twitter
rss

Malam jumaat Puteri balik Semenyih. Esok ada kenduri aqiqah Zulaikha. Tak elok pulak jika balik lambat. Sampai di rumah nenek, Puteri tengok Zulaikha tak ada. Tidur di Bangi dengarnya. Damia pun dah sampai petang tadi.

Esoknya, Puteri bangun awal. Puteri tengok semua orang dah sibuk tolong menolong. Tapi, mana ye tuan empunya kenduri ni. Tak sampai-sampai pun. Emmm......:(


Boleh tahan jugak orang yang hadir. Lebih kurang 30 - 50 orang. Nek Itam, Nek Busu - belah atuk. Sebelah nenek pula, ada Tok Amid, Tok Hisham, Tok Leman dan Nenek Induk.

Selepas baca Yassin dan doa selamat, hadirin bangun berselawat sambil Zulaikha di dukung mengelilingi tetamu. Tiada potong jambul. Bukan sunnah Nabi.

Petang tu, Damia balik Seremban. Dan, Zulaikha pun balik jugak. Hmmm, bukan ke ni kenduri dia??? Memandangkan takde sesiapa yang ada untuk tolong nenek & atuk selain Mak Long, Puteri bermalam lagi di Semenyih. Dapatlah tolong ringankan sikit kerja atuk dan nenek tu.



0 comments: