twitter
rss

Tiba di Semenyih, orang lain semua dah sarapan. Kesempatan itu Puteri ambil untuk "perabih" kan menu di atas meja. Sekejap lagi Puteri nak ke Seremban. Rumah Aunty Shikin. DD ajak Pak Long sekali. Bolehlah adik Sofea main dengan Auni nanti. Dalam tengahari, Puteri sampai di Seremban.

Nenek Induk tengah masak untuk hidangan tengahari. DD mintak U.Imran tolong beli cendol. 15 bungkus. Sedap cendol ni. Delicious. Sebenarnya, ibu yang beria-ia mintak belikan cendol ni. Insyaallah, next time, Puteri bungkus untuk Siti dan Wan Cu rasa. Asyik terlupa aje.

Setelah duduk dan rehat sekejap, DD dan Pak Long keluar. Pergi bengkel U.Safuan. Tempatnya tak jauh, cuma ambil 5 minit untuk sampai. DD nak servis biasa sahaja. Tukar minyak hitam (pelincir), oil filter, air filter. Kereta Pak Long pula ada masalah gear. U.Safuan kata mungkin cuma perlu tukar minyak gear sahaja. Tapi kereta Pak Long tak sempat nak servis. Cuaca tiba-tiba mendung. Kilat dan guruh berdentum. Hujan pun mulai turun. Makin lama makin lebat. U.Safuan kata kereta Pak Long esok saja dia servis. Insyaallah, tiada aral esok U.Safuan ke Semenyih.

Balik je DD, nenek induk dah siap masak cucur. Minum petang. Bual punya bual tak sedar hari dah petang. Puteri minta diri pulang ke Semenyih.

Selepas maghrib, Puteri tengok Pak Long sibuk bersiap. Rupanya Pak Long nak ke Sunway Hotel Resort. Pak Long tidur hotel malam ni. Esok Pak Long kena start kerja utk tempoh seminggu utk pasang mesin di Western Digital. Wahhh....untungnya dapat duduk hotel. Seminggu tu. Atuk yang hantar. Di temani nenek, Mak Long dan Auni. Kemudian, Atuk ke Shah Alam. Nenek teman Aunty Baiti "drive" kereta kancil balik Semenyih. Atuk dah gerak dulu. Laju. Aunty Baiti pandu perlahan. Ntah macam mana Aunty boleh tersalah jalan. Lambatlah Aunty sampai rumah. Dekat jam 2 pagi baru sampai. Hihihi...apa lah Aunty ni.

Keesokan pagi, Puteri tolong goreng capati untuk sarapan. DD ke pekan. Ke pasar tani. Beli kuih dan suratkhabar.

Pukul sebelas, Aunty Shikin datang dengan nenek induk dan U.Safuan. U.Safuan terus check/servis kereta G2 Pak Long.Nenk induk berbincang sesuatu dengan DD. Business matters kot. Puteri agak je. Tiba-tiba, DD terima call. Pembekal katil inform nak deliver jam satu petang ni. Yahooo....tak sabar Puteri nak tengok katil baru. Tergesa-gesa ibu kemas barang. Apa pun sempat jugak ibu bungkus lauk pauk nenek masak. Tu yang penting tu. Jenuh pemandu dan kelindan lori tu tunggu Puteri sampai. Sempat jugak le diorang pergi makan sementara menunggu tadi. Kira-kira satu jam baru katil Puteri siap di pasang. Eeee...bestnye...

Petang tu Lily datang. Angah nak serah buku kat ibu. Angah singgah je. Tak masuk pun. Laaa....tak sempat Puteri nak "show off" katil baru tu kat Lily. Teruk betul la Angah ni.

0 comments: