twitter
rss

Raya kedua, Puteri nak ke rumah Wan Cik di Bidor. Pagi-pagi lagi ibu dah siapkan Puteri dan adik Sofea. Selepas breakfast, kami pun memulakan perjalanan. Seperti biasa, kami melalui lebuhraya Elite. Dah alang-alang lalu kat sini, Dady dan ibu singgah melawat rumah kami di Bandar Saujana Putra. Belum siap sepenuhnya. Puteri pun macam ibu dan Dady, dah tak sabar nak pindah ke rumah baru. Insyallah, jika tiada aral melintang, tahun depan bolehlah kami pindah ke sini.

Kami meneruskan perjalanan. "Pit stop" dady yang pertama di R&R ??? (sorry, Puteri tak ingat namanya). While waiting for Dady, Puteri, adik Sofea dan ibu ke Dunkin Donuts. Puteri's favourite....

Selesai di R&R, our journey continue. Puteri dan adik Sofea, apa lagi, tidurlah. Kepenatan. Kami sampai di pekan Bidor lebih kurang pukul 2 petang. Kami tak terus ke rumah Wan Cik. Dady singgah di pekan Bidor sekejap. Ada urusan dengan bank....

Sampai di rumah Wan Cik, perut pun dah kelaparan. Tanpa berlengah lagi, Puteri and family pun menjamu selera. Menu kat rumah Wan Cik hari ni, nasi tomato, sup ayam with mihun and nasi impit. Setelah makan....zzzzzzz........

Perancangan awalnya, kami tak tidur di rumah Wan Cik. Tapi, kata Dady, just to give Puteri more time untuk bermain dan bersantai, lantas kami bermalam di rumah Wan Cik. Sementara tu, lebih kurang pukul 6 petang, atuk, Siti, angah and family pun sampai. Mereka pun bermalama di rumah Wan Cik. Tomorrow, atuk nak beraya kat Teluk Intan. Angah pun ikut sama. Maklumlah, nak bawa Lily Amani beraya. Puteri tak ikut sama..........





0 comments: