twitter
rss

28mac2009 sabtu, seperti yg telah dirancang seminggu sudah, hari ni puteri akan ke Ampang. Ke kompleks Ampang Point. Bukan utk membeli belah (I don’t think it will not happen?). Office daddy ada buat friendly game (bowling) dengan pihak DBP. Saje suka-suka. Buang masa dan buang duit. Perggh! Tajam sindiran tu. Elok rasanya puteri tak panjangkan sindiran. Risau nanti ada yang terasa lak. Termasuk ler puteri sendiri, kihkihkih. Ikut jadual permainan akan bermula jam 10.00 pagi. Tapi itu waktu ‘orang-putih’. Jika ikut jam melayu rasanyer pasti melewati masa tersebut. Seawal jam 9.00 puteri dah keluar. Dalam setengah jam puteri sampai. Puteri sarapan di restoran Pelita. Restoran mamak. Itupun dah cuba cari gerai melayu tapi tak jumpa. Hmm, silap restoran le. Tak sedap. Nampak je gah. Tapi pelik, orang ramai gak minum di sini. Bahkan puteri ternampak Aunty Dina (wardina & husband) pun breakfast kat sini. Ah! Dah dekat pukul 10.00 ni. Cepat-cepat puteri jalan (sebenarnya naik stroller) nak masuk shopping mall. Aik! Tutup lagi pintu camne nak masuk. Daddy call opis-mate tanya kot-kot ada other entrance. Kena ikut pintu belakang. Naik tangga kemudian naik lift. Dah ramai orang pun atas ni. Kawan daddy (termasuk le pihak lawan) dah ramai yang sampai. Sorang dua je yang belum. Kawan daddy ramai yang datang sorang. Tak bawak family. Tak tau le kenapa. Untung sofea ada. Takda le puteri main sorang je nanti. Setiap pasukan dibahagikan mengikut kumpulan :-

a) K.Lelaki

b) K.Wanita

c) K.Campuran

d) K.Pengurusan

Daddy mewakili kumpulan lelaki. Ringkas cerita pasukan Dawama telah memenangi perlawanan ini. Yang paling penting team daddy (k.lelaki) pun menang. Tu yang paling best. Tu semua sebab sokongan puteri dan sofea ler tu. Tapi kata daddy jika “konsentrasi” daddy tidak diganggu maybe daddy boleh score (insyallah) atas 150 (jatuhan pin). Erghh! Ini mungkin bak kata orang ‘sokong membawa rebah’. Hihihi… puteri dan sofea kacau sikit-sikit je. Apa-apa pun team daddy dah menang, yahoo!

Selepas acara penyampaian hadiah/cenderahati dan sesi fotografi, puteri ke restoran nasi ayam MMCR untuk makan tengahari. Rugi lak jika tak ikut serta. Yelah makan free. Ada orang taja. Sapa tak nak kan. Betul!betul!betul! Nasi ayam linda Onn ni takde la best mane. Tapi sebab dah lapar banyak gak le yang puteri telan. Menu terdiri dari ayam goreng madu (jika tak takda le namanyer nasi ayam, ye tak?), sup, sayur kailan ikan masin (first time jumpa makan nasi ayam dengan sayur kailan), kerabu mangga dan pudding aiskrim sebagai pencuci mulut. Selesai makan puteri kembali ke shopping mall ampang point semula. Hmm, seperti yang dijangka it was not just a window shopping. Kebetulan ada ‘sales’ di ground floor. Pakaian dan barangan kanak-kanak. Ibu beli sedikit barang termasuk pillow untuk puteri dan sofea. After that we just go home. Penat sangat dah. Jika ikut rancangan awal ibu nak ke ampang park shopping mall. Ibu nak cari barang cross stitch ibu. Tapi takde rezki. Daddy kesian tengok puteri dan sofea yang dah kepenatan tu. Dah masa untuk puteri dan sofea tidur. So esoknya awal pagi puteri dah keluar untuk ke ampang park. Puteri sarapan di medan selera dekat kawasan PULAPOL. Kemudian baru ke shopping mall. Awal sangat sampai shop pun belum bukak lagi. Kata daddy keluar awal bukan apa senang nak cari parking nanti. Dah 2 jam tunggu shop tu masih tak bukak lagi. Ibu pergi jenguk. Ya Allah, rupanya hari ahad kedai ni tutup. Penat je tunggu. Disebabkan itu and to satisfy ibu need minggu depannya, sabtu 04-april-09, puteri lagi sekali ke amparng park. Puteri sarapan di McD je kali ni. Lepas tu naik tingkat atas. Tunggu punya tunggu, kedai tu tak bukak jugak. Geram betul. Hingga la jam 12.00 tgh baru tuan kedai sampai. Itupun puteri dah hampir nak angkat kaki tadi. Akhirnya tercapai gak hajat ibu nak shopping cross stitch kat sini.

2 comments:

  1. Lama tak blog sibuk le tu...

  1. ye lah wan cu, ibu asyik sibuk dgn hobinye, crafting lah, stitching lah, sampai tak sempat nk update certita puteri....