Sabtu
Sebelum keluar rumah daddy hubungi nenek. Tanya nenek pergi dengan sapa. Nenek kata nak ikut puteri. Kenalah puteri singgah semenyih dulu. Dalam perjalanan daddy singgah bengkel kereta dahulu. Tayar kereta belakang sebelah kanan terkena paku. Dalam menunggu kereta dibaikpulih daddy dapat mesej lagi. Pakbusu maklum yang Tok Adi dah pun meninggal. Innalillah! Semoga roh beliau dicucuri rahmat.
Tiba di semenyih nenek kata nak masak dulu. Lagipun arwah akan dimandikan dan dikafankan di hospital. Akan ambil masa untuk dibawa ke rumah. Puteri tunggu lagi. Hampir pukul satu baru nak bergerak. Dalam perjalanan dapat call dari paklong memberitahu arwah dah dibawa kemasjid untuk disolatkan. Puteri terus ke masjid tersebut. Sempat jugak daddy sampai untuk sama-sama solatkan jenazah. Kemudian puteri ikut orang ramai bawa jenazah ke kawasan perkuburan. Tapi puteri tak turun. Daddy tak bagi.
Selepas upacara pengkebumian selesai, puteri ke rumah auntie syikin. Alas perut. Jumpa nenek induk dan sedara-mara yang lain. Dalam pukul 4.00 petang puteri minta diri. Puteri pergi rumah paklong di kampung Batu 3, Mantau. Auni kelihatan seronok menerima kunjungan puteri dan sofea. Seronok puteri bermain. Lepas solat maghrib puteri pergi semula ke rumah aunti syikin.