twitter
rss

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan

Percaya atau tidak. Suka atau tidak. Untuk kedua kalinya, Puteri berpindah rumah. Semacam ada satu rasa ia bukan yang terakhir...hehehe. Dulu, semasa tinggal di Puchong, Puteri masih kecil. Kebetulan duduk menyewa rumah atuk (sekarang telah di jual) yang kebetulan juga berpindah ke Nilai. Masa pertama kali berpindah, ia di dorong oleh faktor keselesaan dan ketenteraman. Selesa untuk Puteri bermain. Terutama di luar rumah. Suasana pun tenteram. Tanpa ada gangguan. Di Puchong, Puteri tak di benarkan main luar rumah. Selain anjing, ada kera liar yang datang dari hutan di atas bukit. Paling tidak menyeronokkan, bila berjiran dengan orang yang tak tenteram rohaninya.

Lalu Puteri di bawa berpindah ke Seri Putra. Selesa dan aman. Kebetulan famili Wan Cu tinggal berdekatan. Dapat juga le sesekali tu Puteri bermain dengan Cik Mai. Sedar tak sedar, sudah 14 bulan Puteri menetap di Seri Putra. Banyak kenangan Puteri di sini. Antaranya, Puteri pernah di hantar untuk jagaan nursery di sini. Puteri cuma mampu bertahan untuk 2 bulan sahaja. Untuk pertama kali juga, Puteri dapat menyambut majlis hari jadi Puteri di Seri Putra.

Berat juga nak berpindah. Yelah, Puteri dah selesa tinggal di Seri Putra. Tapi, DD kesian kat ibu, kat Puteri dan adik Sofea. Ibu selalu lenguh kaki. Puteri and adik Sofea pula selalu kepenatan. Terperangkap dalam kesesakan. "Travel sickness". Semacam satu kebetulan pula, ibu terbaca iklan rumah untuk di sewa di internet. Setelah pergi jengok dan berpuas hati dengan keadaan rumah, Puteri pun berpindah masuk. Arghhh.....banyak betul barang. Untung ramai yang membantu.




Sehari sebelum berpindah, Puteri kena basuh rumah. Nasib baik Siti sudi tolong basuh. Ringan sikit kerja tu. Penat membasuh Puteri rehat sebentar. Kemudian, Puteri ke Semenyih. Nak pinjam berus cat dan perkakas yang lain. DD dah janji nak cat bilik Puteri. Puteri suka warna pink (6287 Pink Romance). Tetiba, ibu pun nak cat bilik craft ibu. Ibu pilih warna "6300 Cream".

Dari Semenyih, Puteri berpatah balik ke PJ. Tanpa tangguh, Puteri mengecat bilik Puteri. Sekali lagi, Siti turut membantu. Lepas maghrib, Puteri balik ke Nilai. Tidur. Rehat. Esok masih ada kerja yang sedia menunggu......

3 comments:

  1. ah lps ni leh lh mcik tumpang tdo kt blik put3 k...

  1. hehe...blh aje, tp tgu lah "katil" puteri sampai dulu....

  1. ambik aje katil kakcik...ada kat luar umah tak payah beli2