twitter
rss

Hari ni, Puteri nak ke Perak. Atenyer ade kenduri kahwin sepupu ibu, Kak Long and Kak Lea. Kira-kira setengah jam perjalanan, Puteri berhenti di hentian R&R Sg Buloh. Puteri sarapan nasi lemak dgn telu rebus yang DD beli di restoran Seri Putra pagi tadi. Lama juga Puteri bersarapan. Yelah, suap sekali mulut ber"story". Untung DD and ibu sabar layan kerenah Puteri. Hampir 40 minit baru perjalanan bersambung semula. Tengah perjalanan, Puteri rasa sakit perut pula. DD terpaksa berhenti di hentian R&R sebelum berhenti semula di R&R Tapah untuk isi petrol.

Masuk tol Simpang Pulai, Puteri terus tengok map dari kad kahwin yang ibu dapat. Oh ya!! Puteri kena jemput Pak Busu dulu di Politeknik Ungku Omar. Pak Busu baru habis exam. Kebetulan Puteri berjalan-jalan cari makan "kenduri" kat sini. Puteri jemputlah Pak Busu. Dapat jugak Puteri jejak kaki ke tempat Pak Busu belajar. Hari tu, tempat Aunty Baiti belajar. Hmmm...ambil berkat. Doa-doalah Puteri juga dapat ke menara gading, insyaallah.

Banyak juga barang Pak Busu ni. Penuh kereta DD. Macam nak pindah rumah. Ingat ni lori ke. Dah tu, Puteri meneruskan "niat" sebenar Puteri. Perut pun dah lapar ni. Rasanya dah tak jauh ni. Berpandukan map tadi, akhirnya sampai jugak Puteri kat rumah pengantin. Design rumah kat sini boleh tahan jugak cantiknye, unik, cuma laluan keluar/masuk agak sempit menyukarkan kenderaan keluar masuk.

Kedatangan Puteri di sambut oleh Siti. Siti and Atuk sampai semalam. Alang and Mak Su pun ikut sekali. Mak Su ambil cuti 4 hari. Fuhhh...lamanya Mak Su cuti macam Mak Su lak yang nak kahwin. Angah tak dapat ikut serta. Mak Ngah ada kerja. Kesian Lily Amani tak dapat berjalan makan angin. Tak pe, next time aje lah ye, Lily.....Masa Puteri sampai, pengantin baru je habis sanding. Pengantin sedang di bawa ke meja hidangan "Santapan Raja Sehari". Ehmm...baru Puteri perasan, ada 2 pasangan pengantin. Kahwin serentak. Memang dah jadi satu trend sekarang ni. orang buat walimatulurus beramai-ramai. Jimat kos dan masa. Bak kata DD, yang penting masa depan pengantin, bukan majlis sandingnya, buat ikut kemampuan bukan ikut kemahuan. Ehhh....entahlah, Puteri pun bukan faham sangat gurindam sinis DD tu. Apa-apa aje lah DD.....Setelah beri salam dan menyapa tuan punya majlis, Puteri terus ke meja hidangan. Lapar!!Lapar!!

Keadaan cuaca yang agak panas dan takde tempat yang sesuai untuk melepak/beristirehat memaksa Puteri minta diri lebih awal. Tempat tuju Puteri seterusnya, rumah Wan Cik. Tapi, sebelum tu ibu minta DD singgah di Tapah dulu. Nak ambik baju yang dah siap kat Tailor Aunty Nancy. Tak tahu pula Puteri, ibu ada tempahan lagi. Tapi, tak boleh lawan Wan Cu. Agak-agak Puteri, Aunty Nancy tu tak nak jahit tempahan baju orang lain. Mana taknya, Wan Cu nyer tempahan pun dah berbakul-bakul. Tu belum ambil kira Wan Cik dan Siti nya tempahan. Errr.....entah-entah, Aunty Nancy tu adik Wan 3 beradik ni yang hilang "Zaman Jepun" dulu tak. Kuangkuangkuang....Puteri gurau aje....jangan marah ye....

Tiba di rumah Wan Cik, Puteri tengok kereta Proton biru tiada di car porch. Rasanya Pak Long yang bawa pergi kerja kot. Tok Cik pun ada. Owh...cuti rupanya. Wan Cik baru balik dari "Seminar sambil bershopping" kat Kelantan. Wan Cik goreng keropok lekor untuk minum petang. Sedap. Banyak Puteri makan. Ibu pun boleh tahan sampai Wan Cik kena goreng lagi la. Adik Sofea pun makan sambil berkejar-kejar dgn Puteri. Ehmm....seleraklah rumah Wan Cik ni.

Petang, Puteri ikut Wan Cik keluar pergi kedai. Wan Cik nak ambil ubat. Balik dari kedai, Puteri ikut Wan Cik bersih belakang rumah. Puteri nampak ada 2 ekor anak itik. Cute macam Donald Duck. Anak itik tu kawan Tok Cik yang bagi. Wan Cik cakap, itik ni leceh sikit nak jaga.

Lepas maghrib, Wan Cik keluar pergi rumah kawan Wan Cik kat Tapah Road. Ada kenduri kahwin. Majlis sebenarnya esok hari, tapi di sebabkan esok Tok Cik tak dapat pergi, so kenalah pergi malam ni. Puteri and adik Sofea awal-awal lagi dah terlelap. Penat pusing rumah Wan Cik ni.

DD, ibu and Pak Busu pula dah lama standby kat depan tv. Tak sabar nak tengok opening ceremony Asean University Game. Yelah, Aunty Baiti kan ada buat persembahan. Berbulan-bulan Aunty practice. Opening ceremony tu di adakan di Stadium Bukit Jalil. Puteri hanya dapt tengok di tv yang kebetulan ada live telecast. Ehhmmm....cam mana lah Aunty nye perfomance tu nanti yek....

Keesokan harinya, selepas bersarapan, Puteri pun pulang. Puteri tak dapat tunggu Atuk and Siti datang sebab Puteri nak hantar Pak Busu balik Semenyih. Nanti lambat, Pak Busu nangis lak...kihkihkih.......







0 comments: