Pagi ni Puteri nya sarapan simple je. Makan roti je. Lepas tu Puteri pegi swimming kat pool. Tapi bukan kolam renang kat sini tapi kat resort. Siti tak ikut. Ishh....semalam pun tak ikut, hari ni pun tak ikut. Takut air kot Siti ni. Hihihi...puas berenang, Puteri pergi main kat beach pulak. Ye lah, last time pergi tak sempat tengok beach kat sini. Hmm...cantik gak beach kat sini. Tapi Puteri tak berani mandi laut. Teringat kes semalam. Takut lak kena sengat obor-obor tu. So Puteri just main pasir je ngan Sofea. Beach kat sini ada sediakan canoe utk sesiapa berminat le. Ada padang utk main bola pantai dan ada tempat untuk aktiviti permainan kanak-kanak.
Balik je hotel Siti dah siap kemas. Puteri je belum kemaskan barang Puteri. Sementara tunggu DD mandi, Puteri tolonh ibu kemas. Semua orang dah siap baru le Puteri check-out. Puteri tak terus ke Bidor. Puteri singgah pekan Lumut dulu. DD dah start bersin. Nak kena fever la tu. Haa...ni mesti tak tahan aircond. Ishhh...takde peluang le Puteri nak pasang air-cond kat rumah camni. Selain beli barang makanan Puteri sempat jugak window shopping. Kebetulan ada bazaar kat sini. Puteri tak lama kat pekan ni. Masing-masing dah kepenatan. Lagi pun bersin DD menjadi-jadi. Aduhh...larat ke DD nak barbekue malam ni. Sebelum ke Bidor, Puteri singgah makan di restoran seafood (Restoran Hasnah). Dulu time study, DD biasa makan kat restoran ni. Puteri order tomyam ayam, sup sayur, daging masak merah dan udang goreng tepung. Pehhhh....memang sedap. Teringat kat atuk. Takpe, next time Puteri ajak atuk jalan-jalan makan kat sini. Insyaallah....


