twitter
rss

Di Semenyih, kereta Pak Long tak kelihatan. Pak Long ke Seremban. Jenguk rumah. Alang masih ada. Kejap nanti Alang nak balik Rembau. Ada kerja sikit. Alang ada sedikit discussion dengan DD. Minta pandangan atau cadangan. Puteri dengar Alang nak buat projek ternakan ikan. Tak lama selepas Alang balik, Puteri pun minta diri untuk beredar. Puteri nak ke Nilai. Nak singgah rumah Siti. Ibu kata, Siti dah siap masak makan tengahari. Tak sedap pulak jika tak balik.

Tiba di Nilai, Siti tak ada kat rumah. Pergi nolong majlis kenduri, inform Mak Su. Errr...tolong makan ke tolong kerja...hehehe. Alang cakap Wan Cu pun nak singgah makan tengahari kat rumah Siti. Haa...bolehlah Puteri main dgn Cik Mai nanti. Kira-kira jam satu lebih, baru Wan Cu sampai. Cuma Cik Mai dgn Makcik Taherah je yg ikut. Pokcik Baqir tinggal kat rumah (BSP). Pokcik Ghazi pulak...well out of radar kot.

Lebih kurang jam 5 petang, Puteri bertolak ke Alamanda. Tak pasti pulak Puteri jika Angah dan Alang keluar jalan-jalan ke tak. Manalh tau, nak bawak Cik Mai dgn Makcik Taherah jalan-jalan cari makan. Yelah, sementara menunggu Wan Cu dan Tok Cu balik dari nonton persembahan teater PGL di Istana Budaya. Elok gak pergi bersiar. Lagi pun, Angah kena tunggu Mak Ngah balik dari Johor. Ada jugak orang nak main dgn Lily nanti.

Esoknya, Puteri tak ke mana. Cuma rehat di rumah. Petang baru keluar. Ke Supermarket. Nak beli barang dapur dan diapers adik Sofea. Sempat jugak singgah kat Lovely Lace. DD belikan ibu vase with pink roses. Ala-ala English style gitu. Mesti cantik bila letak di bilik craft ibu tu...hehehe....

0 comments: