twitter
rss

Awal tahun 2009 hari tu, DD and ibu plan nak pergi Langkawi dalam bulan Jun (masa ni Puteri school break). Tapi disebabkan Alang nak tunang dalam bulan Jun juga, so terpaksa lah tunda. Masa tu belum tentu tarikh sebenar Alang bertunang. So, risau nanti bertembung dgn hari bertunang, terpaksa la plan ke Langkawi tu ditunda. DD and ibu takde plan B...hinggalah seminggu sebelum cuti sekolah (1 - 6 Jun), barulah dapat ilham. Itu pun setelah Puteri "bising" bertanya bila nak pergi hotel. Puteri nak swimming. Mulanya ada 2 3 alternatif tapi booking lewat, so tinggal Swiss Court kat Lumut/Manjung aje lah yang ada. Hmm...tak kisah lah. Yang penting, tempat tu ada pool. Oleh kerana dalam plan tu nak singgah rumah Wan Cik, maka Puteri ajak la Siti sekali. Jika boleh, Puteri nak ajak semua orang, tapi takut nanti diorang boring. Ye la, trip ni motifnye cuma nak bawa Puteri swimming je. More like to children trip concept. Relax & easy.

Sebelum bertolak, Puteri ajak Atuk breakfast kat restoran As-Salam. Berdekatan kolej Inti. Dah pekena roti canai mamak, baru lah xpdc Puteri bermula...dgn Bismillah.

Perjalanan lancar. Cuma banyak pitstop. Puteri asyik nak ke toilet aje. Leih kurang jam 2 petang, Puteri tiba di Manjung. Puteri terus cari restoran/kedai makan. Puteri tak makan di situ.Puteri bungkus. Lebih selesa makan di apartment nanti. Dah check-in dan ambil kunci, Puteri cepat-cepat angkut semua barang ke bilik hotel. Puteri dah lapar ni. Apalagi makan la. Banyak Puteri makan. 3 kali tambah nasi.

Petang tu, bangun je tidur, Puteri tengok DD sedang mengepam sesuatu. Rupanya, DD pam swimming jacket utk Puteri dan pelampung untuk adik Sofea. Wahh...makin seronok le Puteri main air nanti. Yahoo....terjun!! splash!!!

Siti pun ikut ke kolam. Tapi, Siti tak mandi. Err....Siti takut air kot..kihkih...Siti cuma tengok Puteri dan adik Sofea mandi je. Kata orang, tolong tengok-tengokkan.




Dah penat mandi manda, DD ajak Puteri naik. Lagi pun, DD risau tengok adik Sofea. Lagaknye macam orang dewasa je. Macam dah pandai swimming. Adik Sofea tak nak ibu pegang. Nak swimming sendiri. Ishhh...Sofea...Sofea..tenggelam nanti. Ha..kan susah.

Malam tu, Puteri tak ke mana. Cuma dudukmain dalam bilik hotel je dengan adik Sofea. Sementara DD dan ibu siapkan dinner kitorang.

Lepas makan, Puteri berbual kosong dan bergosip dgn Siti. Hinggalah terlelap.

2 comments:

  1. wah..ibu ade swimming suit..bestnyeeee....

    amboi sofea..nk berenang sendiri eh..tgu la dh besar sket..hehe

    eh eh..ade org tu dh pndai bergosip..hehehe

  1. hehe...tu ibu br rasmikan swimming suit nye....

    tu lah...sofea nak mandi sndiri je, tak nak ibu pegang pn..mcm pndai swimming je lagaknye