Dah sarapan, ibu terus capai bobbin ibu. Ehmmm.....bilalah nak siap bobbin mem"bobbin" ibu. Puteri tengok, banyak lagi floss yang belum bobbin. Ibu hanya buat bobbin ni bila ada masa terluang je especially jika balik rumah Siti or rumah nenek. DD pula surf internet. Takde kerja lain lah tu, mesti ada kena mengena dengan bola. Puteri and adik Sofea pula sibuk main. Berkejaran ke sana ke mari. Alang pulak pergi kerja. Drive kereta baru. Ehmm...cantik jugak. Bilalah Alang nak bawak Puteri jalan-jalan dengan kereta baru tu kan.
Sementara menunggu "tukang kayu" datang, Atuk pergi jenguk ke rumah kenduri kahwin jiran tetangga. Dua blok bersebelahan dari rumah Siti je. Tengahari baru carpenter tu sampai. Puteri pun dah penat bermain. Adik Sofea pun baru je tidur. Terpaksalah tunggu adik Sofea bangun baru boleh keluar "walk-walk". Sementara tu, ibu ke dapur. Tanak nasi. Lauk dah ada. Daging masak kicap dan sambal petai. Favourite DD tu.
Jam 2 petang, barulah Puteri bertolak dari rumah Siti. Tiba di Alamanda, parking dah banyak yang penuh. Terpaksa parking bahagian atas. Aduhh!!! Takde lift pulak. Macam mana nak bawa stroller turun. Nak tak nak, terpaksalah DD angkat stroller tu satu persatu turun guna escalator yang ada penghadang di tengahnya. Leceh betul kan. Puteri singgah kedai buku dulu. Biasalah, ibu nak cari buku craft nya. Kemudian, baru masuk Carrefour. DD nak beli beg baru untuk Puteri. Hmm...ada apa-apa ke DD ni. Lepas tu, Puteri naik ke bahagian atas. Nak cari kuali memasak. Kuali kat rumah tu dah berkarat. Cari punya cari, belek punya belek, at last DD pilih kuali yang "canggih" lah...hehehe.....
Keluar dari Carrefour, ibu ajak singgah kedai kasut. Kesian, kasut ibu dah rosak. Lama jugak ibu belek punya belek sampai DD dah nak terbaring kat kedai kasut tu. Puteri and adik Sofea pun sibuk nak "try" kasut kat situ. Jam 5.30 petang, baru Puteri pulang. Sampai di Sri Putra, Puteri tengok kereta Wan Cu dah takde. Wan Cu pergi Melaka. Bershopping. Wan Cu ajak makan ikan bakar kat Umbai malam ni. Wan Cu ajak semua, Angah, Alang, Mak Su, Siti and Atuk. Tapi, Puteri tak dapat pergi. Ehmm....melepas ikan bakar....huhuhu....
Banyak juga barang Pak Busu ni. Penuh kereta DD. Macam nak pindah rumah. Ingat ni lori ke. Dah tu, Puteri meneruskan "niat" sebenar Puteri. Perut pun dah lapar ni. Rasanya dah tak jauh ni. Berpandukan map tadi, akhirnya sampai jugak Puteri kat rumah pengantin. Design rumah kat sini boleh tahan jugak cantiknye, unik, cuma laluan keluar/masuk agak sempit menyukarkan kenderaan keluar masuk.
Kedatangan Puteri di sambut oleh Siti. Siti and Atuk sampai semalam. Alang and Mak Su pun ikut sekali. Mak Su ambil cuti 4 hari. Fuhhh...lamanya Mak Su cuti macam Mak Su lak yang nak kahwin. Angah tak dapat ikut serta. Mak Ngah ada kerja. Kesian Lily Amani tak dapat berjalan makan angin. Tak pe, next time aje lah ye, Lily.....Masa Puteri sampai, pengantin baru je habis sanding. Pengantin sedang di bawa ke meja hidangan "Santapan Raja Sehari". Ehmm...baru Puteri perasan, ada 2 pasangan pengantin. Kahwin serentak. Memang dah jadi satu trend sekarang ni. orang buat walimatulurus beramai-ramai. Jimat kos dan masa. Bak kata DD, yang penting masa depan pengantin, bukan majlis sandingnya, buat ikut kemampuan bukan ikut kemahuan. Ehhh....entahlah, Puteri pun bukan faham sangat gurindam sinis DD tu. Apa-apa aje lah DD.....Setelah beri salam dan menyapa tuan punya majlis, Puteri terus ke meja hidangan. Lapar!!Lapar!!
Keadaan cuaca yang agak panas dan takde tempat yang sesuai untuk melepak/beristirehat memaksa Puteri minta diri lebih awal. Tempat tuju Puteri seterusnya, rumah Wan Cik. Tapi, sebelum tu ibu minta DD singgah di Tapah dulu. Nak ambik baju yang dah siap kat Tailor Aunty Nancy. Tak tahu pula Puteri, ibu ada tempahan lagi. Tapi, tak boleh lawan Wan Cu. Agak-agak Puteri, Aunty Nancy tu tak nak jahit tempahan baju orang lain. Mana taknya, Wan Cu nyer tempahan pun dah berbakul-bakul. Tu belum ambil kira Wan Cik dan Siti nya tempahan. Errr.....entah-entah, Aunty Nancy tu adik Wan 3 beradik ni yang hilang "Zaman Jepun" dulu tak. Kuangkuangkuang....Puteri gurau aje....jangan marah ye....
Tiba di rumah Wan Cik, Puteri tengok kereta Proton biru tiada di car porch. Rasanya Pak Long yang bawa pergi kerja kot. Tok Cik pun ada. Owh...cuti rupanya. Wan Cik baru balik dari "Seminar sambil bershopping" kat Kelantan. Wan Cik goreng keropok lekor untuk minum petang. Sedap. Banyak Puteri makan. Ibu pun boleh tahan sampai Wan Cik kena goreng lagi la. Adik Sofea pun makan sambil berkejar-kejar dgn Puteri. Ehmm....seleraklah rumah Wan Cik ni.
Petang, Puteri ikut Wan Cik keluar pergi kedai. Wan Cik nak ambil ubat. Balik dari kedai, Puteri ikut Wan Cik bersih belakang rumah. Puteri nampak ada 2 ekor anak itik. Cute macam Donald Duck. Anak itik tu kawan Tok Cik yang bagi. Wan Cik cakap, itik ni leceh sikit nak jaga.
Lepas maghrib, Wan Cik keluar pergi rumah kawan Wan Cik kat Tapah Road. Ada kenduri kahwin. Majlis sebenarnya esok hari, tapi di sebabkan esok Tok Cik tak dapat pergi, so kenalah pergi malam ni. Puteri and adik Sofea awal-awal lagi dah terlelap. Penat pusing rumah Wan Cik ni.
DD, ibu and Pak Busu pula dah lama standby kat depan tv. Tak sabar nak tengok opening ceremony Asean University Game. Yelah, Aunty Baiti kan ada buat persembahan. Berbulan-bulan Aunty practice. Opening ceremony tu di adakan di Stadium Bukit Jalil. Puteri hanya dapt tengok di tv yang kebetulan ada live telecast. Ehhmmm....cam mana lah Aunty nye perfomance tu nanti yek....
Keesokan harinya, selepas bersarapan, Puteri pun pulang. Puteri tak dapat tunggu Atuk and Siti datang sebab Puteri nak hantar Pak Busu balik Semenyih. Nanti lambat, Pak Busu nangis lak...kihkihkih.......
DD take two days leave as Puteri and adik Sofea school were having a week break due to Eid Al-Adha celebration. DD will take care both of us as ibu working (ibu tak dapat cuti sebab cuti ibu dah habis....kesiannya). And for two days, ibu will have a break from driving as DD will drive ibu to office. What are the activities during these two days...ehmmm...lets see:
Tuesday
Breakfast at Restaurant Syed. Menu - roti telur and roti bakar
Lunch - DD cook "Ayam Masak Kicap"
Evening fetch ibu at her office. Stop at Restaurant Syed again, (but different location) for coffee break. DD order Mee Goreng, ibu having her chicken soup while Puteri and adik Sofea, roti capati. Then, stop at Shell before Sg Besi toll to say our solat Maghrib. Stop again at Pasar Malam BSP, as usual DD bought us ice blended Mocha and Latte.
Wednesday
Breakfast at Restaurant Seri Putra for nasi lemak and roti canai.
Lunch - DD cook "Prawn secret recipe" and fried potatoes with ikan bilis
Evening - fetch ibu then straight away go home.
Dalam tengahari, Tok Amid and family datang beraya dari Shah Alam. Lepas ni, baru mereka turun ke Seremban (Kg Batu 3 Mambau & LBJ). Jam 2.30 petang (lepas Tok Amid balik), barulah Puteri bertolak ke Nilai, rumah Siti. Siti masak soto. DD suka makan sebab ada sambal cili hati ayam. Siti ajak pergi beraya ke rumah Onyang Cik kat Cheras. Puteri tak dapat ikut. DD penat nak rehat. Puteri pun tak lama kat rumah Siti. Yelah, Siti pun takde kat rumah. Tak elok lah kan. 5.20 petang, Puteri bergerak pulang. Tapi, sebelum tu, Puteri sempat singgah di KFC Giant Nilai. Ibu beli hot rod and burger untuk Puteri.
Lepas bersarapan, Puteri tolong nenek di dapur. Esokkan nak raya. Nenek nak masak rendang ayam, lontong dan kuah kacang. Puteri tolong tumbuk kacang. Alang pula ke pekan Semenyih beli ayam, udang, sotong dan sosej untuk buat barbeku malam nanti. Ehmm....patut lah DD bawak "dapur" barbeku tadi.
Tengahari, DD main PS2 dengan Alang dan Pak Busu. Pak Teh pun turut serta. Lebih kurang pukul 3 ptg, ibu ajak DD pergi supermarket. Aunty Ain dan Damia pun ikut sekali. Puteri pergi supermarket Giant Semenyih. Berhampiran dengan kawasan penjara Kajang.
Lebih kurang pukul 5.30 petang, Puteri ikut DD jemput Aunty Baiti kat Uitm Shah Alam dengan Pak Busu. Ibu and adik Sofea tak ikut, tinggal kat rumah nenek. Jam 8.15 malam, bar Puteri sampai rumah nenek. Puteri tengok Alang dah mula bakar membakar. DD terus tolong masak barbeku. Habis berasap rumah nenek. Kesian kat jiran sebelah, bau asap je kan....hihihi.....
Breakfast
DD bungkus nasi lemak and roti canai, bawa ke rumah Siti.
Lunch
Di rumah Siti, menu - ayam gulai lemak cili api with sayur taugeh and tauhu
Petang
3 petang lebih keluar ke Pasaraya besar (Giant)
Ibu singgah KFC, beli Chicky meal nugget untuk Puteri
Singgah pasar malam sebelum pulang ke rumah
Malam
Tidur zzzzzzz sebab Puteri penat sangat, the whole day Puteri tak tidur.