twitter
rss

Pagi lagi dah kena bagun. Puteri bergegas ke Seri Putra. Tiba di sana, Puteri, ibu and adik Sofea turun dulu. DD pergi Semenyih. Jemput Pak Busu untuk tolong kemas barang. Nenek bekalkan mee sup untuk sarapan. Dalam 9.30 pagi, Alang sampai dengan lori 3 tan. Tanpa berlengah, barang-barang pun di punggah masuk ke dalam lori. Berkotak-kotak. Banyak betul barang. Naik lenguh tangan dan pinggang. Nampak gaya kena buat 2 trip ni.

Makan tengahari pun nenek yang sponsor. Kari ayam tu. Tapi, nenek tersalah info. Ingat Puteri ada di PJ. Akibatnya lewatlah Puteri makan tengahari. Apa pun, sekurang-kurangnya, nenek, atuk, Aunty Ain/Damia, Aunty Baiti dah tau rumah baru Puteri. Senang la nati bila diorang nak datang. Betul tak?

Hari dah pun petang. Trip ke-2 angkut barang kena mula gerak. Khuatir hari yang kian gelap. Hujan dah mula turun. Atuk dah balik Semenyih dengan Aunty Ain dan Damia. Nenek, Aunty Baiti dan Pak Busu ikut Puteri ke PJ. Di sebabkan hujan, lori kena masuk ke dalam sikit. Selesai punggah barang, Alang minta diri. DD bayar duit lori kat Alang. Dapat la diskaun sikit. Diskaun adik-beradik, kata ibu. Entah macam mana, semasa nak keluar, lori yang berat muatan 3 tan tu terlanggar pintu pagar sebelah kanan. Patah dan bengkok besi pagar. Alhamdulillah, tak teruk. Cuma perlu welding aje.

Lepas solat maghrib, Puteri ke Semenyih untuk tidur dan berehat. Dah penat sangat dah ni. Tak sabar nak baring. Biar hilang lenguh pinnggang dan penat di badan.

Makan sudah tidur pun sudah
Buah keranji dalam perahu
Salam sudah pindah pun sudah
Sayang Puteri tinggalkan Wan Cu

3 comments:

  1. rindu lh kt put3...

    slalu mcik jeguk umh put3 tpi skrg x de dh tau..

    nk jeguk umh spe lk ek...em...

  1. klun dak dok pj tu lg dekat la dgn umah wan cik...bole le dtg....rindu dgn cucu2 wan....

  1. psst..pindah maner nih??