twitter
rss

Terkejut puteri bila terima berita perihal tok hamid. Aunty baiti yang maklumkan. Tok Hamid kemalangan. Sekarang ni kena tahan wad di hospital universiti malaya (PPUM). Sabtu 31hb Dis 2011, selepas zohor puteri pergi ziarah tok hamid. Masa puteri sampai waktu melawat dah tamat. Tapi, syukur daddy dapat meloloskan diri untuk menjenguk tok hamid. Teruk jugak kondisi tok hamid. Sekejap sedar kejap terlelap. Dalam keadaan begitu pun tok Hamid masih 'mampu' bertanya "situasi" daddy. Dah bekerja ke belum. Dapat kerja kat mana. Tok Hamid la satu-satunya bapa saudara (sebelah daddy) yang menghubungi dan jumpa daddy masa daddy tak berkerja. Tengah-tengah sakit macam tu pun tok hamid sempat lagi bertanya pasal irfan. Sebab tu daddy pandang tinggi dan hormat pada tok hamid. Puteri sangkakan tok amid dah selesai 'operation'. Rupanya lagi 2 minggu lagi. Kena tunggu giliran. Aduh hai.. patutlah sakit mulanya tak serius pun boleh jadi serius. Luka kemalanga ni jika tak dirawat segera boleh terkena jangkitan virus, bakteria dan sebagainya. Itu yang buat daddy terkenang arwah rakan sekerja daddy dulu. Meninggal selepas terkena jangkitan kuman. Puteri DOA moga-moga tok amid lekas sembuh dan bersabar. Selepas ziarah puteri ke Nilai.

Ahad 01 Januari 2012, selepas solat Asar puteri berangkat ke klana jaya. Ke rumah sahabat akrab puteri Dayana. Sempena majlis sambutan hari lahir Dayana pada 29hb Disember 2011 hari tu. Dah dah beli hadiah untuk Dayana. Puteri minta Daddy balutkan. Daddy dengan kreatifnya buat beg kertas (dari kertas pembalut) sama macam orang kat shopping mall tu buat. Ibu macam biasa (crafting) buat kan kad harijadi. Pukul 6:00 petang puteri sampai. Puteri ingat kek dah habis rupanya belum potong lagi. Dayana nak tunggu nenek dia sampai. Bagus lah dapat jugak puteri rasa kek tu nanti. Kek Dayana cantik. Gambar boboiboi N geng (edible image). Suka Dayana bila puteri dapat datang. Cuma Najihah je tak dapat. Puteri dan sofea pun seronok main kat rumah Dayana. Jika boleh nak tidur je rasanya. Tapi mesti tak dapat punya kan. hihi. Selepas maghrib puteri pulang ke rumah.

Isnin 02 Januari 2012, entah mengapa tiba-tiba daddy kata rasa macam nak pergi restoran induk (nenek faridah) kat seremban 2 berdepan city park. Ibu terus hubungi aunty baiti ajak pergi sekali. Kebetulan auni pun ada kat semenyih. Baru tiba dari pahang. Banyak betul rambutan dan langsat (termasuk duku langsat) auni bawak dari kampung. Manis-manis. Sedap. Lepas Asar puteri, sofea, auni dan zulaikha pun bertolak. Seronok jugak pergi restoran nenek induk ni. Selain dapat makan-makan kita orang turut dapat bermain kat depan taman 'city park'. Ramai betul orang niaga. Pengunjung pun ramai. Wah bestnyer dapat berlari dan berkejaran. Hahaha.


0 comments: