Dah semacam satu kelaziman. Sekurang-kurangnya sebulan sekali, ibu mesti masak nasi ayam. Special secret recipe. Biasanya, ibu akan masak nasi dan sediakan hidangan yang lain (ie: sup ayam, sambal cili, sos kicap & salad/tomato/timun). Ayam pula, ibu akan minta DD masak. Ada juga ibu tanya resipi ayam tu. Tapi, DD tak bagi. Sebenarnya, bukan DD tak nak bagi, tapi resipi DD sentiasa je berubah. Bergantung pada bahan (rempah ratus) yang ada tika itu. Puteri suka makan nasi ayam ibu. Sedap tau. Tapi takda la macam DD. Makan seolah-olah dah 3 hari tak jumpa nasi. Macam baru balik dari "Gaza" lak kan.
Puteri tak kemana-mana hari ni. Cuma pagi tadi je ke pasar tani. DD nak kemas (aikk, tak abis-abis dgn kemas) craft room ibu. Pasang carpet. Vacuum. Pasang kabinet. Wahhh....cantik lah bilik craft ibu bila DD dah pasang carpet. Boleh le Puteri tumpang. Nak main masak-masak ke, water colour ke or to play teacher & student.
Kepenatan, Puteri dan DD terlelap. Seketika kemudian, tiba-tiba ada orang bagi salam. DD terjaga. Ingatkan jurujual direct selling. Rupanya tuan rumah yang datang. DD panggil ibu di dapur. Kata Aunty Raja (tuan rumah), dia dah call sebelum nak datang tadi, tapi tak dapat. "Oh! Maaflah, handphone saya tengah charge. "jawab ibu. Aunty Raja datang nak ambil surat di samping bertanya khabar. Sekadar nak tahu samada Puteri seronok tinggal di sini. Selesa ke tak. Keadaan rumah ok ke. Aunty Raja tak duduk lama. Katanya, ada banyak tempat nak pergi. Nak pergi shopping kot, agak Puteri. Sebelum beredar, Aunty Raja sempat pesan jika ada apa-apa masalah jangan segan nak beritahu.
Selepas Aunty Raja pergi, Puteri sambung tidur semula. Dah dekat maghrib, baru Puteri terjaga. Handphone DD berbunyi. Alang (papa Damia) call. Tanya Puteri balik Semenyih ke. Hmmm....tak dapat lah malam ni. Adik Sofea pun dah tidur. Esok ajelah Puteri ke Semenyih.
February 18, 2009 at 10:30 PM
Puteri, tunjuk le gambar bilik craft ibu. Wan Chu teringin nak tengok.