twitter
rss

Puteri yang teruja (sebab dapat berjalan) atau daddy yang kelihatan begitu beria-ia sekali untuk ke Jerendak Pahang. Semalam dekat pukul 7:00 malam puteri tiba di Semenyih. Atuk dan nenek dah bersiap untuk ke surau. Eh! Autie takda. Auntie pergi Teluk Intan, Perak. Ada majlis perkahwinan kawan baik auntie. Khabarnya seorang doktor. Auntie pergi dengan kawan auntie. Seorang guru. Ish! Auntie ni kan kita nak ke Pahang esok. Auntie lupa ke. Ibu call auntie. Pagi esok auntie balik. Aduh entak pukul berapa la tu kan.

Jumaat 04-januari-2011, 10:15 pagi baru auntie sampai. Entah pukul berapa la auntie bertolak dari Perak pagi tadi ni kan. Takpa. Yang penting auntie dah sampai dan puteri journey can start now. Dua kereta je yang pergi sebab ramai yang tak dapat ikut serta. Pakbusu dengan aktiviti persilatannya. Paklang dengan uncle syaril kerja. Makteh ada majlis kahwin kawan. Macam-macam hal. Apapun ia tidak mematahkan semangat puteri. Jalan tetap jalan.

Setelah 2 jam lebih perjalanan, (Tempoh masa tu bergantung pada corak pemanduan masing-masing.) puteri berhenti di RnR (rawat dan rehat) Lanchang. Puteri dan sofea ambil kesempatan ini untuk ke bilik air dan membeli apa yang patut. Atuk memaklum kepada daddy, semasa memandu tadi kereta ada ada mengeluarkan asap. Atuk bukak bonet kereta. Kelihatan enjin kereta dalam keadaan baik. Radiator pun tak bocor. Rasanya masih boleh dipandu. Daddy pesan kat atuk supaya pandu perlahan. Tak perlu laju. Bukan jauh dah tempat dituju tu. Sebelum bergerak auntie pesan kat daddy, paklong akan tunggu di depan tol temerloh. Ha elok la tu. Tak payah susah-susah daddy nak carik tempat makan kat pekan Temerloh tu.

Seperti yang dijanjikan paklong dah pun ada di depan tol temerloh. Puteri pun ikut je lah kereta paklong. Tiba di pekan paklong terus bawak ke tempat makan. Gerai tu terletak di tepi sungai Pahang yang lebar dan panjang tu. Patut la daddy teruja sangat. Daddy nak makan ikan patin rupanya. Kata orang tak sah kalau pergi temerloh tak makan ikan patin. Kebanyakan gerai kat sini memang menghidangkan menu berasaskan ikan patin. Paling popular resipi masakan ikan patin masak tempoyak. Paklong bawa puteri makan di gerai pak yusop. Tak silap puteri tukang masak ni generasi kedua. Dengar kata masakan pak usop lagi sedap. Tengok je ada meja kosong puteri terus je duduk. Booking table. Tapi nak jadi cerita abang waiter tu inform ikan patin masak tempoyak dah abis. Kalau nak kena tunggu dalam sejam. Huh puteri dah lapar ni. Mana sanggup nak tunggu. Jadi terpaksa la puteri makan dulu. Termasuk la nenek dengan atuk. Daddy, paklong dan auntie je yang sanggup tunggu. Itupun daddy dah gatah ikan patin goreng. Eh, mana aci camtu kan. Tepat je sejam maklong dah standby kat tepi periuk tu. Tengok gaya macam maklong je yang nak masak. Hihihi. Oleh kerana ramai yang makan dulu. Daddy order dua mangkuk je dulu. Apalagi abis ikan patin tu kena bedal dengan auntie, paklong dan daddy. Kesian ibu tak dapat merasa sebab lepas makan awal tadi ibu terus ke kereta bagi irfan susu. Insyallah akan datang ada lagi rezeki. Tak terlintas lak puteri nak bungkuskan untuk ibu. Maaf la ibu ya.
Betul la kata orang kenyang perut senang hati. Puteri terus bergerak ke Jerendak bersama atuk. Paklong kena ke pekan. Nak beli sedikit barang katanya. Maklong dah sediakan bilik untuk puteri bermalam. Tapi puteri tidur diruang tamu je. Rasa lebih selesa. Dan berangin sedikit. Daddy dah terbaring tidur. Sakit kepala katanya. Petang puteri dihidangkan meehoon goreng dan air teh tarik. Makan malam pula ikan keli masak cili api adalah menu utamanya.

1 comments:

  1. memang sangat kesian dgn ibu...dah lah tak dpt mkn ikan patin tempoyak tu, abc yg sedap tu pun tak dapat nak di nikmati sepuasnye...makan pun rushing...kesian sangat kan!!!!