Jumaat 25-mac-2011, puteri bergegas untuk pulang ke semenyih malam ni. Aunti baiti buat majlis harijadi baby Hana secara mengejut. Dah tentu majlis ni nanti tak ‘well organise’. Tak syok la camtu. Tak dapat puteri nak carik hadiah yang special sikit
Bila puteri sampai paklong dan auni dah pun tiba. Paklong belikan sate. Kedai sate tu kat pekan semenyih. Terletak ditepi sungai. Sebelah dengan bangunan pejabat pos. Mama auni tak dapat datang. Kena berniaga. Orang baru niaga kena la selalu “bukak” kedai. Nanti patah semangat. Patah rezeki. Tu petua tu.
Auntie baiti dah keluarkan kek. Letak atas meja. Tak dapat nak tunggu MakTeh. Lagipun makteh dah maklum tadi akan datang lambat sebab ada urusan dirumah.
Ahad 26-mac-2011, puteri dan sofea dah siap pakai gaun. Irfan pun boleh tahan. Dah pandai bergaya. Jam 12:00 tengahari puteri pun bertolak keluar. Menuju ke majlis perkahwinan adik pakteh. Tempatnya didewan UPM, Serdang. Sedang elok la ‘timing’ puteri. Masa untuk makan tengahari. Perut tengah lapar ni boleh la puteri bedal nasi dan lauk-pauk tu banyak sikit. Ye lah
Besar betul dewan ni. Luas. Tak pasti pulak puteri berapa meja makan yang ada kat dalam dewan masa tu. Wah, pengantinnya pun cantik sepadan. Bak pinang dibelah dua. Belah keluarga pengantin perempuan pula sepakat memakai pakaian sedondon. Sama warna. Bertambah seri majlis. Ha yang paling best ada acara pencak silat kat majlis tu. Tu kira ‘group’ pakbusu tu. Tapi pakbusu tak join. Katanya dah lama tak practice dengan ‘group’ tu. Masalah teknikal.