twitter
rss

Sebelum ini ibu rancang cuti sekolah pertengahan tahun ni ibu nak bawak puteri bercuti ke bidor, rumah wanchik. Tapi sebab awal bulan mei tempoh hari puteri dan sofea dah pergi ke rumah wanchik ikut atuk dan siti, jadi ibu batalkan jelah rancangan tu.

Sebagai ganti sepanjang dua minggu cuti sekolah ni, ibu bawak puteri duduk berkampung dirumah siti. Yahoo, best jugak. Dapat la puteri dan sofea main basikal dan ‘scooter’ (tricyle) yang daddy baru je beli untuk puteri satu dan sofea satu. Daddy pun bawak motor (lagenda 110) ke nilai. Senang pergi kerja naik motor je. Tak payah pening jalanraya sesak ke tidak. Jimat pun jimat. Tu le agaknya daddy dapat simpan duit sikit. Puteri dan sofea pun dah ada tabung. Kenalah belajar menyimpan dari awal. Baru senang nanti.

Walaupun cuti sekolah dah bermula dari 28-mei-2011 (sabtu) tapi puteri balik kampung nilai hanya pada 31-mei-2011 (selasa) sebab siti takda kat rumah. Siti dan atuk ke Sarawak. Menghadiri majlis perkahwinan anak saudara atuk. La kenapa tak bawa puteri sekali kan. Dah lama puteri tak naik aeroplane. HuHu.

Sabtu 04-jun-2011, baru le puteri dapat pergi kenduri kahwin sepupu ibu tu. Itupun sebab kenduri tu kat salak tinggi. Jadi la. Dapat gak puteri makan percuma. Heh. Puteri dan sofea ikut maklang dan paklang. Sebelum tu puteri ikut maksu dan makcik zahrah pergi hantar wanchu dan cik mai ke airport. Wanchu nak ke pulau pinang. Nak berubat khabarnya. Mudah-mudahan..insyallah.

Ahad 05-jun-2011, puteri dan sofea pergi alamanda shopping mall. Saja-saja je. Daddy bawak pergi jalan. Bawak puteri pergi tempat permainan kat situ. Tapi puteri rasa macam daddy je yang nak main sangat. Hmm, takpa lah asalkan puteri dan famili enjoy! Hampir pukul 3:00 petang baru puteri balik. Perut pun dah lapar. Apa agaknya nak makan tengahari ni kan. Eh, tengahari lagi ke ni? Pikir punya pikir akhirnya puteri berhenti di sebuah gerai makan di pekan salak tinggi. Kata daddy masakan dia boleh tahan sedap. Daddy beli sayur, ayam goreng, ikan masak lomak cili api, ikan masak kicap dan paling best kerang rebus. Yummy,yummy. Tak lupa air sirap. Semuanya bungkus. Bawak balik rumah siti. Eh, rumah siti takda orang. Maksu pun takda. Bagus gak. Sebab maksu kuat makan ngalahkan uncle bakir. Badan je kurus. Hihihi.

Isnin 06-jun-2011, daddy dah ke pejabat. Puteri ikut ibu hantar sofea dan irfan ke nursery. Siti dan makcik zahrah pun ikut sekali. Tengahari tu ibu hantar mesej kat daddy. Ibu Tanya boleh ke balik Bandar saujana putra sebab senang ibu nak kemas. Daddy tak kisah balik mana pun. Jadi sekejap jelah puteri bercuti kat rumah siti.

Yahoo! Daddy ambil cuti hari ni. Khamis 09-jun-2011. Esok pun daddy cuti. Tapi hari ni daddy nak bawak puteri dan sofea pergi tengok movie. Cerita Kungfu Panda Two. Bestnyer. Lepas hantar irfan, puteri terus ke mid valley. Pergi awal senang sikit cari parking. Puteri rasa seronok sangat. Its not just about the movie but also we can spend time together as a family. Err, irfan mane..

Aduh!.. It's a long time puteri can not update the blog due to some technical problem. Hopefully puteri still can catch up all the things. Sigh! What a waste of time.

Jumaat 15-april-2011, daddy cuti. Boleh la hantar dan ambil puteri dari sekolah. Petang tu puteri terus ke rumah tok amid di shah alam. Kelihatan famili tok puad dan tok hisham pun ada. Nenek, auntie baiti dan pakBusu sampai kemudian. Hampir jam 10:00 malam baru puteri makan. Nenek bawak lauk “sayur ulam” masak tempoyak. Pauk yang lain disediakan oleh wan zainab.

Sabtu 16-april-2011, puteri ke bangi. Bersarapan di kopitiam. Bangunannya betul-betul dibelakang kedai al-ikhsan. Puteri menghadiri bengkel (workshop) di q’reazant. Kira-kira jam 11:00 tengahari baru habis. Puteri singgah rumah dulu untuk packing barang. Malam nanti nak tidur di shah alam. Jam 2.00 petang baru puteri sampai di rumah tok amid. Kebetulan timing kitorang baik, sebab makanan tengahari pun baru sampai. Puteri pun apalagi terus je la menjamu selera. Selesai makan puteri terus je bermain dengan sofea dan kengkawan baru. Anak jiran rumah tok amid. Sementara daddy pergi punggah barang masuk rumah sewa yang disediakan khas oleh tok amid untuk sedara-mara yang ingin bermalam.

Puteri pergi bersiap. Dah petang. Dah rancang lepas asar upacara akad nikah akan dilaksanakan. Tok Hamid yang menjadi wali nikah. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kemudian paru tetamu kedua pihak dijamu minum petang. Menunya bihun, pulut kuning, rendang ayam dan kuih-muih yang lain.

Selapas solat isyak diadakan pula majlis doa selamat dan tahlil oleh tuan rumah. Habis tu baru la makan yang disediakan oleh pihak catering. Kira-kira jam 11:00 malam puteri ikut daddy pergi pasang tanda arah jalan bersama tok rahim. Bab kerja kenduri-kendara ni memang tok rahim expert. Ramai jugak la ikut serta. Termasuk pakbusu N gang. Pakbusu naik van yang dipandu oleh uncle safuan. Tapi kerja kitaorang separuh jalan je. Sebab kononnya nak sambung awal pagi esok. Dengan itu puteri pun berpeluang pergi uptown shah alam dengan famili tok rahim. Saja ronda-ronda. Mulanya sekadar nak window shopping je. Tapi dah alang sampai. Lagipun tah bila la pulak lagi nak sampai sini kan. Ada jugak le yang membeli. Hihi.

ahad 17-april-2011, seperti di duga daddy bangun lewat. Pakbusu N gang lagi teruk. Tengahari baru celik mata. Kena la tok hamid dan tok rahim pergi pasang papan tanda arah. Tak dapat puteri nak ikut.Pagi tu puteri bersarapan nasik lemak, hmm memang best…terbaik gitu. Lepas tu puteri tolong mengemas apa-apa yang patut. Termasuk le memasang khemah untuk tempat “DJ” konti. Wah boleh la karaoke nanti ni kan. Haha. Kemudian puteri balik ke rumah sewa untuk bersiap sementara orang-orang catering sibuk menyiapkan khemah mereka. Tengahari catering dah siap menghidang. Tak sabar lak puteri rasa nak makan. Tapi daddy kata belum boleh lagi. Kenalah puteri tunggu…

Sekarang puteri dah jadi ahli pustakawan. Ibu yang bawak. Puteri dan sofea memang suka membaca. Selain dari melukis dan mewarna. Insyallah irfan pun akan mengikut jejak kami nanti. Ibu dan daddy selalu belikan buku untuk puteri dan sofea. Jika pergi shopping malls puteri mesti singgah bookshop. Rumah puteri pun dah macam perpustakaan kecil.

Buku pertama yang puteri pinjam dari perpustakaan ialah, “Little Red Riding Hood”. Kata ibu masa puteri masih kecil (baby) daddy memang suka ceritakan kisah Little Red Riding Hood sebelum puteri tidur. Kata ibu lagi, tiap-tiap kali daddy bercerita jarang benar jalan ceritanya sama. Walaupun kisah/tajuk cerita tu sama. Hmm, daddy! Daddy!..macam-macam.

So evertime puteri borrowed a book or two puteri will at least try to write one of them. Just to share it with everyone.

Sinopsis satu : Little Red Riding Hood
Sinopsis dua : Puss in Boot

…tak abih tulis lagi ni… sat laie sambung nor..


Little Red Riding Hood

Al-kisah di sebuah desa ada sebuah kampung terletak di antara daerah Nilai dan daerah Semenyih. Di desa tersebut tinggal seorang gadis yang cerdik dan baik hati. Penduduk setempat memanggil gadis tersebut ‘Little Red Riding Hood’. Ini kerana Red Riding Hood selalu memakai jubah merah yang bertutup kepala kemana sahaja dia pergi. Jubah merah itu adalah hadiah daripada granny Red Riding Hood.

Suatu hari, ibu Red Riding Hood memanggilnya. Ibu minta tolong hantarkan sup sayur untuk granny. Granny jatuh sakit. Demam. Red Riding Hood memang seorang gadis yang rajin. Tanpa membantah Red riding hood pun segera pergi. Red Riding hood berasa amat sukahati. Kerana dapat berjumpa granny kesayangannya.

Sambil jalan melonjak-lonjak keriangan Red Riding Hood menyanyi sebuah lagu.

There is cottage in the wood

A little girl by the window stood

Saw a rabbit standing by

Shouting at the door

Help me! Help me!

So it said Before the hunter shoot me dead

Come Mr. rabbit Come inside

Happy we should be

Begitulah riangnya Little Red Riding Hood. Hingga ia tidak perasaan yang ada seekor serigala sedang memerhatikan dirinya. Serigala ni sudah lapar. Serigala cuba mencari peluang untuk memerangkap Little Red Riding Hood tapi tak berjaya. Serigala pun mencari helah. Dia bertanya kepada Little red riding hood. Kemana arah red riding hood nak pergi. Kerana terlupa pesanan ibunya Red riding hood terlepas cakap. Saya nak menziarahi granny yang jatuh sakit, kata red riding hood. Serigala pun sudah mendapat akal. Ia segera berlari menuju ke rumah granny Red riding hood. Serigala berjaya memperdayakan granny untuk masuk ke rumah. Granny diikat dan disorokkan di dalam almari. Serigala segera menyamar sebagai granny.

Tak lama kemudian sampai la Red riding hood di rumah granny. Suram dan sunyi sahaja keadaan rumah granny. Selepas memberi salam Red riding hood pun masuk. Dia hairan mengapa suara granny lain semasa menjawab salam tadi. Red riding hood pun menghampiri granny sambil meletakkan bakul yang berisi buah-buahan dan sup sayur di atas meja. Alangkah terkejutnya Red riding hood bila melihat telinga granny yang besar. Gigi dan kuku yang tajam dan panjang. Oh! Rupanya serigala yang menyamar rupa sebagai granny. Serigala sedar Red riding hood sudah tahu penipuannya. Penyamaran serigala terbongkar. Bingkas serigala bangun dan dengan mata yang merah saga cuba menerkam Red riding hood. Namun Red riding hood berjaya meloloskan diri dan berlari keluar. Red riding hood terus berlari pulang ke rumah dan memberitahu daddy. Daddy segera bertukar kepada ultraman mebius. Ops! Sorry. Hihi. Tu iklan je. Daddy memaklumkan kepada jiran-jiran. Mereka pun segera mengepung dan menangkap serigala tersebut. Serigala yang jahat itu pun dihukum mati. Little Red Riding Hood pergi mendapatkan granny. Syukur semuanya selamat. Granny dan Little Red Riding Hood pun menikmati sup sayuran ibu bersama-sama. The End.

Sabtu 02-april-2011, selepas solat subuh puteri dengar handphone daddy berbunyi. Ada mesej masuk. PakBusu maklum kan Tok Adi (ayah auntie syikin) masuk hospital seremban. Keadaannya agak kritikal. Tok Adi tak sedarkan diri. Koma. Daddy maklum pada ibu. Ibu bergegas kemas barang. Puteri nak ke hospital seremban. Nak ziarah Tok Adi. Daddy terkilan kenapa takda orang inform pada daddy lebih awal. Kan kan ke dah masuk hospital tu. Hmm ntah la.

Sebelum keluar rumah daddy hubungi nenek. Tanya nenek pergi dengan sapa. Nenek kata nak ikut puteri. Kenalah puteri singgah semenyih dulu. Dalam perjalanan daddy singgah bengkel kereta dahulu. Tayar kereta belakang sebelah kanan terkena paku. Dalam menunggu kereta dibaikpulih daddy dapat mesej lagi. Pakbusu maklum yang Tok Adi dah pun meninggal. Innalillah! Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Tiba di semenyih nenek kata nak masak dulu. Lagipun arwah akan dimandikan dan dikafankan di hospital. Akan ambil masa untuk dibawa ke rumah. Puteri tunggu lagi. Hampir pukul satu baru nak bergerak. Dalam perjalanan dapat call dari paklong memberitahu arwah dah dibawa kemasjid untuk disolatkan. Puteri terus ke masjid tersebut. Sempat jugak daddy sampai untuk sama-sama solatkan jenazah. Kemudian puteri ikut orang ramai bawa jenazah ke kawasan perkuburan. Tapi puteri tak turun. Daddy tak bagi.

Selepas upacara pengkebumian selesai, puteri ke rumah auntie syikin. Alas perut. Jumpa nenek induk dan sedara-mara yang lain. Dalam pukul 4.00 petang puteri minta diri. Puteri pergi rumah paklong di kampung Batu 3, Mantau. Auni kelihatan seronok menerima kunjungan puteri dan sofea. Seronok puteri bermain. Lepas solat maghrib puteri pergi semula ke rumah aunti syikin. Ada majlis doa selamat dan bacaan yasin. Hampir pukul sebelas malam jugak la baru puteri minta undur diri. Puteri balik nilai. Erghhh, penatnya.

Jumaat 25-mac-2011, puteri bergegas untuk pulang ke semenyih malam ni. Aunti baiti buat majlis harijadi baby Hana secara mengejut. Dah tentu majlis ni nanti tak ‘well organise’. Tak syok la camtu. Tak dapat puteri nak carik hadiah yang special sikit kan. Hadiah ni pun daddy yang belikan tengahari tadi. Sempat jugak la daddy carik sebelum pergi masjid untuk solat jumaat. Kata auntie terpaksa buat malam ni sebab esok lusa dah ada atur-acara yang lain. Jadual dah penuh dengan aktiviti. Tak dapat tidak kena la jugak disambut malam ni.

Bila puteri sampai paklong dan auni dah pun tiba. Paklong belikan sate. Kedai sate tu kat pekan semenyih. Terletak ditepi sungai. Sebelah dengan bangunan pejabat pos. Mama auni tak dapat datang. Kena berniaga. Orang baru niaga kena la selalu “bukak” kedai. Nanti patah semangat. Patah rezeki. Tu petua tu.

Auntie baiti dah keluarkan kek. Letak atas meja. Tak dapat nak tunggu MakTeh. Lagipun makteh dah maklum tadi akan datang lambat sebab ada urusan dirumah. Kan ke lusa adik perempuan PakTeh nak berkahwin. Puteri pun dapat kad jemputan. Boleh la pergi besok. Ish, bestnyer. Makan lagi. Hihi.

Ahad 26-mac-2011, puteri dan sofea dah siap pakai gaun. Irfan pun boleh tahan. Dah pandai bergaya. Jam 12:00 tengahari puteri pun bertolak keluar. Menuju ke majlis perkahwinan adik pakteh. Tempatnya didewan UPM, Serdang. Sedang elok la ‘timing’ puteri. Masa untuk makan tengahari. Perut tengah lapar ni boleh la puteri bedal nasi dan lauk-pauk tu banyak sikit. Ye lah kan ke pengantin tak boleh makan banyak-banyak. Ha tu la puteri kena tolong. Tolong makan. Nanti tak habis lak makanan kat situ. Membazir namanya. Tak elok tu.

Besar betul dewan ni. Luas. Tak pasti pulak puteri berapa meja makan yang ada kat dalam dewan masa tu. Wah, pengantinnya pun cantik sepadan. Bak pinang dibelah dua. Belah keluarga pengantin perempuan pula sepakat memakai pakaian sedondon. Sama warna. Bertambah seri majlis. Ha yang paling best ada acara pencak silat kat majlis tu. Tu kira ‘group’ pakbusu tu. Tapi pakbusu tak join. Katanya dah lama tak practice dengan ‘group’ tu. Masalah teknikal.

Khamis 17-mac-2011, selepas hantar irfan ke nurseri. Puteri dan sofea terus ke Kuala Lumpur. Puteri nak ke Aquaria KLCC. Kesian kat irfan tak dapat ikut. Bukan ibu tak nak bawak tapi nanti irfan tak tahan panas. Takpa insyallah bila irfan dah baik puteri akan bawak irfan jalan sekali.

Puteri dan sofea sarapan kat klana jaya. Restoran mamak. (Patut la mamak kaya kan!) Roti canai dan ayam goreng. Air Nescafe ais. Selesai sarapan puteri terus ke kuala Lumpur. Tempat letak kereta (parkir) kat luar dah penuh. Kena la parking kereta kat dalam bangunan. Ish, mesti caj dia mahal ni kan. Tapi takpa bukan puteri yang bayar. Daddy jugak le yang jadi mangsa.

Dah dapat parking puteri terus naik tingkat atas. Level C. Daddy queue untuk beli tiket. Dewasa RM35 seorang. Kanak-kanak RM22 seorang. Fuhh, mahal betul. Ikut harga antarabangsa. Harap-harap kemudahan dan perkhidmatannya pun ikut piawaian antarabangsa jugak.

Masuk je entrance utama, ikan pertama puteri Nampak ialah piranha. Ikan pemangsa yang makan daging. Ikan piranha agak agresif dan menyerang mangsa secara berkumpulan. Together we strong. Disebelah kanan pula terdapat beberapa kolam kecil yang menempatkan haiwan aquatic yang tidak berbahaya. Tujuannya untuk memberi pengunjung peluang memegang haiwan berkenaan. Didepannya elektik eel. Besar dan panjang bentuknya. Ada tanda amaran di aquarium, “Awas voltan tinggi”. Ini kerana ia boleh mengeluarkan arus elektrik yang tinggi. Difahamkan kekuatan voltan yang dihasilkan boleh menumbang seekor lembu dewasa. Fuhh, bahaya betul kan?

Disebelah kanan pula terletak screening hall (dewan tayangan). Pengunjung boleh melihat dokumentari tertentu berkaitan dunia aquatic. Tayangan ini boleh membantu memberi pemahaman yang lebih jelas kepada pengunjung sebelum meneruskan ‘journey’.

Antara animal yang puteri tengok ialah giant water rat, asian otter (..puteri ingat memerang), butterfly life cycle, reptiles amphibians, insect, coatimundi and frog life cycle.

Sambil menuruni tangga puteri dapat lihat dengan jelas pelbagai jenis ikan yang berenang didalam balang yang besar. Balang berbentuk rod seperti tiang. Dibawahnya pula terdapat kolam ikan. Pelbagai dan besar ikan didalam kolam tu. Disebabkan terlalu asyik melihat ikan-ikan tu berenang. Puteri terlupa pulak nak tengok nama ikan tu semua. Terdapat juga aquarium yang menempatkan ikan araipama (yang terkenal aggressive) dan red tail catfish. Kata daddy ada sejenis ikat ‘catfish’ yang ditangkap cuma menggunakan tangan kosong saja (with your bare-hand). Caranya sebelah tangan akan dijadikan seperti ‘umpan’ untuk ikan catfish tu makan. Untuk makluman ikat catfish tersebut makan dengan cara menyedut ‘mangsa’-nya kedalam mulut. Tak ubah seperti vacuum.

Akhirnya puteri sampai di kemuncak perjalanan. Puteri dan sofea memasuki ‘terowong’ glass yang lutsinar. Puteri dan sofea boleh melihat pelbagai hidupan laut luas. Jerung, todak, ikan pari dan pelbagai jenis ikan yang lain. Tak lupa penyu ‘gergasi’. Tak sangka puteri besar betul penyu tu. Seronok betul puteri dapat menyaksikan “feeding frenzy”. Berebut-rebut ikan-ikan dan hidupan yang lain makan ditangan para penyelam professional tersebut. Err, diorang tak takut ke kat jerung-jerung tu tadi? Ish, seram lak puteri fikir.

Sayangnya ‘journey’ ni tak lama. Sebab aquaria ni tak seluas atau panjang yang disangka. We expect more from what the cost we just fork it out. Hampir tak berbaloi rasanya. But to be fair, it wonderful and really.. puteri enjoy! HiHi!

Keluar dari bangunan Aquaria KLCC puteri menuju ke Ampang Park shopping malls. Ibu nak ke kedai cross-stitch. Nak cari benang jahit. Sempat la jugak puteri window shopping sekejap. Lepas tu puteri ke outlet fast-food. Daddy nak belanja puteri makan pizza. Outlet pizza hut ni terletak ditingkat atas. Tingkat bawah outlet KFC. Puteri pilih meja kat tepi tingkap. ‘Cantik’ jugak view kat sini. Dapat jugak la puteri menjenguk pemandangan hiruk-pikuk Bandar. Puteri try pizza perasa baru yang ada udang tu. Selain menu tetap chicken wing. Kegemaran puteri dan sofea tu. Bila perut dah kenyang hati pun senang puteri pun pulang la. Nak rehatkan badan sebelum balik ke Nilai petang nanti.

Jumaat 18-Mac-2011, puteri pergi Tesco baru di Nilai. Supermarket baru ni memberi saingan hebat pada supermarket GIANT yang dah bertapak lama kat sini dan secara tak langsung supermarket lain seperti MyDin dan kedai runcit kecil turut terkena tempias. Apapun ia memberi keuntungan kepada pengguna. Betul tak?

Sabtu 19-mac-2011, pagi lagi puteri dah ke klinik. Eh, bukan puteri yang sakit tapi Sofea. Puteri bawa Sofea jumpa doctor dan ambil ubat. Kemudian puteri ke Alamanda, Putrajaya. Saja jalan-jalan cari makan (angin je ler).

Sabtu 12-mac-2011. Rancangnya puteri bertolak seawal pagi. Tapi dah semua orang bangun bangun lewat, nak buat macam mana ye tak. Kesiangan. Pukul 10:00 pagi baru puteri sampai rumah nenek. Tapi nenek takda. Pergi ber-marhaban. Nenek bawak Damia sekali. Tak dapat la puteri nak ke Seremban awal sikit. Ok gak boleh tunggu auntie balik kerja. Boleh pergi sekali.

Jam 2:00 petang, puteri pun bertolak ke seremban. Pergi dua kereta. Sebab Alang dan PakBusu pun ikut sekali. Nenek tak ikut puteri. Nenek ke Melaka. Nama tempat tu Durian Tunggal. Tak silap puteri la. Ada kenduri kahwin.

Puteri ikut lebuhraya LEKAS. Cepat sikit sampai. Keluar di persimpangan Senawang. Kemudian puteri terus ke tempat Auni berniaga. Hihi. Maksud puteri tempat Maklong dan Paklong niaga. Lupa pulak puteri apa nama taman tu. Tapi maklong niaga depan rumah je. Rumah kawan dia. Kongsi katanya. Takpa perlahan lahan. Baru nak belajar niaga. Bila dah cukup pengalaman. Dah ada keyakinan baru la buat business sendiri pulak. Insyallah boleh berjaya. Jangan lupa duit modal. Kena cukup. Jika boleh biar lebih. Tak percaya tanya ibu dan daddy. Pengalaman lalu banyak mengajar. Kadang-kadang bukan masalah produk. Tapi kengkangan kecairan modal dan lokasi yang strategik memainkan peranan penting. Untuk memastikan kesinambungan sesuatu perniagaan. Hmm..

Lama jugak puteri duduk melepak. Sambil makan dan bermain dengan auni. Kecoh jugak le tempat tu jadinya. Sempat jugak la puteri ambik mangga. Alang yang panjat. Kemudian puteri ke rumah nenek faridah (induk). Rumah auntie Syikin. Auntie Syikin tingkatan satu dah sekarang. Puteri baru darjah satu (standard one). Rupanya nenek induk sakit. Jatuh kat sekolah tempoh hari. Sakit belakang badan. Lebih kurang macam sakit wanchu.

Lepas solat maghrib puteri bertolak pulang ke semenyih. Kerana terlalu penat puteri dan sofea terus tertidur. Maklum la satu hari tak tidur. Asyik main je.

Ahad 13-mac-2011, selepas sarapan pagi puteri keluar. Tapi tidak sebelum membungkus lauk-pauk yang nenek masak. Menu utama daging masak kicap. Daddy yang minta nenek masak. Daging tu daddy baru je beli kat pasar tani pagi tadi. Puteri singgah pekan semenyih. Beli peralatan untuk contest nanti. Pertandingan tu dibuat di supermarket GIANT, Klana Jaya. Puteri terpaksa singgah rumah puteri sekejap. Untuk simpan tv baru puteri. Jenis tv LCD jenama Panasonic. Sempat jugak puteri ambil meja lipat. Boleh buat alas kertas untuk mewarna nanti.

Dekat pukul dua baru puteri sampai kat supermarket tu. Orang dah pun ramai. Riuh rendah dengan kanak-kanak. Daddy dukung irfan. Puteri dan sofea ikut ibu pergi daftar masuk pertandingan. Tempoh masa pertandingan lebih kurang satu jam setengah. Terpaksa la sofea dan irfan tunggu puteri. Dua jam tu. Jenuh jugak la diorang menunggu. Pukul empat petang baru penganjur umum kan pemenang pertandingan untuk setiap kategori. Puteri cuma dapat consolation prize je. Heh heh. Takpa. Puteri tetap happy. Yang penting semangat dan pendedahan. Itu yang penting. Lagipun ini pertandingan mewarna yang pertama untuk puteri. Mungkin lain kali nasib puteri lebih baik. Tapi puteri kena la belajar mewarna dengan kaedah (cara) yang betul. Baru la boleh bersaing. Apapun puteri enjoy!