twitter
rss

Julung kalinya, Dady dan ibu siap awal. Puteri dan adik Sofea pun dah tak sabar. Ironinya, Tok Cu baru nak kemas barang masuk ke dalam Ford Rangers nya. Hmmm.....basikal pun Tok Cu bawa. Mana Tok Cu nak pergi ni. Tok Cu nak buat apa dengan basikal tu. Hati kecil Puteri terus tertanya-tanya. Belum sempat persoalan diajukan....Dady dah memanggil Puteri masuk kereta. Xpdc dah pun bermula.Kami menuju ke arah utara (jika tak salah Puteri lah kan)...hihihi...Puteri belum pandai baca map lagi tau....

Tok Cu rangers lead us the way. Kami mengikut jalan lama untuk ke Fraser Hill. Dari tol Sg Besi (lebuhraya utara selatan) kami menuju ke Rawang melalui lingkaran tengah (MRR2). Dalam masa 40 minit perjalanan, kami tiba di pekan Rawang. Dari Rawang, kami menyusur keluar ke Kuala Kubu. Kami berhenti rehat di kaki bukit. Sambil makan (breakfast), kami menikmati pemandangan sekitar. Memang besar kawasan tadahan air di empangan nie. Takjub rasanya. Berapakah agaknya kedalamannya.

Setengah jam kemudian, kami menyambung semula perjalanan. Pendakian Bukit Fraser baru aje bermula. dady mengekori rangers Tok Cu dengan berhati-hati. Maklumlah jalannya berpusing-pusing dan sempit. Malahan, masih terdapat kerja-kerja pembaikan jalanraya sedang berjalan. Cuacanya yang lembap sejuk menjadikan permukaan jalan agak licin sedikit.

Lebih kurang, jam satu tengahari, kami tiba di puncak bukit. Tok Cu tempah bilik penginapan atas sekali. Semputlah ktorang angkut barang ke atas.








Setelah berehat, petang, kami keluar round-round pekan Fraser Hill. Sementara Tok Cu pergi cycling, Puteri sempat singgah kat playground, main swing, see-saw.....Kami kemudian sempatlah ber"posing" kat trade mark Fraser Hill ni, jam besar tu.....Seteah penat keliling round pekan, kami pulang ke tempat penginapan. Puteri rasa bercuti di Fraser Hill ni lebih santai dan relax sebab tak de banyak tempat yang nak pergi.....

















Sebelah malam pula, Puteri tak ke mana. Hanya bersantai kat apartment je. Selepas makan, Puteri main scrabble dengan Kak Cik, Cik Mai, ibu dan Dady. Uncle Baqir pun join sekali. Seronok main scrabble ni, dapat meningkatkan pengetahuan perbendaharaan kata Puteri jugak.

0 comments: