twitter
rss

Hari ini hari ulangtahun kelahiran ibu. Pada mulanya, Puteri merancang (with Dady of course) untuk mengadakan barbeque parti pada Ahad semalam. Namun atas faktor kesihatan Dady dan kepulangan baby Auni Adlina ke Semenyih membatalkan perancangan tersebut.

Dady kemudian berkira-kira untuk buat "surprise" pada ibu hari ini. Apapun Dady tetap ke opis, tapi lebih kurang jam sebelas pagi, Dady ke klinik (Klinik Iman). Dady kurang sihat. Badan rasa seram sejuk. Mana taknya. Sabtu hari tu, Puteri sekeluarga pergi makan buah kat Rembau (kampung Atiqah Damia), cousin Puteri. Alang and Auntie Ain buat makan-makan sempena birthday Damia yang kebetulan sama dengan hari lahir Yam Tuan Negeri Sembilan. Dahsyat lah Damia.....birthday Damia seluruh Negeri Sembilan cuti...kihkihkih....

Hampir sejam Dady menunggu, baru dapat jumpa doktor. Selepas mendapatkan preskripsi ubat dan MC (tentunya), Dady singgah di kedai kek & kedai...........(biarlah rahsia)!!!! Dady terus pulang ke rumah, takut nanti kek cair pulak. Untuk membawa kek tersebut "dengan selamat" sampai ke rumah, Dady terpaksa memperlahankan kelajuan. Kesian Dady.....dah lah tak berapa sihat. Just imagine, Dady yang biasanya drive 100-120 km/j terpaksa lah dengan penuh sabar, drive sekitar 60-80 km/j aje. Jauhnya pulak 40km. Bukan 4 km tau. Berasap jugaklah punggung Dady.....kihkihkih.....

Alhamdulillah, selamat jugak kek ibu ni sampai kat rumah. Dady berehat seketika untuk makan tengahari yang di taja oleh "Tapah Restaurant" hahahaha......Kemudiannya, Dady berkira-kira untuk keluar semula bagi meneruskan surprise tersebut......tapi, tiba-tiba, handphone Dady berbunyi. Ibu inform Dady yang Alang ajak makan-makan kat rumah Wan Cu sempena nak celebrate birthday ibu. So, nampak gayanya, tak jadilah rancangan "surprise" untuk ibu........"Biarlah Rahsia".........kata Dady........


0 comments: