twitter
rss

Agak lama blog Puteri tidak dikemaskini. Terlalu banyak sebab dan perkara yang berlaku. Selain di sebabkan kerja, faktor kesihatan juga menyebabkan penulisan Puteri terhenti agak lama. Lepas seorang, seorang ahli family Puteri demam. Bukan lah sebelum ni tak pernah sakit, cuma kali ni dunia, termasuk tanahairku, dilanda wabak virus H1N1. Itu yang merungsingkan. Banyak teori cara mencegah dan merawat "wabak demam" ini. Dari bawang putih hinggakan air kelapa pun diwar-warkan mampu menangani virus tersebut. Hinggakan air kelapa pun naik harga.

19/09/09, Raya Eve
Siap je packing barang untuk jangkamasa seminggu, Puteri bertolak balik kampung. Nak meraikan Hari Raya. Tahun ni Puteri balik Kg Semenyih dulu. Heheheh...bunyi cam jauh je kan.

Sampai je kat rumah nenek, lepas punggah barang, DD terus ke pasar tani. Cari daun ketupat dan barang-barang lain untuk beraya esok. Termasuklah buah-buahan untuk takbir malam nanti.

Tengahari sikit, Puteri ke Kajang. Plaza Metro. Alhamdulillah, baju melayu DD siap jugak sebelum raya. Tapi tak tau lah kualiti jahitannye. Mana taknye, hantar menempah pun dah lambat. Kurang dari sebulan. Kemudian, Puteri sambung shopping di Alamanda pulak. Kali ni ibu yg drive. DD tak ikut. Penat dan tak larat. Hanya ibu, Puteri, Sofea dan Aunty Baiti aje yang pergi.

Lepas berbuka, Puteri terus tolong DD anyam ketupat. Pak Teh pun tolong sekali. Puteri pun tolong Aunty dekorasikan rumah nenek. Ibu pulak tolong nenek di dapur. Masak rendang dan rebus ketupat. Hmm...tak sabar nak tunggu esok.

0 comments: