Puteri tidak ke pasar pagi ni. Tak perlu lah nak bangun awal. Dapat gak Puteri tidur lama sikit. Hmmm...mana Puteri nak breakfast hari ni. Rasa nak tukar selera pulak lah. Yelah, Tok Cu kan "bising", Puteri asyik "bagi" duit kat "Syed" je. Patut lah Syed tu kaya, kata Tok Cu. Pusing punya pusing, jumpa gak restoran melayu. Restoran "Nasi Lemak Cikgu @ Kelana Jaya". Menu utamanya dah tentu le nasi lemak. Rasanya macam tu je menu dia. Sebab Puteri tak nampak pula ada hidangan lain. Alhamdulillah, sedap gak rasanya. Macam nasi lemak ayam berempah je konsepnya. Cuma, servis (customer service) kat sini agak lemah. Dari 1-10 mata, Puteri boleh bagi 3 @ 4 mata aje. Apa pun Puteri propose Tok Cu untuk cuba makan kat sini. Insyaallah, tak rugi.....
Lepas makan, Puteri ke supermarket. Giant Kelana Jaya. Banyak juga barang yang Puteri beli. Selain diapers dan susu tepung, Puteri berjaya selitkan "junk food" dalam troli....hehehe.....
Keluar dari supermarket, Puteri tak terus pulang. Puteri ke town dan kawasan sekitar. Puteri nak cari shower dan bengkel besi. Aaah!!! Lupa lah. Kebanyakan kedai masih tutup sempena cuti raya cina. Nampaknya, Puteri and adik Sofea kena sabar lagi. Terpaksa lah mandi air sejuk yang di tambah air panas. Leceh. Tapi, ada orang yang hidup lebih susah. Di himpit kemiskinan. Jangan kata "shower", bekalan elektrik pun takde. Tengok saja rancangan "Bersamamu"....sebak Puteri rasa.
Balik ke rumah, Puteri and adik Sofea (yang kepenatan) terus baring sambil minum susu. Ibu pun turut baring, keletihan. DD ke dapur. Masak nasi. Lauk ayam goreng, sambal tempoyak dengan sayur kacang panjang (fry with eggs & prawn). Ehmm...sedapnya bau....
Petang, DD cat bilik craft ibu. Warna cream. Puteri tak tolong. DD larang. Nak cepat kata DD.
Everyone run and scream
Puteri room was paint in pink
While Ibu craft room colour is cream