twitter
rss

Selamat tahun baru. Tahun 2012 ni puteri naik darjah 2 (Standard 2). Kelas 2 Anggerik. Umaira dan Najiha pun masih sama kelas dengan puteri.

Blog puteri ni makin jarang dikemaskini. Faham-faham saja lah, editor-nya tak dibayar apa-apa imbuhan pun. Kerja pun sukarela, itu yang buat kerja pun ikut sukahati je. Sabar je-lah kan.

Tahun ni bermula dengan baik (alhamdulillah) untuk puteri sekeluarga. Moga-moga keadaan akan bertambah baik, insya'Allah. Marilah kita berdoa. Amin.

Jumaat 20 Januari 2012, tiba-tiba je daddy nak balik Nilai malam ni. Ingatkan sempena cuti perayaan raya China (Happy CHinese New Year). Rupanya nak main badminton kat Semenyih. Puteri pun nak ikut. Pakteh ajak. Tapi daddy tak jadi pergi. Penat katanya. Mana tak penat, hampir dua jam daddy buat kerja 'pecah' pintu bilik irfan. Nak ambil raket. Sampai rumah Siti daddy kata dah tak larat. Hmm, melepas lah pulak. Eh, Lily Armani pun ada lah.

Sabtu 21 Januari 2012, pagi. Puteri dan sofea ikut daddy ke taman di Dataran Nilai. Mulanya Lily pun nak ikut sekali tapi sampai kat kereta Lily tak nak masuk. Daddy hantarlah Lily masuk rumah balik. Cuaca amat baik. Memang sesuai untuk melakukan akitiviti riadah. Walaupun sinar matahari sudah mula terbit namun bayu angin yang bertiup membuatkan badan rasa dingin dan nyaman. Selepas menukar selipar dan memakai kasut, daddy terus je pergi jogging. Dah lama daddy tak bersenam. Sejak bulan Ogos 2011. Sejak bulan puasa lepas. Puteri dan sofea pulak terus je ke taman kanak-kanak. Bermain jongkang-jongket (seesaw), buaian (swing), papan luncur (slide) dan berlari. Huuh, penat betul. Balik rumah Siti, dah berehat sekajap puteri dan sofea pun mintak daddy bersihkan kolam (pool) boleh kita orang swimming. Lily pun joint sekali. Lama betul kita orang main sampai bergaduh baru la nak berhenti. Itupun sebab daddy dah marah. Kehkehkeh.

Petang. Puteri tidur kepenatan. Entah bila Angah dan MakNgah datang ambik Lily puteri pun tak ingat. Lily nak pergi bercuti. Dengarnya ke A'Famosa, Melaka. Wah best tu. Tapi nape tak ajak puteri dan sofea sekali. Hmm, takpalah. Tunggu daddy ada duit nanti puteri ajak pergi bercuti. Boleh ajak Siti sekali. Baru seronok.

Dekat-dekat senja WanChu datang. Puteri masih lagi tidur di sofa depan televisyen. Suara CikMai buat puteri tersedar. Tapi puteri tak terus bangun. Puteri rasa tak sedap badan. Tapi lepas mandi puteri rasa segar balik. Lepas tu puteri dan sofea pun bermain dengan CikMai. Dah rezeki puteri malam tu, WanChu belanja makan. Maklong Zahrah yang pergi beli. Ditemani MakSu (sebagai driver terhormat) dan MakTeh (kak Chik). Wah banyak betul lauk-pauk yang dibeli. Boleh habis ke ni. Tomyam (kesukaan ibu ni), daging masak merah (kebetulan, daddy memang suka lauk ni), sayur kailan ke apatah, puteri lupa lak. Terima kasih ya WanChu. Next time belanja lagi tau. Ni yang sayang WanChu ni. Hihihi ayat bodek tu. Hahaha.

Ahad 22 Januari 2012, badan puteri tiba-tiba panas. Puteri demam. Kata Siti lebih-kurang pukul 3 pagi puteri pergi ke bilik Siti. Cari Siti. Puteri nangis. Pagi tu ibu bagi puteri makan ubat. Puteri muntah-muntah. Hilang selera makan. Nampak gayanya tak jadi lah rancangan daddy nak pergi jalan-jalan. Duduk rumah je lah jawabnya. Kata daddy, sunyi pulak rumah bila puteri demam ni. Yelah takda orang buat bising. Sofea yang takda kawan habis semua orang dia kacau. hihi.

Sebetulnya puteri nak balik hari Isnin 23 Januari 2012. Tapi Siti kata WanChik ada telefon Siti tadi. Minta puteri jangan balik dulu sebab WanChik nak datang rumah Siti. Hmm, okay jugak. Puteri pun dah lama tak ke rumah WanChik. Masa PakLong Din tunang hari tu pun puteri tak dapat hadir.

Selasa 24 Januari 2012, pagi. Puteri dan sofea bawak Siti ke supermarket Tesco. Siti nak beli barang dapur dan lauk. Kebetulan WanChik nak datang, Siti beli lebih sikit. Tiba di Tesco Siti tunjuk kedai jual coklat kepunyaan anak kawan atuk. Agak-agak puteri beli dapat diskaun tak. hihi.
Hari ni ibu masak ayam gulai lemak cili api, ikan kembung goreng (tak sangka elok pulak tekstur ikan hari ni, beli kat Tesco tadi), udang masak sambal tempoyak dan sayur sawi. Slurp..meleleh air liur puteri. Sedap tau. Atuk pun tanya boleh tak atuk nak tambah lagi. Sambil-sambil tu sempat jugak ibu buat "truffle" sebagai pencuci mulut. Hui macam kat hotel lak. Hahaha..kira rezeki WanChik la ni kan.

0 comments: