Puteri bawak Cik Mai breakfast di restoran. Tak ingat pulak nama restoran tu. Tapi adik-beradik mamak jugak la. Roti canai die memang sedap. Cuma servis je kurang bagus. Tak cukup staf. Cik Mai makan roti telur. Puteri makan roti canai kosong je. Siti mulanya makan mee goreng, tapi terpaksa tukar menu roti canai sebab mee (mungkin sambal nye) dah tak elok. Macam dah basi.
Balik ke rumah Siti, DD dan ibu terus berkemas. Basuh pinggan magkuk dan sebagainye lah. Kemudian Puteri tolong pulak DD mengemas kat luar. Basuh bekas barbekue dan basuh lantai. Lepas tu, Puteri apalagi, ambil kesempatan main air / mandi le. Sofea dan Cik Mai pun joint sekali. Yahoo!!! Bestnye. Lupa pulak suruh DD bawak kolam air. Tentu lagi seronok kan. Sambil memerhatikan kitorang bermain air, DD duduk bersandar di pintu sambil bermain SUDOKU.
Ibu pula di dapur. Tolong Siti siapkan makanan tengahari. Kejap nanti Wan Cu nak datang. Tapi tengahari sikit. Wan Cu pergi cycling dulu. Wahhh...dasyat la Wan Cu nikan. Puteri ingat nanti bila Puteri dah besar, boleh le Puteri dgn Cik Mai join sekali kan. Time tu, confirm Pakcik Baqir jauh kat belakang. Kihkihkih...
Pagi-pagi lagi, DD dah ke pasar Salak Tinggi. Beli ayam 3 ekor, ikan 15 ekor, udang 1 kilo. Balik dari pasar, Puteri, Sofea & Cik Mai tolong DD basuh ayam dan siang ikan. Sementara DD siap rempah ratus untuk peram ayam, Puteri ikut atuk jemput Mak Su balik dari kerja. Cik Mai dan Sofea pun ikut, ditemani oelh ibu. Kemudian, DD dan ibu ke supermarket. Beli barang. Balik dari supermarket, ibu terus buat preparation. MakCik pun tolong blow up balloons. Lily pun dah sampai. Mak Ngah tolong masak nasi goreng. Siti masak bihun. Nenek Semenyih masak bubur pisang dan makaroni. Sementara itu, DD pun dah mula bakar arang barbekue.
Jam 1 petang, tetamu dah mula datang. Atuk mulakan majlis dengan bacaan doa selamat. Di teruskan dengan acara memotong kek dan acara yag di tunggu-tunggu....kita makan dulu. Semua tetamu mula menjamu selera. Mak Su sibuk dgn DSLR barunya. Sana sini snap gambar.
Tak sangka, banyak jugak presents yang Puteri dapat. Hampir jam 4 petang, majlis pun dah kira selesai. Tetamu pun dah pulang. Dapat le Puteri rehat sekejap. Tapi kawan Mak Su masih ramai yang datang. Ada satu group tu, siap pakai baju melayu dan baju kurung. Semangat gitu. Lepas maghrib, DD dah mula nak ber barbekue. Mulanya risau jugak tak habis. Sebab Puteri simpan untuk Wan Cu. Tapi Wan Cu tak dapat datang malam tu. Tapi, tak sangka habis jugak. Siap beratur lagi. Macam jual kat pasar malam. Lily pulak dah balik ke Kinrara petang tadi. So, tinggal Cik Mai dan Makcik aje.
Hari pun dah larut malam. Puteri, Sofea dan Cik Mai pun dah tak larat. Kepenatan. Masa utuk tidur semua.
Lega rasanya bila majlis hari lahir Puteri selesai. Terima kasih pada yang hadir memeriahkan suasana. Yang tak dapat hadir pun, terima kasih di atas kiriman hadiah. Majlis sepatutnya pada 17/10/2009 tapi di awalkan sebab Siti dan Atuk ada majlis perkahwinan yang perlu di hadiri. Majlis tahun ni sederhana aje. Jemputan pun sekadar keluarga terdekat. Tidak la terlalu membazir. Tak elok.
Lepas balik dari school, selepas ibu & DD siap berkemas, Puteri bertolak ke Nilai. Sebelum berlepas ke Nilai, Puteri singgah ambil cakes, cup cakes dan cookies yang ibu dah tempah awal-awal lagi. Actually, tak la awal pun. Tapi, atas ihsan Aunty Shaz jugak yang sudi menerima tempahan walau pun boleh di kira last minute. Tiba di Naili, ibu dan DD terus makan. Lapar. Lauknye, gulai lemak pucuk ubi. Suka lah DD tu. Wan Cu pun ada. Lebih awal sampai. Hantar Cik Mai & Makcik Taherah. Esok Wan Cu nak ke Triang, Pahang. Rombongan pertunangan cousin ibu, anak Opah Puchong. Seronok le Puteri, ada kawan nak bermain & bergaduh...hehehe...