twitter
rss

Semalam ahad 16 januari 2011, puteri terpaksa balik awal dari semenyih. Tapi tidak sebelum membungkus 'apa-apa' yang patut. Sofea demam. Badan sofea tiba-tiba naik panas. Ubat demam tertinggal dirumah BSP. Ibu mintak daddy singgah nilai sekejap. Ambik bedak (ubat) untuk irfan. Puteri tak dapat singgah sebab nak segera pulang ke rumah. Malam tu badan sofea masih panas.

Isnin 17 januari 2011, puteri ke sekolah seperti biasa. Ibu menghubungi Siti. Minta Siti datang ke rumah puteri. Minta Siti tolong jaga Sofea. Kata Siti selepas Siti habis senaman Yoga, oops! Bukan yoga tapi senaman taichi. Siti akan ke BSP. Boleh lah Siti teman ibu bawa sofea ke klinik. Daddy tak boleh nak cuti. Sebab minggu tu daddy sibuk dengan kerja. Ada kerja semak stok. Ntah puteri tak faham sangat. Daddy beli sate dan laksa untuk makan malam tu.

Selasa 18 januari 2011, Siti masih bermalam di BSP. Demam sofea masih belum reda. Terutama bila waktu malam. Kadang-kadang badan sofea menggigil. Kesian puteri tengok. Seminggu ni takda la sofea ke nursery. Ibu ada beli lauk untuk dinner malam ni. Kari ikan dan pucuk paku masak lemak cili api. Sedap.

Rabu 19 januari 2011, hari ini daddy balik lewat sikit. Daddy ada game badminton. Ibu cuma masak sardin je. Lupa nak cakap kat daddy lauk (ikan,ayam, dan lain-lain) dah habis. Tapi mungkin rezeki puteri, angah dan lili datang rumah puteri. Bawak ayam KFC. Original recepi. Kata ibu kejap lagi alang, maklang dan maksu pun datang. Nak jemput Siti pulang. Kihkihkih dia orang dah rindu kat Siti la tu. Tapi siti tunggu sofea tidur dulu baru siti balik.

0 comments: