twitter
rss

Nenek Induk dah siap masak sarapan. Bihun goreng dan sambal petai. Fuhhh berselera betul. Pagi-pagi lagi dah pekena nasi. Cam ne nak kerja nanti ni. Pukul 10 pagi baru Puteri ke Mambau. Nak sambung projek terbengkalai semalam. Aduhh, air pili ni masih kecik. Tekanan rendah la ni. Hmmm dah berpuluh tahun ni le "kemajuan" yang dicanang kerajaan. Apa boleh buat, melayu mudah lupa. DD mintak Alang belikan mop lantai getah. Senang nak cuci.


Nenek ke rumak Tok Ngah Ajak, Tok Penghulu yang baru gantikan arwah Tuk Ngah. Seebelum arwah Tuk Ngah, atuk moyang Puteri yang jadi penghulu. Kisah lama, DD tak banyak cerita. Nenek ke sana untuk ambik bantuan. Sekotak barang dapur, sekampit beras dan tilam. Sumbangan duit RM 100 untuk satu famili tak dapat. Peruntukan dah habis.


Tengahari Puteri break untuk makan tengahari. Lauk sambal petai, ikan kembung masak kicap dan byk lagi la. Bertambah-tambah DD dan ibu makan. Lepas tu sambung operasi hingga jam 6 petang. Nenek dan Aunty Ain buat sandwich sardin. Penat betul. Masih ada dua bilik lagi yang belum di basuh. Nampak gaya terpaksa la nenek, Mak Long dan Aunty Baiti datang esok. Puteri terus balik ke PJ. Dan seperti biasa, keesokannya DD emergency leave. Hhehehehe....

*pic cr to Aunty Baiti.

Puteri bangun, kejut DD. Puteri buka mata. Sofea takde. Sofea tidur ngan Alang. DD suruh siap cepat sebab subuh tadi nenek call beritahu rumah kg di Seremban banjir. Siti ngan atuk pun takde. Dah bertolak ke Perak. Puteri singgah Semenyih dulu. Nenek takde rumah. Dah bertolak ke Seremban. Puteri breakfast dulu. Mee sup. Puteri tak terus ke Mambau. Tapi ke rumah Tok Puad. Ada majlis doa selamat & jamuan. Tok Puad nak pergi Mekah. Tak silap pada 17 November ini. Cuma flight pukul berapa masih belum confirm.


Dalam pukul 2 petang baru Puteri ke Mambau. Keadaan rumah agak teruk. Untungnya takde carpet atau sofa. Jika tak lagi teruk. Banyak barang kena buang. Nak basuh lantai lagi. Berlumpur lantai simen. Rasanya dua hari pun tak habis nak basuh. Petang ni tak sempat nak basuh. Air pili pun terlalu kecil. Menyukarkan lagi operasi pencucian ini. Petang ni, Puteri sekadar tolong DD mengangkat dan mengasingkan barang yang masih boleh di pakai dan tidak elok. Nanti senang nak buang.





Jam 5.15 petang baru dapat berehat. Kemudian Puteri ke rumah nenek Induk. Tumpang mandi. Lepas tu baru ke rumah Tok Puad semula. Ada minum petang. Mee rebus. Nenek Induk yang masak.
Pukul 7 malam Puteri balik ke rumah nenek Induk. Nenek Induk ajak bermalam. Memikirkan esok Puteri nak ke Mambau semula untuk basuh rumah, elok juga cadangan tu. Kebetulan Nek Lang pun tidur kat sini malam ni. Hahaha,,,mesti riuh nanti ni. Dalam pukul 8 malam, nenek Induk bawak Nek Lang ke Rantau, nak berurut. Kaki Nek Lang bengkak. Jatuh dari katil. Kesian Nek Lang. Dekat pukul 830 malam, Tuk Leman datang. Wan Nab bawak baju untuk ibu tengok. Cantik-cantik baju tu. Tapi Pueri nye takde la. Puas belek, ibu ambil satu. Dalam 10 lebih, baru nenek Induk balik. Dah ok sikit Puteri tengok Nek Lang. Dengarnya tulang pinggul beralih, tu yang bengkak kaki tu. Untung cepat bawak urut. Jam 10.30 malam, Tuk Leman & Wan Nab mintak diri. Balik ke Kg Dato Haron. Dalam 11 lebih, DD yang syik berbual dgn Nek Lang & nenek Induk bisisng lapar. Aikk dah makan nasi pun lapar lagi. DD mintak tolong masak burger. Nenk Induk suruh Aunty Shikin & Pakcik Imran masak. Wahhh, Aunty Shikin pun dah pandai masak. Nanti boleh le Puteri belajar. Emmm...memag sedap. Tengah lapar. Apatah lagi berebut dengan Nek Lang dan Aunty Mira. Ishh rasa tak cukup pulak. Kihkihkih.

*picture cr to Aunty Baiti.

Puteri bawak Cik Mai breakfast di restoran. Tak ingat pulak nama restoran tu. Tapi adik-beradik mamak jugak la. Roti canai die memang sedap. Cuma servis je kurang bagus. Tak cukup staf. Cik Mai makan roti telur. Puteri makan roti canai kosong je. Siti mulanya makan mee goreng, tapi terpaksa tukar menu roti canai sebab mee (mungkin sambal nye) dah tak elok. Macam dah basi.

Balik ke rumah Siti, DD dan ibu terus berkemas. Basuh pinggan magkuk dan sebagainye lah. Kemudian Puteri tolong pulak DD mengemas kat luar. Basuh bekas barbekue dan basuh lantai. Lepas tu, Puteri apalagi, ambil kesempatan main air / mandi le. Sofea dan Cik Mai pun joint sekali. Yahoo!!! Bestnye. Lupa pulak suruh DD bawak kolam air. Tentu lagi seronok kan. Sambil memerhatikan kitorang bermain air, DD duduk bersandar di pintu sambil bermain SUDOKU.

Ibu pula di dapur. Tolong Siti siapkan makanan tengahari. Kejap nanti Wan Cu nak datang. Tapi tengahari sikit. Wan Cu pergi cycling dulu. Wahhh...dasyat la Wan Cu nikan. Puteri ingat nanti bila Puteri dah besar, boleh le Puteri dgn Cik Mai join sekali kan. Time tu, confirm Pakcik Baqir jauh kat belakang. Kihkihkih...

Pagi-pagi lagi, DD dah ke pasar Salak Tinggi. Beli ayam 3 ekor, ikan 15 ekor, udang 1 kilo. Balik dari pasar, Puteri, Sofea & Cik Mai tolong DD basuh ayam dan siang ikan. Sementara DD siap rempah ratus untuk peram ayam, Puteri ikut atuk jemput Mak Su balik dari kerja. Cik Mai dan Sofea pun ikut, ditemani oelh ibu. Kemudian, DD dan ibu ke supermarket. Beli barang. Balik dari supermarket, ibu terus buat preparation. MakCik pun tolong blow up balloons. Lily pun dah sampai. Mak Ngah tolong masak nasi goreng. Siti masak bihun. Nenek Semenyih masak bubur pisang dan makaroni. Sementara itu, DD pun dah mula bakar arang barbekue.

Jam 1 petang, tetamu dah mula datang. Atuk mulakan majlis dengan bacaan doa selamat. Di teruskan dengan acara memotong kek dan acara yag di tunggu-tunggu....kita makan dulu. Semua tetamu mula menjamu selera. Mak Su sibuk dgn DSLR barunya. Sana sini snap gambar.













Tak sangka, banyak jugak presents yang Puteri dapat. Hampir jam 4 petang, majlis pun dah kira selesai. Tetamu pun dah pulang. Dapat le Puteri rehat sekejap. Tapi kawan Mak Su masih ramai yang datang. Ada satu group tu, siap pakai baju melayu dan baju kurung. Semangat gitu. Lepas maghrib, DD dah mula nak ber barbekue. Mulanya risau jugak tak habis. Sebab Puteri simpan untuk Wan Cu. Tapi Wan Cu tak dapat datang malam tu. Tapi, tak sangka habis jugak. Siap beratur lagi. Macam jual kat pasar malam. Lily pulak dah balik ke Kinrara petang tadi. So, tinggal Cik Mai dan Makcik aje.

Hari pun dah larut malam. Puteri, Sofea dan Cik Mai pun dah tak larat. Kepenatan. Masa utuk tidur semua.




Lega rasanya bila majlis hari lahir Puteri selesai. Terima kasih pada yang hadir memeriahkan suasana. Yang tak dapat hadir pun, terima kasih di atas kiriman hadiah. Majlis sepatutnya pada 17/10/2009 tapi di awalkan sebab Siti dan Atuk ada majlis perkahwinan yang perlu di hadiri. Majlis tahun ni sederhana aje. Jemputan pun sekadar keluarga terdekat. Tidak la terlalu membazir. Tak elok.

Lepas balik dari school, selepas ibu & DD siap berkemas, Puteri bertolak ke Nilai. Sebelum berlepas ke Nilai, Puteri singgah ambil cakes, cup cakes dan cookies yang ibu dah tempah awal-awal lagi. Actually, tak la awal pun. Tapi, atas ihsan Aunty Shaz jugak yang sudi menerima tempahan walau pun boleh di kira last minute. Tiba di Naili, ibu dan DD terus makan. Lapar. Lauknye, gulai lemak pucuk ubi. Suka lah DD tu. Wan Cu pun ada. Lebih awal sampai. Hantar Cik Mai & Makcik Taherah. Esok Wan Cu nak ke Triang, Pahang. Rombongan pertunangan cousin ibu, anak Opah Puchong. Seronok le Puteri, ada kawan nak bermain & bergaduh...hehehe...

Pagi ni, Siti masak nasi goreng untuk breakfast. Kejap lagi Puteri nak ke Semenyih. Sementara idu & DD mengemas barang, Puteri dan Sofea berbual dengan Atuk & Siti. Tiba di Semenyih, Puteri nampak kereta Pak Long. Mesti Auni dah balik dari beraya di Pahang. Lepas minum, Puteri tolong DD bersihkan kipas syiling. Puteri tolong pegang tangga je. Kemudian ikut DD tolong Pak Long ber barbekue. DD pasang payung bulat. Takde la panas sangat nanti. Puteri barbeku ayam dan kentang. DD balut kentang dgn aluminium wrapper. Tak banyak, setakat 5 6 ketul je. Saja suka-suka. Dalam tengahari tu, Nek Ngah datang bersama Uncle Faizal. Boleh makan sekali. Langkah kanan la kata orang.