha. Memang seronok.

p/s : photo-photo tak dapat dimasukkan sebab tk jumpa wayar kamera, mungkin lain kali..














Upload gambar je dulu.. story nanti-nanti la ya..hihi











Sebelum ini ibu rancang cuti sekolah pertengahan tahun ni ibu nak bawak puteri bercuti ke bidor, rumah wanchik. Tapi sebab awal bulan mei tempoh hari puteri dan sofea dah pergi ke rumah wanchik ikut atuk dan siti, jadi ibu batalkan jelah rancangan tu.

Sebagai ganti sepanjang dua minggu cuti sekolah ni, ibu bawak puteri duduk berkampung dirumah siti. Yahoo, best jugak. Dapat la puteri dan sofea main basikal dan ‘scooter’ (tricyle) yang daddy baru je beli untuk puteri satu dan sofea satu. Daddy pun bawak motor (lagenda 110) ke nilai. Senang pergi kerja naik motor je. Tak payah pening jalanraya sesak ke tidak. Jimat pun jimat. Tu le agaknya daddy dapat simpan duit sikit. Puteri dan sofea pun dah ada tabung. Kenalah belajar menyimpan dari awal. Baru senang nanti.

Walaupun cuti sekolah dah bermula dari 28-mei-2011 (sabtu) tapi puteri balik kampung nilai hanya pada 31-mei-2011 (selasa) sebab siti takda kat rumah. Siti dan atuk ke Sarawak. Menghadiri majlis perkahwinan anak saudara atuk. La kenapa tak bawa puteri sekali kan. Dah lama puteri tak naik aeroplane. HuHu.

Sabtu 04-jun-2011, baru le puteri dapat pergi kenduri kahwin sepupu ibu tu. Itupun sebab kenduri tu kat salak tinggi. Jadi la. Dapat gak puteri makan percuma. Heh. Puteri dan sofea ikut maklang dan paklang. Sebelum tu puteri ikut maksu dan makcik zahrah pergi hantar wanchu dan cik mai ke airport. Wanchu nak ke pulau pinang. Nak berubat khabarnya. Mudah-mudahan..insyallah.

Ahad 05-jun-2011, puteri dan sofea pergi alamanda shopping mall. Saja-saja je. Daddy bawak pergi jalan. Bawak puteri pergi tempat permainan kat situ. Tapi puteri rasa macam daddy je yang nak main sangat. Hmm, takpa lah asalkan puteri dan famili enjoy! Hampir pukul 3:00 petang baru puteri balik. Perut pun dah lapar. Apa agaknya nak makan tengahari ni kan. Eh, tengahari lagi ke ni? Pikir punya pikir akhirnya puteri berhenti di sebuah gerai makan di pekan salak tinggi. Kata daddy masakan dia boleh tahan sedap. Daddy beli sayur, ayam goreng, ikan masak lomak cili api, ikan masak kicap dan paling best kerang rebus. Yummy,yummy. Tak lupa air sirap. Semuanya bungkus. Bawak balik rumah siti. Eh, rumah siti takda orang. Maksu pun takda. Bagus gak. Sebab maksu kuat makan ngalahkan uncle bakir. Badan je kurus. Hihihi.

Isnin 06-jun-2011, daddy dah ke pejabat. Puteri ikut ibu hantar sofea dan irfan ke nursery. Siti dan makcik zahrah pun ikut sekali. Tengahari tu ibu hantar mesej kat daddy. Ibu Tanya boleh ke balik Bandar saujana putra sebab senang ibu nak kemas. Daddy tak kisah balik mana pun. Jadi sekejap jelah puteri bercuti kat rumah siti.

Yahoo! Daddy ambil cuti hari ni. Khamis 09-jun-2011. Esok pun daddy cuti. Tapi hari ni daddy nak bawak puteri dan sofea pergi tengok movie. Cerita Kungfu Panda Two. Bestnyer. Lepas hantar irfan, puteri terus ke mid valley. Pergi awal senang sikit cari parking. Puteri rasa seronok sangat. Its not just about the movie but also we can spend time together as a family. Err, irfan mane..

Aduh!.. It's a long time puteri can not update the blog due to some technical problem. Hopefully puteri still can catch up all the things. Sigh! What a waste of time.

Jumaat 15-april-2011, daddy cuti. Boleh la hantar dan ambil puteri dari sekolah. Petang tu puteri terus ke rumah tok amid di shah alam. Kelihatan famili tok puad dan tok hisham pun ada. Nenek, auntie baiti dan pakBusu sampai kemudian. Hampir jam 10:00 malam baru puteri makan. Nenek bawak lauk “sayur ulam” masak tempoyak. Pauk yang lain disediakan oleh wan zainab.

Sabtu 16-april-2011, puteri ke bangi. Bersarapan di kopitiam. Bangunannya betul-betul dibelakang kedai al-ikhsan. Puteri menghadiri bengkel (workshop) di q’reazant. Kira-kira jam 11:00 tengahari baru habis. Puteri singgah rumah dulu untuk packing barang. Malam nanti nak tidur di shah alam. Jam 2.00 petang baru puteri sampai di rumah tok amid. Kebetulan timing kitorang baik, sebab makanan tengahari pun baru sampai. Puteri pun apalagi terus je la menjamu selera. Selesai makan puteri terus je bermain dengan sofea dan kengkawan baru. Anak jiran rumah tok amid. Sementara daddy pergi punggah barang masuk rumah sewa yang disediakan khas oleh tok amid untuk sedara-mara yang ingin bermalam.

Puteri pergi bersiap. Dah petang. Dah rancang lepas asar upacara akad nikah akan dilaksanakan. Tok Hamid yang menjadi wali nikah. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kemudian paru tetamu kedua pihak dijamu minum petang. Menunya bihun, pulut kuning, rendang ayam dan kuih-muih yang lain.

Selapas solat isyak diadakan pula majlis doa selamat dan tahlil oleh tuan rumah. Habis tu baru la makan yang disediakan oleh pihak catering. Kira-kira jam 11:00 malam puteri ikut daddy pergi pasang tanda arah jalan bersama tok rahim. Bab kerja kenduri-kendara ni memang tok rahim expert. Ramai jugak la ikut serta. Termasuk pakbusu N gang. Pakbusu naik van yang dipandu oleh uncle safuan. Tapi kerja kitaorang separuh jalan je. Sebab kononnya nak sambung awal pagi esok. Dengan itu puteri pun berpeluang pergi uptown shah alam dengan famili tok rahim. Saja ronda-ronda. Mulanya sekadar nak window shopping je. Tapi dah alang sampai. Lagipun tah bila la pulak lagi nak sampai sini kan. Ada jugak le yang membeli. Hihi.

ahad 17-april-2011, seperti di duga daddy bangun lewat. Pakbusu N gang lagi teruk. Tengahari baru celik mata. Kena la tok hamid dan tok rahim pergi pasang papan tanda arah. Tak dapat puteri nak ikut.Pagi tu puteri bersarapan nasik lemak, hmm memang best…terbaik gitu. Lepas tu puteri tolong mengemas apa-apa yang patut. Termasuk le memasang khemah untuk tempat “DJ” konti. Wah boleh la karaoke nanti ni kan. Haha. Kemudian puteri balik ke rumah sewa untuk bersiap sementara orang-orang catering sibuk menyiapkan khemah mereka. Tengahari catering dah siap menghidang. Tak sabar lak puteri rasa nak makan. Tapi daddy kata belum boleh lagi. Kenalah puteri tunggu…

Sekarang puteri dah jadi ahli pustakawan. Ibu yang bawak. Puteri dan sofea memang suka membaca. Selain dari melukis dan mewarna. Insyallah irfan pun akan mengikut jejak kami nanti. Ibu dan daddy selalu belikan buku untuk puteri dan sofea. Jika pergi shopping malls puteri mesti singgah bookshop. Rumah puteri pun dah macam perpustakaan kecil.

Buku pertama yang puteri pinjam dari perpustakaan ialah, “Little Red Riding Hood”. Kata ibu masa puteri masih kecil (baby) daddy memang suka ceritakan kisah Little Red Riding Hood sebelum puteri tidur. Kata ibu lagi, tiap-tiap kali daddy bercerita jarang benar jalan ceritanya sama. Walaupun kisah/tajuk cerita tu sama. Hmm, daddy! Daddy!..macam-macam.

So evertime puteri borrowed a book or two puteri will at least try to write one of them. Just to share it with everyone.

Sinopsis satu : Little Red Riding Hood
Sinopsis dua : Puss in Boot

…tak abih tulis lagi ni… sat laie sambung nor..


Little Red Riding Hood

Al-kisah di sebuah desa ada sebuah kampung terletak di antara daerah Nilai dan daerah Semenyih. Di desa tersebut tinggal seorang gadis yang cerdik dan baik hati. Penduduk setempat memanggil gadis tersebut ‘Little Red Riding Hood’. Ini kerana Red Riding Hood selalu memakai jubah merah yang bertutup kepala kemana sahaja dia pergi. Jubah merah itu adalah hadiah daripada granny Red Riding Hood.

Suatu hari, ibu Red Riding Hood memanggilnya. Ibu minta tolong hantarkan sup sayur untuk granny. Granny jatuh sakit. Demam. Red Riding Hood memang seorang gadis yang rajin. Tanpa membantah Red riding hood pun segera pergi. Red Riding hood berasa amat sukahati. Kerana dapat berjumpa granny kesayangannya.

Sambil jalan melonjak-lonjak keriangan Red Riding Hood menyanyi sebuah lagu.

There is cottage in the wood

A little girl by the window stood

Saw a rabbit standing by

Shouting at the door

Help me! Help me!

So it said Before the hunter shoot me dead

Come Mr. rabbit Come inside

Happy we should be

Begitulah riangnya Little Red Riding Hood. Hingga ia tidak perasaan yang ada seekor serigala sedang memerhatikan dirinya. Serigala ni sudah lapar. Serigala cuba mencari peluang untuk memerangkap Little Red Riding Hood tapi tak berjaya. Serigala pun mencari helah. Dia bertanya kepada Little red riding hood. Kemana arah red riding hood nak pergi. Kerana terlupa pesanan ibunya Red riding hood terlepas cakap. Saya nak menziarahi granny yang jatuh sakit, kata red riding hood. Serigala pun sudah mendapat akal. Ia segera berlari menuju ke rumah granny Red riding hood. Serigala berjaya memperdayakan granny untuk masuk ke rumah. Granny diikat dan disorokkan di dalam almari. Serigala segera menyamar sebagai granny.

Tak lama kemudian sampai la Red riding hood di rumah granny. Suram dan sunyi sahaja keadaan rumah granny. Selepas memberi salam Red riding hood pun masuk. Dia hairan mengapa suara granny lain semasa menjawab salam tadi. Red riding hood pun menghampiri granny sambil meletakkan bakul yang berisi buah-buahan dan sup sayur di atas meja. Alangkah terkejutnya Red riding hood bila melihat telinga granny yang besar. Gigi dan kuku yang tajam dan panjang. Oh! Rupanya serigala yang menyamar rupa sebagai granny. Serigala sedar Red riding hood sudah tahu penipuannya. Penyamaran serigala terbongkar. Bingkas serigala bangun dan dengan mata yang merah saga cuba menerkam Red riding hood. Namun Red riding hood berjaya meloloskan diri dan berlari keluar. Red riding hood terus berlari pulang ke rumah dan memberitahu daddy. Daddy segera bertukar kepada ultraman mebius. Ops! Sorry. Hihi. Tu iklan je. Daddy memaklumkan kepada jiran-jiran. Mereka pun segera mengepung dan menangkap serigala tersebut. Serigala yang jahat itu pun dihukum mati. Little Red Riding Hood pergi mendapatkan granny. Syukur semuanya selamat. Granny dan Little Red Riding Hood pun menikmati sup sayuran ibu bersama-sama. The End.

Sabtu 02-april-2011, selepas solat subuh puteri dengar handphone daddy berbunyi. Ada mesej masuk. PakBusu maklum kan Tok Adi (ayah auntie syikin) masuk hospital seremban. Keadaannya agak kritikal. Tok Adi tak sedarkan diri. Koma. Daddy maklum pada ibu. Ibu bergegas kemas barang. Puteri nak ke hospital seremban. Nak ziarah Tok Adi. Daddy terkilan kenapa takda orang inform pada daddy lebih awal. Kan kan ke dah masuk hospital tu. Hmm ntah la.

Sebelum keluar rumah daddy hubungi nenek. Tanya nenek pergi dengan sapa. Nenek kata nak ikut puteri. Kenalah puteri singgah semenyih dulu. Dalam perjalanan daddy singgah bengkel kereta dahulu. Tayar kereta belakang sebelah kanan terkena paku. Dalam menunggu kereta dibaikpulih daddy dapat mesej lagi. Pakbusu maklum yang Tok Adi dah pun meninggal. Innalillah! Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Tiba di semenyih nenek kata nak masak dulu. Lagipun arwah akan dimandikan dan dikafankan di hospital. Akan ambil masa untuk dibawa ke rumah. Puteri tunggu lagi. Hampir pukul satu baru nak bergerak. Dalam perjalanan dapat call dari paklong memberitahu arwah dah dibawa kemasjid untuk disolatkan. Puteri terus ke masjid tersebut. Sempat jugak daddy sampai untuk sama-sama solatkan jenazah. Kemudian puteri ikut orang ramai bawa jenazah ke kawasan perkuburan. Tapi puteri tak turun. Daddy tak bagi.

Selepas upacara pengkebumian selesai, puteri ke rumah auntie syikin. Alas perut. Jumpa nenek induk dan sedara-mara yang lain. Dalam pukul 4.00 petang puteri minta diri. Puteri pergi rumah paklong di kampung Batu 3, Mantau. Auni kelihatan seronok menerima kunjungan puteri dan sofea. Seronok puteri bermain. Lepas solat maghrib puteri pergi semula ke rumah aunti syikin. Ada majlis doa selamat dan bacaan yasin. Hampir pukul sebelas malam jugak la baru puteri minta undur diri. Puteri balik nilai. Erghhh, penatnya.

Jumaat 25-mac-2011, puteri bergegas untuk pulang ke semenyih malam ni. Aunti baiti buat majlis harijadi baby Hana secara mengejut. Dah tentu majlis ni nanti tak ‘well organise’. Tak syok la camtu. Tak dapat puteri nak carik hadiah yang special sikit kan. Hadiah ni pun daddy yang belikan tengahari tadi. Sempat jugak la daddy carik sebelum pergi masjid untuk solat jumaat. Kata auntie terpaksa buat malam ni sebab esok lusa dah ada atur-acara yang lain. Jadual dah penuh dengan aktiviti. Tak dapat tidak kena la jugak disambut malam ni.

Bila puteri sampai paklong dan auni dah pun tiba. Paklong belikan sate. Kedai sate tu kat pekan semenyih. Terletak ditepi sungai. Sebelah dengan bangunan pejabat pos. Mama auni tak dapat datang. Kena berniaga. Orang baru niaga kena la selalu “bukak” kedai. Nanti patah semangat. Patah rezeki. Tu petua tu.

Auntie baiti dah keluarkan kek. Letak atas meja. Tak dapat nak tunggu MakTeh. Lagipun makteh dah maklum tadi akan datang lambat sebab ada urusan dirumah. Kan ke lusa adik perempuan PakTeh nak berkahwin. Puteri pun dapat kad jemputan. Boleh la pergi besok. Ish, bestnyer. Makan lagi. Hihi.

Ahad 26-mac-2011, puteri dan sofea dah siap pakai gaun. Irfan pun boleh tahan. Dah pandai bergaya. Jam 12:00 tengahari puteri pun bertolak keluar. Menuju ke majlis perkahwinan adik pakteh. Tempatnya didewan UPM, Serdang. Sedang elok la ‘timing’ puteri. Masa untuk makan tengahari. Perut tengah lapar ni boleh la puteri bedal nasi dan lauk-pauk tu banyak sikit. Ye lah kan ke pengantin tak boleh makan banyak-banyak. Ha tu la puteri kena tolong. Tolong makan. Nanti tak habis lak makanan kat situ. Membazir namanya. Tak elok tu.

Besar betul dewan ni. Luas. Tak pasti pulak puteri berapa meja makan yang ada kat dalam dewan masa tu. Wah, pengantinnya pun cantik sepadan. Bak pinang dibelah dua. Belah keluarga pengantin perempuan pula sepakat memakai pakaian sedondon. Sama warna. Bertambah seri majlis. Ha yang paling best ada acara pencak silat kat majlis tu. Tu kira ‘group’ pakbusu tu. Tapi pakbusu tak join. Katanya dah lama tak practice dengan ‘group’ tu. Masalah teknikal.

Khamis 17-mac-2011, selepas hantar irfan ke nurseri. Puteri dan sofea terus ke Kuala Lumpur. Puteri nak ke Aquaria KLCC. Kesian kat irfan tak dapat ikut. Bukan ibu tak nak bawak tapi nanti irfan tak tahan panas. Takpa insyallah bila irfan dah baik puteri akan bawak irfan jalan sekali.

Puteri dan sofea sarapan kat klana jaya. Restoran mamak. (Patut la mamak kaya kan!) Roti canai dan ayam goreng. Air Nescafe ais. Selesai sarapan puteri terus ke kuala Lumpur. Tempat letak kereta (parkir) kat luar dah penuh. Kena la parking kereta kat dalam bangunan. Ish, mesti caj dia mahal ni kan. Tapi takpa bukan puteri yang bayar. Daddy jugak le yang jadi mangsa.

Dah dapat parking puteri terus naik tingkat atas. Level C. Daddy queue untuk beli tiket. Dewasa RM35 seorang. Kanak-kanak RM22 seorang. Fuhh, mahal betul. Ikut harga antarabangsa. Harap-harap kemudahan dan perkhidmatannya pun ikut piawaian antarabangsa jugak.

Masuk je entrance utama, ikan pertama puteri Nampak ialah piranha. Ikan pemangsa yang makan daging. Ikan piranha agak agresif dan menyerang mangsa secara berkumpulan. Together we strong. Disebelah kanan pula terdapat beberapa kolam kecil yang menempatkan haiwan aquatic yang tidak berbahaya. Tujuannya untuk memberi pengunjung peluang memegang haiwan berkenaan. Didepannya elektik eel. Besar dan panjang bentuknya. Ada tanda amaran di aquarium, “Awas voltan tinggi”. Ini kerana ia boleh mengeluarkan arus elektrik yang tinggi. Difahamkan kekuatan voltan yang dihasilkan boleh menumbang seekor lembu dewasa. Fuhh, bahaya betul kan?

Disebelah kanan pula terletak screening hall (dewan tayangan). Pengunjung boleh melihat dokumentari tertentu berkaitan dunia aquatic. Tayangan ini boleh membantu memberi pemahaman yang lebih jelas kepada pengunjung sebelum meneruskan ‘journey’.

Antara animal yang puteri tengok ialah giant water rat, asian otter (..puteri ingat memerang), butterfly life cycle, reptiles amphibians, insect, coatimundi and frog life cycle.

Sambil menuruni tangga puteri dapat lihat dengan jelas pelbagai jenis ikan yang berenang didalam balang yang besar. Balang berbentuk rod seperti tiang. Dibawahnya pula terdapat kolam ikan. Pelbagai dan besar ikan didalam kolam tu. Disebabkan terlalu asyik melihat ikan-ikan tu berenang. Puteri terlupa pulak nak tengok nama ikan tu semua. Terdapat juga aquarium yang menempatkan ikan araipama (yang terkenal aggressive) dan red tail catfish. Kata daddy ada sejenis ikat ‘catfish’ yang ditangkap cuma menggunakan tangan kosong saja (with your bare-hand). Caranya sebelah tangan akan dijadikan seperti ‘umpan’ untuk ikan catfish tu makan. Untuk makluman ikat catfish tersebut makan dengan cara menyedut ‘mangsa’-nya kedalam mulut. Tak ubah seperti vacuum.

Akhirnya puteri sampai di kemuncak perjalanan. Puteri dan sofea memasuki ‘terowong’ glass yang lutsinar. Puteri dan sofea boleh melihat pelbagai hidupan laut luas. Jerung, todak, ikan pari dan pelbagai jenis ikan yang lain. Tak lupa penyu ‘gergasi’. Tak sangka puteri besar betul penyu tu. Seronok betul puteri dapat menyaksikan “feeding frenzy”. Berebut-rebut ikan-ikan dan hidupan yang lain makan ditangan para penyelam professional tersebut. Err, diorang tak takut ke kat jerung-jerung tu tadi? Ish, seram lak puteri fikir.

Sayangnya ‘journey’ ni tak lama. Sebab aquaria ni tak seluas atau panjang yang disangka. We expect more from what the cost we just fork it out. Hampir tak berbaloi rasanya. But to be fair, it wonderful and really.. puteri enjoy! HiHi!

Keluar dari bangunan Aquaria KLCC puteri menuju ke Ampang Park shopping malls. Ibu nak ke kedai cross-stitch. Nak cari benang jahit. Sempat la jugak puteri window shopping sekejap. Lepas tu puteri ke outlet fast-food. Daddy nak belanja puteri makan pizza. Outlet pizza hut ni terletak ditingkat atas. Tingkat bawah outlet KFC. Puteri pilih meja kat tepi tingkap. ‘Cantik’ jugak view kat sini. Dapat jugak la puteri menjenguk pemandangan hiruk-pikuk Bandar. Puteri try pizza perasa baru yang ada udang tu. Selain menu tetap chicken wing. Kegemaran puteri dan sofea tu. Bila perut dah kenyang hati pun senang puteri pun pulang la. Nak rehatkan badan sebelum balik ke Nilai petang nanti.

Jumaat 18-Mac-2011, puteri pergi Tesco baru di Nilai. Supermarket baru ni memberi saingan hebat pada supermarket GIANT yang dah bertapak lama kat sini dan secara tak langsung supermarket lain seperti MyDin dan kedai runcit kecil turut terkena tempias. Apapun ia memberi keuntungan kepada pengguna. Betul tak?

Sabtu 19-mac-2011, pagi lagi puteri dah ke klinik. Eh, bukan puteri yang sakit tapi Sofea. Puteri bawa Sofea jumpa doctor dan ambil ubat. Kemudian puteri ke Alamanda, Putrajaya. Saja jalan-jalan cari makan (angin je ler).

Sabtu 12-mac-2011. Rancangnya puteri bertolak seawal pagi. Tapi dah semua orang bangun bangun lewat, nak buat macam mana ye tak. Kesiangan. Pukul 10:00 pagi baru puteri sampai rumah nenek. Tapi nenek takda. Pergi ber-marhaban. Nenek bawak Damia sekali. Tak dapat la puteri nak ke Seremban awal sikit. Ok gak boleh tunggu auntie balik kerja. Boleh pergi sekali.

Jam 2:00 petang, puteri pun bertolak ke seremban. Pergi dua kereta. Sebab Alang dan PakBusu pun ikut sekali. Nenek tak ikut puteri. Nenek ke Melaka. Nama tempat tu Durian Tunggal. Tak silap puteri la. Ada kenduri kahwin.

Puteri ikut lebuhraya LEKAS. Cepat sikit sampai. Keluar di persimpangan Senawang. Kemudian puteri terus ke tempat Auni berniaga. Hihi. Maksud puteri tempat Maklong dan Paklong niaga. Lupa pulak puteri apa nama taman tu. Tapi maklong niaga depan rumah je. Rumah kawan dia. Kongsi katanya. Takpa perlahan lahan. Baru nak belajar niaga. Bila dah cukup pengalaman. Dah ada keyakinan baru la buat business sendiri pulak. Insyallah boleh berjaya. Jangan lupa duit modal. Kena cukup. Jika boleh biar lebih. Tak percaya tanya ibu dan daddy. Pengalaman lalu banyak mengajar. Kadang-kadang bukan masalah produk. Tapi kengkangan kecairan modal dan lokasi yang strategik memainkan peranan penting. Untuk memastikan kesinambungan sesuatu perniagaan. Hmm..

Lama jugak puteri duduk melepak. Sambil makan dan bermain dengan auni. Kecoh jugak le tempat tu jadinya. Sempat jugak la puteri ambik mangga. Alang yang panjat. Kemudian puteri ke rumah nenek faridah (induk). Rumah auntie Syikin. Auntie Syikin tingkatan satu dah sekarang. Puteri baru darjah satu (standard one). Rupanya nenek induk sakit. Jatuh kat sekolah tempoh hari. Sakit belakang badan. Lebih kurang macam sakit wanchu.

Lepas solat maghrib puteri bertolak pulang ke semenyih. Kerana terlalu penat puteri dan sofea terus tertidur. Maklum la satu hari tak tidur. Asyik main je.

Ahad 13-mac-2011, selepas sarapan pagi puteri keluar. Tapi tidak sebelum membungkus lauk-pauk yang nenek masak. Menu utama daging masak kicap. Daddy yang minta nenek masak. Daging tu daddy baru je beli kat pasar tani pagi tadi. Puteri singgah pekan semenyih. Beli peralatan untuk contest nanti. Pertandingan tu dibuat di supermarket GIANT, Klana Jaya. Puteri terpaksa singgah rumah puteri sekejap. Untuk simpan tv baru puteri. Jenis tv LCD jenama Panasonic. Sempat jugak puteri ambil meja lipat. Boleh buat alas kertas untuk mewarna nanti.

Dekat pukul dua baru puteri sampai kat supermarket tu. Orang dah pun ramai. Riuh rendah dengan kanak-kanak. Daddy dukung irfan. Puteri dan sofea ikut ibu pergi daftar masuk pertandingan. Tempoh masa pertandingan lebih kurang satu jam setengah. Terpaksa la sofea dan irfan tunggu puteri. Dua jam tu. Jenuh jugak la diorang menunggu. Pukul empat petang baru penganjur umum kan pemenang pertandingan untuk setiap kategori. Puteri cuma dapat consolation prize je. Heh heh. Takpa. Puteri tetap happy. Yang penting semangat dan pendedahan. Itu yang penting. Lagipun ini pertandingan mewarna yang pertama untuk puteri. Mungkin lain kali nasib puteri lebih baik. Tapi puteri kena la belajar mewarna dengan kaedah (cara) yang betul. Baru la boleh bersaing. Apapun puteri enjoy!

Ha ha ha. Puteri sebenarnya tak berapa faham apa-pun. Yang puteri faham wanchu sakit. Tu je. Semalam jumaat 11-february-2011, puteri dalam perjalanan ke BSP selepas ambil Siti di Nilai. Kebetulan hari tu Daddy bercuti. Ponteng kerja la tu. Eh, tak lah irfan demam. Dah nak keluar dari tol nilai ibu dapat tahu wanchu takda kat rumah. Wanchu pergi hospital kajang. Buat medical check-up. Nak tak nak puteri ke la patah balik ke rumah Siti. Jam 1:15 tengahari puteri bertolak ke petaling jaya. Ke sekolah kg.tunku. Pagi tadi puteri dah tuang sekolah KAFA dah la.

Sabtu 12-february-2011, puteri singgah semenyih untuk menghantar beberapa naskah buku karya othman puteh kepada atuk. Atuk minta daddy tolong cari buku-buku tersebut. Untuk buat rujukan. Lebih kurang pukul 4:00 petang puteri terus ke rumah wanchu. Nak ziarah wanchu. Lily pun datang tengok wanchu. Alang kerja. Siti pulak ikut maklang dan makchu ke kuala lumpur. Cari tudung ke kain. Ntah la. Puteri tak pasti.

Kata wanchu, sakit belakang wanchu mungkin disebabkan kesan terlalu lama duduk dalam kenderaan tempoh hari. Semasa wanchu famili pergi bercuti di kedah. Leka betul puteri perhatikan ibu dan daddy tengok foto di komputer riba tokchu. Sayang puteri tak dapat ikut. Daddy tak dapat cuti. Lagipun minggu depannya puteri nak ke pahang.

Makchik (kakchik @ rain) menayangkan fail x-ray wanchu. Kan ke semalam wanchu ke hospital buat scan dan MRI. Difahamkan selepas buat MRI tu doktor (orthopedic surgeon or spine specialist) menjelaskan apa yang menyebabkan wanchu berasa sakit dibelakang badan (back pain). Ringkasnya wanchu cuma dikesan mengalami "damage disc" bukan "slip disc" seperti jangkaan awal sesetengah pihak. Termasuk daddy. Insyallah masih ada rawatan (treatment) untuk sakit wanchu tu. Cuma puteri tak pasti samada ia perlu menjalani proses pembedahan atau tidak perlu. Tokchu jelaskan lagi yang "disc" ni ibarat absorber kenderaan. Yang menyerap hentakan. Aduh, pening betul la puteri nak faham. Eh, mana cikmai. Ajak main bola je la.

Ahad 13-february-2011, balik je dari taman bersama sofea dan atuk puteri breakfast pancake (lempeng) cecah sambal kentang. Ibu masak. Kemudian puteri ikut maklang ke supermarket. Beli barang sikit. Maklang nak buat air tembikai laichi. Nak bawa ke rumah wanchu nanti. Hmm, kalau tahu nak pergi rumah wanchu lagi hari ni kan ke elok puteri tidur je rumah wanchu semalam. Boleh la puteri dan sofea main puas-puas dengan cikmai. Rupanya wanchu jemput datang makan tengahari. Paklong ghazie nak masak. Bakal "iron chef" la katakan. Untuk menu tengahari tu chef ghazie masak rendang ayam, sup sayur daging dan nasi minyak (tak silap puteri la kan). Berselera puteri makan. Kebetulan dua menu utama tu memang makanan kegemaran puteri. Untuk pencuci mulut (desert) pulak chef masak kueh pria. Ala yang bentuk macam donut tu. Alhamdulillah kenyang perut puteri. Nextime jemput lagi ya wanchu. Lama jugak puteri duduk rumah wanchu sempat la main monopoly. Best betul main tu. Nanti boleh le suruh daddy belikan. Hihihi. Petang baru puteri beransur balik. Esok kena pergi sekolah. Huhu.

Puteri yang teruja (sebab dapat berjalan) atau daddy yang kelihatan begitu beria-ia sekali untuk ke Jerendak Pahang. Semalam dekat pukul 7:00 malam puteri tiba di Semenyih. Atuk dan nenek dah bersiap untuk ke surau. Eh! Autie takda. Auntie pergi Teluk Intan, Perak. Ada majlis perkahwinan kawan baik auntie. Khabarnya seorang doktor. Auntie pergi dengan kawan auntie. Seorang guru. Ish! Auntie ni kan kita nak ke Pahang esok. Auntie lupa ke. Ibu call auntie. Pagi esok auntie balik. Aduh entak pukul berapa la tu kan.

Jumaat 04-januari-2011, 10:15 pagi baru auntie sampai. Entah pukul berapa la auntie bertolak dari Perak pagi tadi ni kan. Takpa. Yang penting auntie dah sampai dan puteri journey can start now. Dua kereta je yang pergi sebab ramai yang tak dapat ikut serta. Pakbusu dengan aktiviti persilatannya. Paklang dengan uncle syaril kerja. Makteh ada majlis kahwin kawan. Macam-macam hal. Apapun ia tidak mematahkan semangat puteri. Jalan tetap jalan.

Setelah 2 jam lebih perjalanan, (Tempoh masa tu bergantung pada corak pemanduan masing-masing.) puteri berhenti di RnR (rawat dan rehat) Lanchang. Puteri dan sofea ambil kesempatan ini untuk ke bilik air dan membeli apa yang patut. Atuk memaklum kepada daddy, semasa memandu tadi kereta ada ada mengeluarkan asap. Atuk bukak bonet kereta. Kelihatan enjin kereta dalam keadaan baik. Radiator pun tak bocor. Rasanya masih boleh dipandu. Daddy pesan kat atuk supaya pandu perlahan. Tak perlu laju. Bukan jauh dah tempat dituju tu. Sebelum bergerak auntie pesan kat daddy, paklong akan tunggu di depan tol temerloh. Ha elok la tu. Tak payah susah-susah daddy nak carik tempat makan kat pekan Temerloh tu.

Seperti yang dijanjikan paklong dah pun ada di depan tol temerloh. Puteri pun ikut je lah kereta paklong. Tiba di pekan paklong terus bawak ke tempat makan. Gerai tu terletak di tepi sungai Pahang yang lebar dan panjang tu. Patut la daddy teruja sangat. Daddy nak makan ikan patin rupanya. Kata orang tak sah kalau pergi temerloh tak makan ikan patin. Kebanyakan gerai kat sini memang menghidangkan menu berasaskan ikan patin. Paling popular resipi masakan ikan patin masak tempoyak. Paklong bawa puteri makan di gerai pak yusop. Tak silap puteri tukang masak ni generasi kedua. Dengar kata masakan pak usop lagi sedap. Tengok je ada meja kosong puteri terus je duduk. Booking table. Tapi nak jadi cerita abang waiter tu inform ikan patin masak tempoyak dah abis. Kalau nak kena tunggu dalam sejam. Huh puteri dah lapar ni. Mana sanggup nak tunggu. Jadi terpaksa la puteri makan dulu. Termasuk la nenek dengan atuk. Daddy, paklong dan auntie je yang sanggup tunggu. Itupun daddy dah gatah ikan patin goreng. Eh, mana aci camtu kan. Tepat je sejam maklong dah standby kat tepi periuk tu. Tengok gaya macam maklong je yang nak masak. Hihihi. Oleh kerana ramai yang makan dulu. Daddy order dua mangkuk je dulu. Apalagi abis ikan patin tu kena bedal dengan auntie, paklong dan daddy. Kesian ibu tak dapat merasa sebab lepas makan awal tadi ibu terus ke kereta bagi irfan susu. Insyallah akan datang ada lagi rezeki. Tak terlintas lak puteri nak bungkuskan untuk ibu. Maaf la ibu ya.
Betul la kata orang kenyang perut senang hati. Puteri terus bergerak ke Jerendak bersama atuk. Paklong kena ke pekan. Nak beli sedikit barang katanya. Maklong dah sediakan bilik untuk puteri bermalam. Tapi puteri tidur diruang tamu je. Rasa lebih selesa. Dan berangin sedikit. Daddy dah terbaring tidur. Sakit kepala katanya. Petang puteri dihidangkan meehoon goreng dan air teh tarik. Makan malam pula ikan keli masak cili api adalah menu utamanya.

Sabtu 29 januari 2011, pagi tu puteri breakfast mee sup daging. Sedap betul sup ibu masak. Tak macam biasa. Hmm dari mana ei ibu "curik" resipi. Lepas sarapan puteri tengok daddy bangun dan capai sarung tangan dan memakai topi. Daddy juga ambil cangkul dan pemotong rumput. Daddy! Panggil puteri. Daddy nak kemana tu, tanya puteri lagi. Daddy nak berkebun. Nak ikut, jomlah, jawab daddy. Puteri dan sofea pun apalagi terus cari sarung tangan dan topi. Sama macam daddy. Daddy suruh pakai kasut. Kata daddy nak berkebun kena pakai sarung tangan. Supaya tangan tu tak luka. Apatah lagi yang hendak ditebas tu lalang bukannya padi huma. Nanti gatal-gatal pulak.

"Tuai padi antara masak
Esok jangan tumbuhnya lalang
Sayang daddy dan juga emak
Moga kasih seteguh karang"

Oleh kerana puteri dan sofea menggunakan cangkul dan pemotong rumput tadi, maka daddy terpaksa la "menebas" dengan mengguna dua kerat tangan. Satu-persatu lalang tu daddy cabut. Kerja daddy bertambah payah sebab kena melayan karenah puteri dan sofea. Tengahari baru selesai kerja. Puteri tengok daddy masuk kan padi-padi eh silap emm lalang-lalang tu ke dalam karung plastik. Senang nak buang nanti jelas daddy. Berguni-guni jugak lah hasil tuaian hari ni. Hihihi.

Kira-kira 2:30 petang, paklong dan famili beserta auntie baiti singgah rumah puteri. Sengaja pindah sebab paklong nak pergi cari barang kenduri di shah alam. Kebetulan lalu, itu yang singgah tu. Auntie ajak puteri keluar. Boleh pergi ke karnival karang kraf, kata autie. Ha ok gak. Puteri pun pujuk ibu dan daddy pergi. Yahoo, berjaya. Boleh keluar jalan-jalan. Hujan lebat yang turun seawal tadi mula menunjukkan tanda-tanda reda. Rupanya tak jauh kilang karang kraf ni dari rumah puteri. Elok jugak kalau daddy apply kerja kat sini. Tak perlulah berulang jauh-jauh sampai ke hulu kelang. Wah, meriah betul la karnival kat sini. Ramai betul orang. Penganjur pun menyediakan banyak aktiviti. Tapi puteri tak boleh lama sangat kat sini sebab paklong kan nak cari barang. Tapi sempat jugak la puteri dan sofea beli buku. Auntie pun terserempak dengan kawan auntie dan juga dapat jumpa Adam AF tu. Adam memang kenal auntie sebab auntie kan aktif dalam fan club Adam. Tapi auntie tak sempat bergambar. Adam dah nak balik dah time tu.
(ralat : oh, rupanya sempat jugak auntie bergambar ngan artis favourite auntie tu)

Malam selepas solat maghrib puteri balik semenyih. Tak rancang sebenarnya. Tapi sebab esok nenek minta tolong bawa nenek ke rumah wan nab di taman dato' harun, kampung medan. Ada kenduri doa selamat. Paklong tak dapat bawak sebab masih ada barang untuk kenduri yang masih hendak dicari. Auntie pulak kena pergi kenduri kahwin kawan dia. Esoknya dekat pukul satu tengahari baru puteri dapat bertolak ke rumah wan nab. Sebab nenek kena hadir kenduri doa selamat kawan karib nenek. Rumah kawan nenek tu kat taman tu je.

Ish, banyak betul barang daddy packing. Macam 4-5 hari pulak nak pergi bercuti. Risau puteri tengok. Ibu pun rimas. Yelah kita pergi naik kereta je. Bukannya pergi naik mpv ke suv ke. Van pun jauh sekali. Hmm, biar jelah. Yang penting puteri dapat pergi makan angin. Pergi hotel. Esok puteri dah nak bertolak. So malam ni puteri terus ke semenyih. Senang nak bertolak bila semua dah berkumpul kat sana. Lagi pun boleh la puteri tolong siapkan apa-apa yang nak dibuat.

Sabtu 22 januari 2011, semua orang tengah sibuk bersiap-siaga. Macam huru-hara je puteri tengok. Alhamdulillah semua orang dapat pergi. Kita orang pergi tiga kereta. Nenek dan atuk naik kereta pakteh. Pakteh bawak Naza Ria. Besar sikit. Kita orang dah lewat hampir sejam daripada jadual awal. Tapi takpa, biar lambat jangan tak pergi langsung. Betul tak. Aunty baiti inform kat semua orang 'pit-stop' pertama kita adalah kat ayer keroh, melaka. Berkumpul di zoo melaka. Puteri sampai dulu. Terkejut gak sebab puteri singgah nilai dulu tadi. Daddy singgah bank islam. Mungkin puteri dah well trained by tokchu PLKN adventure camp. Hahaha. Bila semua dah sampai penganjur ekspedisi (auntie baiti) terus je beli tiket. Elok gak sampai awal takda la panas.





















Irfan pun selesa nak berjalan. Puteri dan geng 'sofea, damia, auni, zulaikha dan baby Hana pun enjoy explore ekspedisi kat sini. Eh, bunyi macam geng upin dan ipin lak.Hihi. ya untuk pengetahuan umum ini kali pertama irfan jejak kan kaki di tanah melaka. Kampung lubuk china pun irfan masih tak sempat nak balik untuk jenguk atuk-moyang. Bukan tak nak balik tapi tiada kesempatan. Apatah lagi sakit 'ekzema' irfan masih belum pulih sepenuhnya.

Kira-kira jam satu suku tengah hari baru puteri keluar dari zoo. Masing-masing dah lapar. Maklum la breakfast dengan kuih pau je pagi tadi. Mula-mula paklong ajak berkelah je kat tepi tasik. Tapi atuk bising-bising. Atuk cakap dah dekat pukul 2:00 petang. Dah boleh la check-in kat hotel/apartment. Ish, atuk ni tak tau ke kitaorang dah lapar sangat dah ni. Dengan berat hati kitaorang pun bergerak la. Pergi cari hotel tu kat mana. Pusing punya pusing akhirnya jumpa. Hampir sejam jugak le. Garden City nama hotel tu. Dah check-in kitaorang terus je angkut barang ke tingkat sembilan bilik nombor dua. Hmm, bagus gak apartment ni. Besar. Bilik ada tiga. Tanpa berlengah kitaorang pun bedal le bekalan makanan yang telah siap dimasak oleh nenek. ayam goreng, ikan goreng, ayam masak kurma dan yang paling penting sambal cili api ikan bilis. fuuhh, podeh. Selesai upacara mengisi perut puteri pun apalagi pergi beradu le. hihihi. Lepas solat asar baru puteri bersiap semula untuk keluar. Paklong dan maklong tak ikut serta. Paklong sakit kepala. Migraine rasanya tu. Tapi Auni ikut puteri keluar berjalan. Auntie baiti dan pakbusu kan ada boleh la tolong jaga kan. Puteri pergi meronda sekeliling bandar hilir. Melihat bangunan-bangunan peninggalan sejarah.

Jenuh jugak la puteri berjalan. Semput rasa badan. Tapi sebenarnya puteri tak puas berjalan. Rasa macam sekejap sangat. Tak banyak tempat (bersejarah) yang dapat puteri lawat. Seperti makam Hang Tuah, kota A-Famosa, muzium melaka, ... dll. Puteri juga tak dapat nak naik menara taming-sari, tak dapat nak pusing keliling dengan beca dan tak dapat 'meluncur' dengan kapal-cruise. Hari pun dah nak senja. Puteri pun dengan berat hati beredar dari situ. Masa nak naik kereta tiba-tiba enjin kereta tak boleh nak hidup. Untung ada alang. Alang duduk dalam kereta dan minta kereta tu ditolak. Daddy dengan pertolongan daripada pakteh dan pakbusu pun tolak. All praise to Allah. Enjin kereta tu hidup. Puteri terus naik dan bergerak. Tapi sebelum tu puteri singgah sekejap di carrefour. Beli barang sikit. Lagi sekali enjin kereta mati. Lagi sekali kereta kena tolak dan "jump-start". Hampir jam lapan malam baru puteri sampai kat hotel. Malam tu puteri tak keluar. Mungkin dah kepenatan. Tapi rugi pulak rasanya sebab tak dapat menikmati pemandangan bandaraya melaka waktu malam. Malam tu penganjur menghidangkan makanan steamboat. Sambil merehatkan badan puteri menonton television. Dan terus tertidur...

Ahad 23 januari 2011, sedar je dari tidur puteri dah tanya daddy, bila nak pergi swimming. puteri dah tak sabar dah ni. Kata daddy tunggu breakfast dulu. Paklong dan maklong dah keluar pergi cari nasik lemak dan roti canai. Selain roti sandwich yang disediakan oleh makteh dan nenek. Kemudian puteri pun apalagi,yahoo terus terjun ke dalam kolam mandi tu. Splash, wa bestnya. Semua orang turun mandi. Puteri and geng are conquering the area. Ada pakbusu dan daddy keadaan jadi makin kecoh. Lihat ajelah aksi diorang main polo air atau bola tampar air. Ntah, puteri pun tak tau apa nama game ni. Tapi memang kecoh betul la diorang ni. Dah puas swimming baru puteri naik hotel. Berkemas untuk check-out.

And for the third time, enjin kereta tak boleh hidup. Kena la tolak lagi. Keadaan ni menyebabkan perancang penganjur sedikit terganggu. Mulanya ingat nak pergi makan asam pedas kat bandar hilir tapi terpaksa la dibatalkan. Nak jadi cerita enjin kereta mati lagi betul-betul dilampu isyarat berdekatan dengan jusco. Kali ni nak tak nak terpaksa lagi daddy pergi carik bateri kereta. Daddy pergi dengan paklong. Lepas tu kitaorang berhenti makan. Sayagnya restoran tu baru je buat preparation untuk masak asam pedas. Tauke kedai tu cakap kebiasaannya asam pedas cuma dihidang untuk santapan malam saja. Huhu. Melepas jugak puteri nak makan asam pedas Melaka. Huuuu...