twitter
rss

Sepatutnya Puteri terus ke Damansara. Tapi kena balik rumah untuk tukar baju. Dah kotor. Kena kuah kari masa sarapan kat Restoran Syed tadi. Selepas selesai urusan perbankan di Bandar Puteri, Puchong, Puteri pun pergi ke Damansara. Payah gak nak cari Sri Hartamas Shopping Centre ni. Puteri tak pernah sampai kat sini. Biasanya, Puteri ke One Utama je. Ehmm....kenapa lah mama Aisy tak buat kat OU je, kan senang.

Aduhh...SHCC ni memang tak mesra pelanggan. No direct passage. Dari parking, naik lift kemudian naik tangga, baru dapat masuk ruang legar shopping mall ni. Terpaksa lah DD angkat stroller naik tangga. Hmm...mana pulak nak cari KidsZone ni. Main redah je lah. Tak jumpa pulak kan. So, untuk tidak terjebak dalam kesesatan, Puteri cari & tengok shopping mall map. Senang sikit kerja. Sebelum masuk ke KidsZone, Puteri singgah di Toys R Us. Cari gift untuk Aisy. Errr, geramnya tengok toys kat sini. Rasa nak beli untuk diri sendiri pulak.

Majlis birthday Aisy dah mula masa Puteri tiba. Separuh dari hidangan habis di bedal oleh parents. Ironiknya, majlis ni untuk childrens kan. Huuuuhh...adult...what an attitude, sigh!! Dah isi perut, apalagi, Puteri and adik Sofea pun "bermaharajalela" kat "playground" ni. Bukan selalu dapat main tempat cam ni. Wahhhh...memang best.




Si Comel yang sibuk dengan HP nye....
Puteri and DD yang sibuk berkejaran ke sana sini.....


Si Jelita...muahahaha
Tengok le foto-foto kat atas tu. Rasa macam ada orang "lebih kuah dari senduk". Apa-apa pun, kita enjoy..
Hampir 2 jam Puteri di Kidszone. Makan sudah. Main pun sudah. Badan dah penat. Dah tiba masa untuk minta diri dari tuan rumah. Terima kasih ye Aisy. Next time, jangan lupa jemput lagi tau.
Puteri tak terus pulang ke rumah. Puteri singgah OU. Ibu ada coupon beli barang (yang almost expired). DD and adik Sofea tunggu dalam kereta. Susah nak masuk parking. Sesak dengan kenderaan. Lagipun Puteri singgah tak lama. Kejap je. Ibu singgah craft shop rupanya. Belek punya belek, almost one hour la Puteri kat dalam kedai tu. Mesti muak DD tunggu. Hehehee....
Next stop, Puteri singgah di supermarket (Giant, KJ), sebelum pulang ke rumah. Just to buy few things. A packet of chicken wings and some grocery. Then, finally, barulah Puteri pulang ke rumah. Tired and sooo sleepy....

0 comments: