twitter
rss

Hihihi...seawal enam pagi, Puteri and adik Sofea dah bangun. Maklumlah, malam semalam keluar je dari rumah Siti, Puteri and adik Sofea dah terlena. Bunyi bising Puteri and adik Sofea bermain membuatkan ibu terjaga. Tidur DD pun dah terganggu.

Seperti selalu, bila ke Kelana Jaya, DD mesti bawa Puteri breakfast di Restoran Syed. Puteri selesa minum di sini. Tak sesak. Kemudiannya, Puteri pergi ke PJ New Town. Ibu ada urusan di menara Celcom. Ibu nak cancel subscription internet broadband. Takde reception, kata ibu pada pegawai Celcom tersebut. Pegawai itu memaklumkan Celcom sedang dalam proses "upgrading", namun pegawai tu sendiri tak tahu bila ianya akan selesai @ siap. Ibu tetap tegas dengan pendiriannya. So, tamatlah langganan "Celcom broadband internet" tu.

Sejurus kemudian, Puteri ke Bandar Puteri, Puchong. DD ada sedikit urusan perbankan. Kira-kira 5-15 minit di situ, Puteri pun beredar menuju ke Putrajaya. Puteri yang beria-ia nak pergi ke Alamanda. Tak tahulah kenapa. Mungkin Puteri seronok berjalan-jalan di sini. Untung ada parking. Jika lewat sikit tadi, tentu payah nak cari. Silap-silap kena parking kat luar. Di Alamanda, Puteri singgah di MPH. Ibu belikan Puteri "Mickey Mouse Puzzle" and a book for adik Sofea. DD pula, as usual, Famous Amos cookies nya....hehehe....

Puteri tak lama di Alamanda sebab DD rasa kurang sihat. Mulanya, Puteri sangka DD akan terus balik. Ntah kenapa, tiba-tiba DD tergerak nak makan kat tasik or taman. So, pusing punya pusing, Puteri sampai kat perkarangan masjid Putrajaya. Puteri and adik Sofea (yang dah excited sgt) terus keluar dari kereta. Puteri tengok adik Sofea seronok sangat berlari ke sana ke sini. Puteri and DD pula sibuk dengan puzzle yang baru di beli tadi sambil menikmati waffle coklat & aiskrim yang sempat DD beli kat Alamanda tadi. Lebih kurang sejam di situ, Puteri pun beredar pulang. Itu pun atas faktor cuaca yang agak panas. Jika cuaca redup @ petang sikit, tentu Puteri belum mahu balik. Tapi takpe, "next time" Puteri datang lagi. Puteri nak tengok senibina dalaman masjid Putrajaya, and tak lupa jugak tasik kat sini. Kata ibu, jika cuaca tak panas, bolehlah pergi cruise. Ehmm....tak sabar pula Puteri......







1 comments:

  1. This comment has been removed by the author.