twitter
rss

Pagi ni, Puteri di kejutkan dengan berita Pakcik Ghazi accident. Alhamdullilah, semuanya baik hanya kereta Pakcik Ghazi je yang teruk. Menurut kata Atuk, accident tu berlaku di Jalan Duta. Alang dan Siti seawal 4 pagi dah ke rumah Wan Cu sebaik sahaja menerima berita dari Wan Cu.

Pada mulanya, ibu mencadangkan untuk breakfast di kedai makan Abg & Adik di Salak Tinggi, tapi lantaran kedai tu tutup dan memandangkan DD pun tak tahu nak breakfast kat mana, Restoran Al-Salam ajelah yang di tuju. Mak Su pun ikut Puteri breakfast. Atuk tak ikut, katanya, dah breakfast kat masjid tadi. Alang dan Siti masih lagi di rumah Wan Cu.

Petang, lebih kurang pukul 2, Puteri dah bersiap nak ke Shah Alam. Nak merisik bakal tunangan Alang. Aunty Nadia namanya. Lebih kurang 1 jam perjalanan, kami pun sampai di rumah Aunty Nadia. Sebelum apa-apa, kami di jamu selera. Menunya, mee hoon sup, nasi, lauk kacang panjang goreng kicap, ikan jenahak masak pedas / sweet sour. Hmm...semuanya sedap-sedap belaka. Wah...untunglah Siti macam ni, dua-dua menantu Siti pun pandai masak. Tentu senang Siti nanti kan...hehehe....

Setelah selesai urusan merisik, kami pun minta diri untuk pulang. Atuk, Siti dan Mak Su pulang ke Nilai, Puteri pulak nak pulang ke PJ. Hmm...Puteri ingatkan DD terus balik ke rumah, tapi rupa-rupanya DD singgah di Summit. Nak tengok katil Puteri rupanya. Agak lama jugak Puteri di Summit. Yelah, DD and ibu puas nak pilih and decide yang mana satu agaknya yang sesuai dan menarik. Sambil-sambil tu, Puteri and adik Sofea puaslah bermain berkejaran kat area yang tak seberapa besar tu. At last, decision has been made. Katil Puteri akan sampai dalam masa seminggu, insyaallah. So, kita nantikan....

0 comments: