twitter
rss

Dady...Dady....wake up...dah siang ni. Kata hari ni cuti. Kata hari ni nak gi jalan. Teriak Puteri sambil menggoncang badan Dady. Emmmm.....dengus Dady sambil bangun dan tanpa berkata apa-apa terus menuju ke bilik air. Agaknye geram sebab Puteri mengganggu tidur Dady tadi.

Sebentar kemudian, Wan Cu datang dengan Cik Mai. Oh ya! Ibu dah inform Siti dan Wan Cu about today "kembara". Wan Cu kirim duit bagi tempahan baju tempohari. Siti pula telah serah pada Dady semalam sekali dengan duit Mak Su. At first, ibu dah ajak Siti ikut serta, tapi due to "technical problem"....Siti tak dapat ikut...Sian Siti....

ibu minta Dady singgah di Post Office. Ibu ada urusan sikit. Bisnes kata ibu. Tak silap Puteri ada order online thru "village-kids.blogspot.com". Selepas mengisi petrol (RM 70) di Petronas BSP, kembara Puteri pun bermula. Kami tidak menggunakan lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sebaliknya ikut Lebuhraya....apa ye....Puteri lupa pulak.....Lebih mudah dan kurang sesak. Kesempatan itu, kami ambil peluang untuk singgah jenguk progress our house at Bandar Saujana Putra. Alhamdulillah...dah ada jalan bertar masuk ke situ. Begitu jugak dengan utiliti elektrik. Cuma terlupa nak buka paip untuk periksa ada air ke tak. Hmmmm....dah tak sabar Puteri nak pindah rumah baru ni. Yelah, ibu dah promise nak buat bilik for Puteri and adik Sofea. Ehmmm....nak cat warna apa ye bilik Puteri nanti......(p/s Dady: ibu want a room for her scrap / hobby work hehehe....)

selepas keluar tol BSP, Puteri and adik Sofea dah terlelap. Actually, adik Sofea is not feeling well since yesterday. Puteri also still coughing. Mulanya, Dady agak keberatan untuk "berjalan", tapi sebab dah janji dgn Wan Cik, ktorang pergi jugak.

Alhamdulillah, its a nice whether. If not, ada pulak yang buka puasa. Dah bermusafir macam ni, "rugilah" jika tak ambil kesempatan. Tpai, syukur, berjaya jugak menahan lapar dahaga. Puteri tak terus ke Bidor. Puteri singgah pekan Tapah dulu. Ibu nak ambik baju-baju yang di tempah temphari. Sebelum tu, Puteri berhenti di R&R Tapah. Ibu cari "lunch" untuk Puteri and adik Sofea. Yelah, dari pagi tak makan. Lapar tu......Keluar tol Tapah, Puteri terus ke kedai Aunty Nancy. Puteri just stay insie the car. Selesai semuanya, Puteri terus bertolak ke rumah wan Cik.

Wan Cik sedang memask masa Puteri tiba. Awal betul Wan Cik dah masak ekkk....Masak rendang daging pulak tu. Macam dah nak raya pulak. Dady memang suka rendang daging. Ibu kata time raya, Dady mesti cari lemang & rendang daging. Wajib. Menu raya fvourite Dady. Dady tak tunggu lama untuk melelapkan mata. Dah dapat "port" yang strategik, Dady terus pengsan......

Akhirnya, tiba jugak waktu berbuka puasa. Selang beberapa minit, azan maghrib pun berkumandang. Serentak itu juga, kedengaran dentuman meriam buluh.
"Ate teman cakap sesetengah daerah di Perak ni masih menggunakan meriam buluh bagi menandakan waktu berbuka puasa dah tiba".

Kebetulan , malam ni ada game bola Man.U vs Chelsea. So, terpaksalah Puteri tunggu Dady habis tengok game dulu...hikhikhik...Man.U kalah. Sian Dady. Bengang giler la tu. Puteri rasa Alang lagi lah teruk....

lebih kurang jam 10 malam, barulah Puteri bertolak dari rumah Wan Cik. Perancangan awalnya, Puetri nak tidur di rumah Wan Cik, tapi memandangkan esok, Ahad, ibu ada urusan bisnes, so, kenalah balik malam ni jugak. At least, esok pagi dah ada di rumah. Tak lah terkejar-kejar ibu nanti.......




0 comments: