twitter
rss

Huhhh....Puteri "last posting" banyak menerima kritikan dan teguran . Bahkan Puteri "got stern warning" from blog editor (siapa lagi, ibulah). Rasanya tidak sesuai pada umur begini Puteri bercerita hal-hal yang serius begitu. Okay, Puteri faham dan terima semua teguran tu dengan hati yang terbuka.

Hari ini (petang), DD and ibu ada "perjumpaan" dengan teachers. Its about Puteri's development. Dari segi pembelajaran ilmiah mahupun pembangunan insan. Sebelum subuh lagi, DD and ibu dah bangun. Maklumlah, hari ini DD yang hantar Puteri and adik Sofea pergi school. Seronoknya. Sukalah ibu tu. Tak payah nak drive. Tiba di Kelana Jaya, DD singgah beli roti bakar untuk Puteri and adik Sofea. Sementara ibu pula beli roti canai. DD terus menuju ke pejabat selepas menghantar kami bertiga.

Sebelah petang, DD keluar awal dari office so that DD wont be late for the meeting. Bersama ibu and adik Sofea, DD menemui Ummi (Puteri's principal) and teacher Fadzilah. Puteri tak ikut serta dalam perjumpaan tersebut. Kira-kira 40 minit kemudian, DD, ibu and adik Sofea keluar dari bilik Ummi. Riak muka DD and ibu menggambarkan mereka berpuas hati dengan "perbincangan" tersebut. Harap-harapnya begitulah.......

Kami tidak terus pulang. DD memandu di kawasan sekitar sambil kami cuba melihat jika-jika ada rumah kosong untuk di sewa. Lebih kurang 10-15 minit berpusing, barulah kami beredar pulang. Entah kenapa tiba-tiba ibu teringin nak makan "chicken chop". Dah lama tak makan, kata ibu. Nampak gayanya Puteri tidak terus pulang. Puteri singgah di restoran "Western Food", tempat biasa Puteri makan sewaktu menetap di Puchong Jaya dulu. Sambil menunggu chicken chop siap, Puteri duduk minum sambil menikmati suasana petang bersam DD, ibu dan adik Sofea. Ehmmmm....seronoknya jika dapat menikmati waktu begini selalu. Rasanya tak mustahil jika DD and ibu berjaya mencari rumah di Kelana Jaya untuk kami sewa.

Nampaknya pesanan tadi telah siap di bungkus. Puteri pun bergerak pulang. Tapi, Puteri singgah rumah Siti dulu kat Nilai. Makan malam di sana. Ada atuk dan Siti. Alang pun ada. Mak Su pula kerja petang. Angah and family pun takde. Siti cakap, semalam, (Khamis malam), Angah ada balik sekejap. Bawa Lily jalan-jalan la tu....Sembilan suku lebih, barulah Puteri pulang ke Seri Putra.

0 comments: