twitter
rss

Yahooo!!! Puteri nak pergi ke Seremban hari ni. Nak ke rumah Damia. Pagi-pagi lagi dah keluar dari rumah. Pagi ni, tak tau nak sarapan kat mana. Ada dua option. Either di Hentian (lebuhraya) Nilai atau di BSP. Rasanya di Sri Putra lah. Teringin nak makan nasi lemak kat situ. Parking je kereta, Puteri ternampak 4 wheels Tok Cu. Wan Cu tengah sarapan. Cik Mai dengan Uncle Baqir pun ada.

Tiba di Seremban, Puteri terus ke rumah Alang. Aunty Ain sedang memasak. Gulai lemak ikan, sayur goreng udang dan kerang rebus. DD pula sibuk berbincang sesuatu dengan Alang. Selepas makan tengahari, DD keluar dengan Alang. Ke Rembau. Tengok tapak projek. Puteri tinggal. Main dengan adik Sofea dan Damia. Ibu pun sempat la "menenun".

Dekat jam 4 petang, baru DD pulang. Aunty Ain goreng cucur. Puteri makan cecah sos. DD and ibu pula cecah kuah masak lemak tadi. Jam enam petang, Puteri dah nak beramsur balik ke PJ. Tapi, di luar hujan masih lebat. Puteri tunggu reda. Pukul tujuh, baru Puteri bergerak pulang.

0 comments: