twitter
rss

Bangun je pagi, Puteri tengok ibu sedang menggoreng keropok. Nak buat apa ni, ibu, tanya Puteri. "Kan kita nak pergi berkelah hari ni, jawab ibu". Owhh...baru Puteri ingat. Hari tu, Aunty Ain ada call ibu ajak berkelah kat Sg Tekala. Dah siap packing, Puteri balik Semenyih. Sampai di rumah nenek, ibu terus ke dapur. Puteri pun ikut ibu. Mak Long tengah sibuk memasak dengan Aunty Ain. Mak Long tengah cooking bubur untuk Auni, kemudian nak masak "burger" pula. Aunty Ain pula sibuk prepare sandwich. Puteri dan ibu pun turut tolong menyediakan makanan untuk di bawa berkelah nanti. DD pun sibuk......main PS2. Pak Busu awal-awal lagi dah pergi. Dengan kawan. Aunty Baiti pula masih di Shah Alam. Ada closing ceremony hari ni untuk Asean University Game. Maybe malam nanti baru Aunty Baiti balik.

Perjalanan sekadar mengambil masa lebih kurang 15 minit je. Puteri tolong angkat barang dengan duduk dalam stroller. Puteri tak masuk jauh sampai ke dalam. Maklum lah, ada baby. Susah nanti. Nak angkut barang lagi. Pot kat sini pun dah okay. Puteri tak terus mandi. Puteri makan dulu.

Ibu and adik Sofea

Lepas makan, barulah Puteri turun. Errr.....sejuknya. Puteri di temani Aunty Ain dan Damia. Mak Teh pun dah turun. Yang lain masih belum turun lagi. Masih belum sedia untuk kesejukan. Kemudian, barulah seorang demi seorang turun. DD pun turun tapi bukan nak mandi. DD bawa pinggan kertas. DD duduk di atas batu yang berada di tengah sungai. DD sambung sarapan nya. Sambil mani dan bermain air, Puteri cuba membina "istana pasir". Puteri pinjam alat perkakas permainan Damia. Ibu sedang menyalin baju mandi Sofea. Nenek pun dah mula nak turun. Cuma Mak Long je yang tak turun dengan baby Auni.
Puteri suka tempat ni jika nak di bandingkan dengan Sg Congkak. Di Sg Tekala ni, ruang untuk mandi lebih luas dan cuma terdapat banyak batu besar. Puteri boleh berlari-lari dan sesekali terjun ke dalam sungai.
Dingin air sungai mula menyerapi tubuh. Adik Sofea pun dah menggigil. Ibu angkat adik Sofea dan duduk atas bongkah batu. Damia pun tengah main atas batu sambil di pegang Aunty Ain. Ntah macam man, tiba-tiba nenek yang masih berendam, membuka cerita. Waktu kecil, nenek membesar di kampung. Nenek biasa mani-manda dengan adik-beradik nenek di sungai terutama bila musim buah-buaha. Dulu air sungai bersih dan jernih. Boleh lihat ikan berenang walau pun air sungai dalam. Bahkan, udang pun boleh ditangkap guna tangan dengan mudah. Biasa juga lah nenek di marahi "mak saudara" nenek sebab curi-curi mandi sungai yang dalam tu.
Puas bermain pasir, Puteri terjun ke dalam sungai semula. Lagi pun badan dah hilang rasa sejuk. Sesekali, DD bawa adik Sofea main air. Adik Sofea berendam hingga paras pinggang sahaja. Tak berendam satu badan. Adik Sofea kecil lagi. Air sungai kan sejuk. Khuatir nanti demam pula. Yelah, Puteri ngan adik Sofea (termasuk ibu) kan orang "bandar" (ni DD yang cakap, bukan ibu tau). Jenis orang mandi "shower" (air panas). Tak macam DD. Membesar di kampung. Pagi buta bangun dah mandi air perigi. Perigi??? Apa tu...Puteri belum pernah tengok pun.
Tak lama kemudian, ibu bawa adik Sofea naik. Puteri pun ikut. Ibu bawa Puteri ngan adik Sofea ke bilik air untuk salin pakaian dan bersihkan badan. Nenek masih lagi berendam dan menyelam.
Asam di darat ikan di laut
Dalam periuk bertemu juga
Cantik di lihat kiambang bertaut
Puteri berendam di Sg Tekala




This junk food is not good for you.......
Rilekslah Damia, jgnlah nangis. Next time, kita datang lagi ye.....bawa Aunty Baiti, kesian Aunty Baiti tak dapat ikut, mesti dia jeles tengok kita picnik ni kan....hehehe..........

1 comments:

  1. arghh!!tidak..jeles..jeles..

    (statement last sekali tu membuatkan diriku tergelak2..)

    lps ni kene buat lg skli ok! =p