twitter
rss

Lepas balik dari school, selepas ibu & DD siap berkemas, Puteri bertolak ke Nilai. Sebelum berlepas ke Nilai, Puteri singgah ambil cakes, cup cakes dan cookies yang ibu dah tempah awal-awal lagi. Actually, tak la awal pun. Tapi, atas ihsan Aunty Shaz jugak yang sudi menerima tempahan walau pun boleh di kira last minute. Tiba di Naili, ibu dan DD terus makan. Lapar. Lauknye, gulai lemak pucuk ubi. Suka lah DD tu. Wan Cu pun ada. Lebih awal sampai. Hantar Cik Mai & Makcik Taherah. Esok Wan Cu nak ke Triang, Pahang. Rombongan pertunangan cousin ibu, anak Opah Puchong. Seronok le Puteri, ada kawan nak bermain & bergaduh...hehehe...

0 comments: