twitter
rss

January 03 2011 isnin, hari pertama puteri ke sekolah. Maksud puteri secara rasminya puteri menjadi murid standard 1 SK kg tunku. Kebetulan puteri dapat satu kelas (1 Rose) dengan best-freind puteri Dayana. Yahoo bestnyer. Tak lah puteri bosan nanti. Dayana kan suka bercerita macam puteri jugak. Hihihi. Sepertimana murid-murid lain, puteri pun serba baru datang sekolah hari ni. Dari hujung rambut hingga le hujung kaki. Maklum le semangat baru. Tapi puteri rasa ibu N daddy yang lebih teruja dari puteri. Apataknya sampai 2 hari daddy bercuti. Nak buat apa puteri pun tak tau. Tahun ni kelas standard 1 waktu petang. Sebelah pagi puteri belajar fardhu-ain di KAFA masjid al-Hidayah. Kata atuk dulu (mungkin masa tinggal di puchong jaya, puteri tak pasti) selalu pergi masjid ni dengan Siti dengar kuliah subuh. Oh ya Dayana pun belajar fardhu-ain kat sini tapi tak sama kelas dengan puteri. Hari isnin dan jumaat kelas standard 1 habis 6:30 petang. So dekat maghrib baru puteri sampai rumah. Penat jugak puteri. Tapi rasanya ibu yang lagi penat. Malam tu siti n atuk datang. Sengaja nak tengok puteri. Tak sangka pulak alang n maklang ada sekali. Maksu pun ada. Tapi puteri tak dapat nak hidang apa-apa sebab last minute baru inform nak datang. Jika tak boleh le puteri mintak daddy belikan makanan. Sate ke tomyam ke takpun seafood. Tu le next time inform le awal-awal tau. Kata maksu maklang ada bawak anak kucing bela kat rumah siti. Comel kata maksu. Ha nanti minggu ni puteri ajak daddy balik nilai. Tengok kucing...miau!

0 comments: