twitter
rss

Awal-awal lagi, Puteri dah bangun. Ibu cakap, hari ni Puteri nak pergi holiday kat Lumut. Hmm...best tu. Puteri pun tak pernah ke sana. Setelah semuanya siap, lebih kurang pukul 8.20 pagi, Puteri bertolak dari Seri Putra. Perjalanannya lancar, DD pun drive "bersahaja" aje. Yelah, DD kata kita nak pergi bercuti, so tak perlu lah nak rushing. DD kemudian berhenti di R&R Jejantas Sg Buloh untuk breakfast. Ehmm....ramai pula orang...agaknya mereka pun ambil kesempatan untuk bercuti sempena cuti panjang ni. DD dan ibu kemudian decided to have nasi lemak and mihun sup with nescafe (for DD of course) and milo ais for ibu. Puteri and adik Sofea pun makan nasi lemak. Sesudah breakfast, kami meneruskan perjalanan. Next pi stop, di hentian Ladang Bikam. Tau-tau ajelah, Puteri kena pergi toilet.

DD exit at Tol Bidor, kemudian melalui jalan menghala ke Teluk Intan untuk ke Manjung/Lumut. Lebih kurang sejam perjalanan (jika tak silap Puteri), kami sampai di pekan Manjung. DD round-round dulu kat pekan Manjung. Maklumlah, dulu kan DD study kat ITM cawangan Manjung ni. Dah lebih 10 tahun lamanya (1998 - 2008). Semuanya dah berubah. Dulu, ITM hanya di bangunan rumah kedai, di mana di bahagian atasnya adalah tempat penginapan, manakala kat bawah pula bilik kuliah. Kata DD, Y.M Raja Omar adalah dekan D.I.A masa tu.

DD kemudian meneruskan perjalanan ke Lumut. Nampaknya, Lumut pun dah pesat membangun. Tak seperti dulu. Puteri kemudian berhenti sekejap di tepi pantai, saja je nak ambil angin tepi pantai sebelum ke restoran berdekatan untuk lunch. Boleh tahan jugak makanan kat restoran ni. Puteri kemudian terus check-in di Blue Bay Resort. Uhhh....penat sungguh Puteri. Adik Sofea pun sama. Tapi, itu belum membuatkan Puteri and adik Sofea untuk tidur lagi. Sampai aje di bilik, Puteri terus berlari sana-sini dengan adik Sofea. Dah penat berkejaran, Puteri and adik Sofea "berenang" pula kat dalam bath tub. Kata DD, pool nye tak cantik, tak sesuai untuk Puteri mandi pool.

Petang, barulah Puteri keluar berjalan-jalan kat tepi pantai. DD bawa Puteri and adik Sofea ke playground berdekatan. Seronoknya Puteri dapat main slide and swing. Adik Sofea yang pada mulanya duduk kat dalam stroller pun kemudian ikut sama bermain. Sudah puas bermain, Puteri terus lagi evening walk. Kebetulan ada Fiesta Lumut kat sini. Tapi, bagi Puteri, tak ada apa pun yang menarik sangat kat Fiesta ni, cuma ramai peniaga menjual barang-barang like baju, souvenier dan macam-macam lagi lah. Dah penat evening walk, we had Nasi Beriyani Ayam Madu for our dinner.

Dalam perjalanan balikke hotel, hujan turun dengan selebat-lebatnya. DD decided not to wait, so, apalagi, Puteri with DD while ibu and adik Sofea bersama meredah hujan. Mulanya, ibu a bit worried, yelah, takut-takut Puteri and adik Sofea demam pula nanti. Sampai aje di bilik hotel. Puteri and adik Sofea terus mandi and kemudian terus tidur.....dah penat sangat.....











0 comments: